Sunday, March 14, 2010

hari berpuasa dan berdoa demi al-aqsa

Sekumpulan aktivis internet
yg beragama Islam di laman sosial Facebook
melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia
untuk menjadikan hari Isnin, 15/3/2010 sebagai
'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'.

Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis.

Masjidil Aqsa dalam bahaya!

Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa
kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah.
Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah
(sekolah menengah) untuk pelajar perempuan
yg terletak di dalam masjid,
berdekatan dengan Bab As-Silsila.
Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar.

Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah
yg juga terletak di dalam masjid,
berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.


Agensi-agensi keagamaan
dan kebangsaan menggesa penduduk
supaya menuju ke bandar Al-Quds dengan sepenuh kemampuan mereka.

Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi
telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap
untuk membuka Kuil Al-Kharab,
kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak
tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa,
dalam 2 hari sahaja lagi.


Syeikh Ikrimah Sobri,
Ketua Majlis Tertinggi
menegaskan bahawa penjajah Israel

berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa
melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ
(seperti sekolah)
dan menghalang orang Islam
yg berusia kurang dari 50 tahun untuk memasuki masjid.

Ketua Harakah Islamiah di Palestin,
Syeikh Raid Solah berkata,
perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan
apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.

Muassasah Al-Aqsa lil Waqf wa At-Turath
menyatakan perancangan ini akan berpanjangan selama 3 hari,
iaitu Ahad, Isnin dan Selasa,
merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab
dan seruan untuk membanjiri bandar itu pada hari Selasa iaitu pada hari yg didakwa
'Hari Sedunia Untuk Membina Haikal' .

Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan,
bas-bas dari kampung-kampung
dan bandar-bandar Palestin berjaya tiba ke destinasi
untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa
walaupun menerima sekatan demi sekatan dari penjajah Israel
yg menghalang kemasukan mereka.

Mereka menjelaskan lagi,
pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds
sejak waktu malam dan awal pagi,
di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar.

Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga.
Sebanyak lebih kurang 30 buah bas
telah berjaya tiba ke destinasi dan 3 bas telah ditahan masuk.


Sumber: http://www.islamonline.net/


p/s: jom puasa!
p/s2: tapi hari2 pun jangan lupa doakan saudara kita di palestin dan Al-Quds tercinta~

4 comments:

شاح اندرني said...

Assalamualaikum.. Ana pelik dengan orang sekarang.. Di satu masa dia pertahankan Islam, seru pertahankan Islam dan tanpa dia tak sedari dia telah goyahkan Islam sikit sikit.. Macam mana nak free Al_Quds?? Sedangkan pada masa yan sama sokong Yahudi (Kafir yang wajib diperangi).. Fikirlah..

duha said...

شاح اندرني-waalaikumussalam..manusia dilahirkan tidaklah terus serba tahu..jadi itulah antara tugasan mereka yang sudah tahu untuk sentiasa menyampaikan dan mengingatkan..

kadang2 manusia bukannya tidak tahu ataupun tidak mahu, cuma mereka lalai seketika..

walau apa pun, membantu saudara di palestin adalah tanggungjawab umat islam..kerana kita semua bersaudara dan bila mereka merasa 'sakit' kita juga harus turut merasakannya..

wallahua'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya harap saudari yang dirahmati ALLAH dapat menjawab kemusykilan yang bersarang dalam kepala otak saya ni. Apa yang patut kita buat untuk mengalahkan Israel? Mula-mula bila berbicara mengenai Palestin , memang tak dinafikan saya bersemangat untuk mengetahui dan membuat sesuatu mengenai nasib orang Palestin. Tapi kan, semangat tu hanya tinggal semangat setelah beberapa masa dan waktu berlalu. Saya cadangkan kita isytihar perang sahaja ke atas Israel. Namun ada yang membantah dengan alasan umat Islam masih belum cukup kuat. Baiklah saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Lalu saya tanya, "apa tindakan yang paling sesuai sekarang ni?". Mereka mengatakan, "kita harus menguatkan umat,bermula dari diri,keluarga,masyarakat,dan negara". Saya setuju juga. Saya bertanya lagi, "macam mana nak laksanakan teori tersebut?". Mereka mengatakan dengan menyertai jemaah. Saya mengikut saranan mereka. Setelah beberapa lama saya melibatkan diri dalam jemaah, saya mula mendapati bahawa terdapat banyak jemaah yang aktif. Bahkan di malaysia sahaja terdapat banyak jemaah yang wujud dan masing-masing membawa idea dan wadah perjuangan masing-masing dengan 1 tujuan iaitu untuk mengharumkan nama Islam di persada dunia. Alhamdulillah kerana ramai umat Islam terutamanya golongan muda mula menyedari akan kepentingan Masjid al-Aqsa terhadap Islam secara khusus dan maruah Islam secara amnya. Namun kenapa jemaah ini tidak bersatu-padu, malah ada dikalangan mereka tak mahu membantu sesama mereka. Saya bagi contoh, Jemaah A membuat satu usaha untuk mengingatkan umat manusia akan Islam, namun Jemaah B bukan sahaja tak mahu membantu malah mengharamkan ahlinya untuk menyertai usaha tersebut dan menyebarkan fitnah ke atas Jemaah A. Persoalan saya di sini, bagaimana kita hendak membebaskan Palestin? jika orang yang mengaku diri mereka sebagai askar-askar ALLAH berkelahi sesama sendiri dan tak sependapat dalam hampir semua perkara. Adakah akan bangkit 1 Jemaah yang akan menyatukan mereka semua seperti bersatunya umat Islam ketika zaman Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin?

duha said...

anony-waalaikumussalam..erm..saya bukanlah pakar di bidang ini..mungkin boleh refer lagi pada yang lain..tapi iA boleh berkongsi pendapat..kalau kita imbas kembali perjuangan tokoh terkemuka ikhwanul muslimin iaitu Hassan Al Banna yang berjaya menghantar tentera ke palestin,beliau bukanlah berjaya melakukan perkara tersebut dalam sehari dua..tapi memang tak dinafikan, masa yang diambil sangatlah singkat untuk mengumpulkan sejumlah besar pengikut ikhwan sehingga sekarang..tapi bermula dengan diri kita, mendidik dan mengajak mereka disekeliling kita, bersama-sama bergerak dalam satu jemaah dan dengan izin Allah boleh tercapai cita-cita tu..Allah akan membantu mereka yang bergerak dlm jemaah kan? tentang banyaknya jemaah di Malaysia atau di mana2 pun..itu adalah kelemahan umat islam sendiri yang makin lama lupa tujuan asal menyertai jemaah..umat islam skrg ni lebih banyak memperjuangkan jemaah berbanding memperjuangkan islam..menyertai jemaah kerana nama dan tidak benar2 faham tanggungjawab dan amanah yang patut dipikul..tak salah kalau ada pelbagai jemaah, tapi harus saling membantu kerana apa2 opun, harus jelas tujuan kita untuk menaikkan islam dan mendapat keredhaan Allah taala..apa yang penting dalam berjemaah ni adalah akhlak dan adab harus dijaga..perselisihan pendapat itu biasa, masing2 ada idea dan pendapat tersendiri..tapi tak bermakna setiap pendapat kita betul dan harus dilaksanakan..syura atau perbincangan tu penting nak dapatkan keputusan TERbaik, bukanlah keputusan yang paling mengikut citarasa kita..kalau semua umat islam berpegang pd prinsip mcm ni, iA tak berlaku perpecahan..cuma kadang2 terlalu ramai yang bersemangat, tapi semangat tu tak tahu nak dihalakan ke mana..maaflah, tak tau lah menjawab persoalan atau tidak..tapi kita harus snts perbaiki diri, dan bersedia setiap masa jika islam memerlukan kita..

p/s: mungkin boleh imbas kisah cubaan pembukaan kota constantinapole oleh pasukan yang disertai oleh sahabat nabi, dan kejayaan pembukaan kota konstantinople oleh Sultan Mehmed Al-Fatih..apa faktor2 kejayaan tersebut? wallahua'lam