Wednesday, January 6, 2010

dah beberapa hari penghuni CasPel (Casa Pelangi)
mula membuka topik hadis 40..
semalam usai hadis ke-9 dibincangkan..

Alhamdulillah banyak topik menarik yang telah dikupas
sepanjang perbincangan hadis 1-9

semalam ada menyentuh tentang free mason..

erm..
bagaimana hadis ke-9 tentang perintah dan larangan rasulullah
boleh terbawa sampai kepada free mason?

entahlah,
saya juga kurang pasti..
mungkin kerana ayat terakhir dalam hadis
yang bermaksud

'musnahnya kaum-kaum terdahulu,
kerana terlalu banyak bertanya dan perselisihan dengan nabi-nabi mereka'

maka timbullah cerita dari surah Al-baqarah
tentang perintah untuk menyembelih seekor sapi betina
yang disampaikan oleh nabi musa kepada kaumnya
dan mereka mempersoalkan perintah tersebut
hingga akhirnya hampir mustahil perintah itu menjadi kenyataan..
(2:67-71)

tidak salah untuk bertanya jika ingin belajar
dan menambah ilmu,
tapi bukan untuk mempersoal atau memperlekehkan
sesuatu perintah..

berbalik pada free mason..
yang berasaskan protocol of zion
kadangkala,
rasa sukar nak percaya apa yang dibaca dan diberitahu tentang gerakan mereka ini..
betul-betul wujud ke gerakan yang sangat dahsyat seperti free mason ni?

makin dibaca,
makin dicari,
makin dikaji..
semakin percaya..

tapi,
takut juga jika ada sebarang konspirasi
disebalik semua ini..
wallahu'alam..

cumanya,
kalau dikaji-kaji..
sememangnya kita haruslah lebih berhati-hati
dan sentiasa berwaspada akan fitnah di masa sekarang ni..

kalau zaman rasulullah dulu,
dunia diibaratkan seperti wanita tua
yang sudah uzur..
lalu apakah perumpamaan bagi usia dunia
pada zaman kita ini?

mungkin ada yang mengatakan fitnah dajjal sudah semakin hampir..
atau ada juga yang mengatakan fitnah dajjal ittu
SUDAH lama berkuasa disekeliling kita..
cuma kita yang masih leka dibawa arus hingga leka
pada peranan dan tanggungjawab kita sebagai umat islam..

ada terbaca satu artikel
wallahua'alam boleh percaya 100% atau tak,
boleh nilai sendiri..
cumanya..
tertarik dengan satu ayat yang dikatakan oleh seorang paderi (bishop)

"PERANGAI ORG2 ISLAM SUNGGUH KELAKAR….
APAKAH HATI MEREKA SEMUA SUDAH BUTA…
ADAKAH KAMI PERLU CEDERAKAN SEBELAH MATA KAMI SENDIRI SUPAYA MEREKA BERKATA
“ RUPA-RUPANYA INILAH ORG YG DITUNGGU-TUNGGU”…..
PADAHAL KAMI SUDAH SINGGAH DI KUIL SULAIMAN…
SEKEJAP LAGI KAMI AKAN KE TENGAH-TENGAH BUMI…
"

ayat diatas menceritakan tentang dajjal sebagai orang yang ditunggu-tunggu..

mungkin boleh tonton dokumentari the arrival juga
untuk dapat gambaran..

hurm~

dunia makin dekat dengan penghabisan nyawanya
tapi umat semakin rosak
dan makin lupa pada hari yang dijanjikan
oleh tuhannya..

sedarlah umat..
bangkitlah~

islam itu mudah,
dan hanya dengan islam akan terselamatlah penduduk dunia..
lalu apakah lagi yang kita harapkan?



p/s: semua mesti sedang bz belajar..exam makin hampir..PERMAI pun makin hampir :)

p/s2: case review tak siap2 lagi '-___- cepat2!!

p/s3: sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsi..tapi tak tau nak tulis mcm mana..banyak kali try utk tulis..tapi tak boleh..kenape eh? hurm~

p/s4: rindu pisang dan orang2 di malaysia..hehe

p/s5: siapa yang selalu naik air asia? b4 kita berangkat, akan ada beberapa peramugari yang akan mendemonstrasikan cara-cara menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan..kalau perasan, ada satu ayat yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar..(ingatkan air asia takde benefit ke? ade tau..bagi mereka yang berfikir dan ingin mengambil pengajaran :p ) ayat tersebut diucapkan ketika sedang menerangkan tentang pemakaian topeng oksigen

"pastikan anda memakai topeng oksigen terlebih dahulu sebelum memakaikan pada orang di bawah jagaan anda"

boleh aplikasi dalam gerak kerja dakwah kita..nak menasihati orang, haruslah perbaiki diri kita dahulu..logiknya, kalau kita sendiri mati tak mendapatkan topeng oksigen tu, macam mana nak selamatkan orang lain kan? hurm~ tapi tak beerti kita tunggu diri menjadi sempurna dan tinggi ilmu untuk menegur orang lain..ia harus berjalan seiringan..sama-sama perbaiki dan membaiki..

14 comments:

Liyana said...

salam

amboi. panjangnye ps4 hehe

besnye bincang2 hadith!!

all the best exam. dan, terlupa nak ambil the arrival ari tu.. :(

Dr Amad said...

Teori Konspirasi,

Sekarang membuka minda dan perbincangan, kita mengatakan masyarakat barat dan yahudi adalah "main master" dalam konspirasi hancurkan orang Islam.

Jika mereka memperkenalkan "fitnah" dan kita hancur mengikut "fitnah" mereka, dan masyarakat mereka terjaga, make sense teori itu...

Tetapi pada masa yang sama masyarakat barat dan sistemnya juga hancur...

dr.radzi said...

sheikh,
definisi sebenar "hancur" dan "terjaga" tu kena recheck balik. mungkin islam hancur tapi "mereka" tidak hancur. mungkin 'ummat' Barat tak terjaga tapi "mereka" terjaga.
so in my opinion, wether it is 'strategically' designed (betul), or 'conspirationally' designed ( saje tipu nak wat gempak) we just have to do our job.

cakap manyak pon tale gune maaa...=)

Dr Amad said...

Dr Radzi- Agak kurang berminat untuk bermain istilah dalam hal ini...rasanya statement diatas jelas, InsyAllah untuk sama-sama kita fikir...

Cakap pun kena, do ur job pun kena...tidak boleh tidak tinggal keduanya.

"Tak payah cakap banyak la, itulah inilah, kita buat kerja kita sudey," sedar atau tidak, ayat ini banyak digunakan untuk mendodoikan muslim...

atiqahmki said...

aslih nafsak wad'u ghairak :)

all d best duha. haritu mcm nmpk ayah duha. hehe

dr.radzi said...

"tak payah cakap banyak la" itu alasan takmo kene sound....

"cakap manyak pon tale gune" itu ayat suh wat kerja.....

(nak jugak jawab tu.=p)
p/s: sori cik dudu kitorg bsembang bdua plak kat sini. hehehe...

Dr Amad said...

Dr Radzi- Muhahahaha...mati pun susah, idup pun susah oooo...

everlasting said...

nice dudu...
freemason mase ana dgr tu pon gerun,,petah lg lagu2 yg meniti dibibir remaja skrg kbykn nya adalah lagu2 yg dicipta oleh ahli2 freemason...
takot~~
umat islam blm sdr,,bangkit lah!!

Dr Hana said...

salam... nape dudu tak balas komen kat sini? hehe..

My two cents, 'freemason' ni or whoever they are, their goal is to deviate the Muslims from the teachings of Islam.

Dan mereka mempunyai matlamat jangka panjang yang sedang berjalan hebat!

Kita yang muslim ni macam mana?

Jarang kita nak ambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita...
Missionary Christian dah berjaya menyesatkan ramai pihak... Apa 'pendakwah2' telah buat?

Jom gerak! Mantapkan saf yuk~

duha said...

liyana- waalaikumussalam..hehe..mmg best pn :)

thanks..doakan kami sume..bdw, exam hrtu cne?

arrival nnt duha pas kat hasmah la..sng sket die nk bg kat akak..

Dr Amad& Dr.Radzi- erm..ape eh yg korg bincangkan :p macam berlapik2 dan berkias sgt..

tapi, ape2 pun actually free mason ni mmg dah lama ada kan, dan perancangan yang dilakukan tu mmg di plan dan dijalankan dengan sungguh2 oleh pihak derang..

and umat islam mmg bertanggungjawab utk menyedarkan dan membina balik individu n masyarakat islam sebagaimana Rasulullah bina sahabat2 dulu..sebab fitnah dajjal tu mmg pasti, sama ada dah bermula atau belum..tetap akan jd, n kita tetap harus bersedia..kan?

cumanya yg nak distresskan adalah walaupun benda ni dah start dibongkar sket demi sket, masih ramai yg tak nampak n tak tahu..takkan takde tindakan yg boleh diambil?

mungkin bermula dgn diri sndr dulu kut untuk memberi kesan yg besar pada masa akan datang iA~

wallahu'alam..

duha said...

atiqah- insyaAllah~ itu yang mmg patut kita lakukan kan..tarbiyah dan dakwah berjalan seiring :)

thanks!

nampak ayah? kat mana? hehe..nak nampak jgak :p

all the best to you too..
take care of ur self, iman n islam :)

everlasting love- ijan! akhirnya anda datang mengomen..hehe..

tu lah..kadang2 kita tak sedar kita didoktrinkan dengan 'perkara2' yang sebenarnya menghancurkan diri sndr..sebab tu perlu balik pada landasan yang betul..AQ n sunnah..

lupa kita ingatkan. jahil kita alimkan :)

duha said...

FY- waalaikumussalam..bukan tak balas..sbb baru je bukak..so baru nk balas laa..hehe :)

erm..betul2..takleh trus lena..kuatkan saya ye!

erm..by the way, sangat terkesan dgn ayat "jangan salahkan missionary kristian atau lain2 sbb derang menjalankan tugas mereka utk 'mendakyah' org ramai, yang patut kita salahkan adalah diri sndr sbb tak jalankan tugas kita as a muslim"..

fikir2kan iA~

", said...

salam kak duha.
batch ikhwanul15.junior akak
baru habis daurah.semalam:)

isu ni baru sangat3 di introduce kan kepada kami yang baru habis SPM
sebenarnya ramai lagi tak sedar pasal free mason ni

kitaorg amateurs ni
kalau daurah tak de program yg mmperkenalkan mmg tak pernah tahu pasal free mason ni

post ni kena sangat lah nak motivate ktorg yang sgt sikit knowledge untuk mengkaji dengan lebih dalam :))
-husna

duha said...

",- waalaikumussalam husna~

owh..akak ade dgr jugak psl daurah korg tu..cg syikin ada cerita sikit2..erm..tahniahlah jd org yg terpilih utk join daurah tu..
tak semua dapat nikmat n peluang macam tu..kan?

erm..isu free mason ni sanye dah lama dah..tapi baru2 ni macam banyak pihak yg mula bercakap2 ttg isu ni, jd Alhamdulillah makin ramai yg ter'exposed' pd perkara ni..

erm..sila mengkaji n teruskan mencari..ilmu Allah terlalu banyak n luas..dan kita takleh duduk diam je n tak pedulikan hal sekeliling kita..

gunakan masa cuti ni sebaiknya.. :)