Thursday, October 14, 2010

Nuruddin Az-Zanky

dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang,

seperti kebiasaan,
di sekolah saya (sekolah menengah islam Al-Amin)
selepas menduduki peperiksaan PMR,
kebanyakkan pelajar akan mula merantau ke sekolah-sekolah berasrama penuh..

namun saya masih disitu
(tak pernah berniat untuk masuk asrama)

lalu,
dengan bilangan pelajar yang sedikit,
cukuplah hanya dengan 2 kelas di sekolah al-amin
buat pelajar-pelajar tingkatan 4..

kelas saya,
iaitu 4 salahuddin Al-Ayyubi
atau short formnya 4 SAL..
dan kelas sebelah 4 nuruddin Az-zanky
atau dikenali sebagai 4 NAZ..

**********************************************************************
BICARA TOKOH


mungkin ramai yang mengenali
siapakah dia Salahuddin al-Ayyubi..

namun saya juga pada awalnya
tidak pernah mendengar nama nuruddin az-Zanky..

beliau adalah seorang panglima yang agung!

Nuruddin Az-Zanky
atau nama sebenarnya Nuruddin Mahmud Zanki
adalah nama besar yang dikenang dalam perang salib.
Dia berhasil meruntuhkan kesombongan pasukan salib.

Kemenangan demi kemenangan diraih,
hingga berlakunya perbualan di kalangan pasukan salib..

“Kemenangan Nuruddin Zanki
bukan karena jumlah pasukannya yang lebih banyak,
Tapi dia mempunyai rahsia bersama Tuhan..
Dia menang karena do’a dan solat malamnya..
Dia solat malam dan mengangkat tangannya untuk berdo’a,
dan Tuhannya mengabulkan permohonannya."

Inilah yang diistilahkan oleh Ibnu Katsir
tentang dirinya,
“Dia itu kecanduan solat malam,
puasa banyak dan
berjihad dengan akidah yang benar.”

Pantaslah kalau masjid Al-Aqsa
berjaya diraih kembali.

Itulah pemimpinnya,
dan inilah panglimanya,
iaitu Salahuddin Al-Ayyubi.

“Dia selalu menjaga solatnya dalam jamaah.
Selalu menjaga solat sunah
dan jika malam tiba dia solat malam".

"Dia juga sangat senang mendengarkan Al Qur’an,
lembut hatinya
dan deras air matanya.
Jika mendengar Al Qur’an
hatinya khusyuk dan matanya menangis sepanjang hari-harinya,"

jelas Qodhi Bahauddin yang hidup sezaman dengan Salahuddin.

menurut buku Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawarah (Sejarah Madinah),
tulisan Ali Hafizh,
terdapat kisah dimana Sultan Nuruddin Az-Zanky
bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW..

di dalam mimpi tersebut,
Baginda menunjukkan dua orang berambut merah kekuning-kuningan,
dan beliau bersabda:
“Tolonglah aku,
selamatkan aku dari dua orang lelaki ini.’

Panglima Nuruddin Zanky pun terbangun dari tidurnya.
Kemudian dia mengumpulkan para penasihatnya,
lalu mereka memberi cadangan agar dia menuju ke Madinah.

Beliau datang ke Madinah
dengan membawa harta yang banyak
untuk dibahagi-bahagikan di kalangan penduduk Madinah..

setiap orang dipanggil untuk menerima pemberiannya..
nama mereka dicatat
dan setiap seorangnya diperhatikan
namun beliau tidak melihat
dua orang lelaki yang ditunjukkan nabi di dalam mimpinya..

lalu dia bertanya,
"Adakah orang yang belum mengambil sesuatu dari harta shadaqah ini?"

Mereka menjawab,
‘Tidak.’

Dia bertanya lagi,
‘Berfikirlah, ingat-ingatlah.’

Merekapun menjawab,
‘Tidak tertinggal seorang pun kecuali dua orang Moroko,
keduanya adalah orang soleh, kaya dan banyak bersedeqah.’

Mendengar itu
dada panglima pun menjadi lapang,
kemudian memerintahkan untuk memanggil keduanya.

Lalu dia melihatnya sama seperti dua orang lelaki
yang dilihatnya di dalam mimpinya.

Diapun bertanya kepada keduanya,
‘Dari mana kalian berdua?’

Keduanya menjawab,
‘Jama’ah haji dari Moroko.’

‘Berkatalah jujur kepadaku,’
sergah Panglima.

Lalu keduanya ditahan.

Panglima lalu bertanya tentang rumah keduanya.
Di saat dia pergi dan sampai di rumah kedunya,
dia tidak mendapati selain harta dan buku-buku di rak.

Pada saat dia mengangkat tikar,
dia menemukan lorong
yang menghantarkan ke makam Nabi SAW.

Selepas menjatuhkan hukuman terhadap 2 orang pesalah tadi,
beliau kemudian memagari makam baginda dengan tembok hingga ke bawah tanah.

~~~~~~~~~~

Nuruddin Az-zanky adalah pemerintah damsyik, Syria..
dan Salahuddin pula merupakan panglima tenteranya
dan wakil rasminya di Mesir,
di mana Salahuddin kemudiannya
diangkat menjadi sultan selepas kematian Nuruddin...

Nuruddin Az-Zanky meninggal pada tahun 659H/1174M

wallahua'lam..


p/s: perkongsian yang terbatas..agak susah mencari info tentang beliau..tak banyak source..sesiapa ada suggestion buku?

No comments: