berikut adalah komentar Dr MAZA mengenai IFF,
moga kita tidak tergolong dalam golongan yang tertipu dengan festival ini
dan merasa takjub serta bangga dengan 'pencapaian' malaysia
dalam menganjurkan festival seperti ini..
Dr MAZA:
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar
turut disertakan artikel daripada ust zaharuddin.
p/s: moga dapat mengambil pengajaran~
p/s2: bagi yang tak tahu menahu ttg IFF, boleh google je IFF 2010, Kuala Lumpur.
2 comments:
assalamualaikum..
aduhai..ape nak jadi dgn tanah airku yang ter`chenta`..
Islam tang mana pn xtaw la dlm IFF nie..people,open your eyes..what will happen next n next if we let all these keep going..
kata ust mse arrythmia tadi`kita boleh bangga dengan negara kita tetapi jangan sampai melebihi kebanggaan sebagai seorang Islam`...
tapi..apa yang nak dibanggakan skrg nie..im wonder..
aini-waalaikumussalam..
ia tak berakhir di IFF je dear,
wait for economic transformation program (ETP) yang sedang dirancang oleh kerajaan kita..
moga yang terbaik je terhasil dr program2 tu..dan yg lain di revise balik..wallahua'lam..
p/s: i love my country..maka sy nk yg terbaik buatnya~ usaha!
Post a Comment