Thursday, October 14, 2010

takut

Assalamualaikum dan selamat malam~

salah satu kelemahan saya
adalah saya sangat takut pada lipas..

erm..

ok, bukan hanya lipas..
tapi semua serangga yang berterbangan dengan laju
tanpa arah tujuan..
(atau SEPERTI tiada arah tujuan)

ketakutan pada lipas bertukar menjadi fobia
sewaktu di sekolah menengah..
mungkin di tingkatan 3 atau 4
saya kurang pasti..

di mana pada waktu itu
ada lipas panjat, naik
dan merayap kat tangan

'-__-

bercerita tentang lipas,
saya pernah diejek kerana ke'fobia'an saya pada lipas..

"eh duha, orang takut pada Allah jelaa..mana boleh takut kat lipas"

erkk..salah ke takut pada lipas?

geli nak letak gambar lipas real :D


********************************************************************

takut pada lipas vs. takut pada Allah

adakah kedua-dua takut dalam ayat di atas merupakan perasaan yang sama?

TIDAK!

jauh sekali..

takut pada lipas menyebabkan kita mengambil langkah
untuk menjauhkan diri daripadanya
dan mengambil shieldtox atau baygon sebagai perisai..

takut pada lipas menimbulkan rasa TIDAK MAHU berjumpa dengannya
dan akan cuba melakukan apa sahaja
agar dia juga benci untuk mendekati kita..

namun..

TAKUT pada Allah taala
adalah takut yang disertai dengan raja' (harapan)
agar kita TIDAK dibenci dan diabaikan olehNya..
juga agar kita dijauhkan dari azab dan siksaNya..

takut pada Allah juga
menyebabkan kita berusaha bersungguh-sungguh
untuk merebut perhatianNya,
agar cintaNya dikurniakan kepada kita dengan seluas-luasnya..
takut terlepas cinta agunNya..

dan takut padaNya juga,
menyebabkan kita sentiasa berwaspada
dan berhati-hati agar tidak melanggar segala laranganNya
dan mematuhi suruhanNya..

itulah beza antara takut pada lipas dan TAKUT kepada Allah..

moga kita dapat membezakan
dan benar2 mengaplikasikan takut yang sebenar
pada tempatnya


p/s: jadi tak salah saya takut pada lipas kn?

p/s2: tiba-tiba buat post ni sbb tadi nampak lipas kt pintu bilik '-__- (baygon di sebelah)

p/s3: sekadar coretan pendek..

p/s4: andai kau melihat kelemahanku, maka bantulah aku memperbaikinya dan janganlah sisihkan aku kerananya..sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan kelemahan namun diiringi dengan seribu harapan utk menjadi insan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya.. wallahua'lam~

4 comments:

Khazinatul_Asrar said...

he he duha, ana pun sama~haha.
adeh, bukan tkt pun sbnrnya, mcm geli gitu. err, boleh diterima ke alasan ni ? :D

betul tu, pasti ada bezanya takut pada Allah dan makhluk lain. tak salah kita takut pada makhluk lain, tp jgn smpi takut kita tu melebihi takut pada Allah ;)

duha, lipasssssss!! ;P

duha said...

khazinatul-heheh..biasalahkan geli kt lipas.. :D

erm..yup2..tapi manusia selalunya hilang rasa takut pada Allah sbb tak rasa kebersamaanNya dengan kita..

harap2 kita snts dpt mengambil pengajaran dr persekitaran kita dan mengingatkan kita bahawa Dia snts melihat dan mendengar~

p/s: tak takut pn~

cactus comel :P said...

hai u!
jgn tgk blkg ada lipas blkg tu.hak3
teringat incident duha mkn nasi pak ****
ohoh

thx artikel ni.pnah terdengarlah ada budak kecik tye kt kwn dia ni, lebih takut antu dpd Allah ke?haha..comel je. aplikasi sama kot

kamu,buat exposure besar2an kt lipas agar tak fobia lg.(ni penyakit psycho nih.hoho)

duha said...

cactus-hey u~ :D (bagi salam laaa~)hehhe..mne de lipas, da tabur kapur ajaib sepanjang pintu bilik..iA dia tak brani msuk pnya!

oowh..takut hantu..bole laa jgak aplikasikan tu..sama je..makhluk jugakkan..heh

takmo wat xposure therapy, takut b4 jd resistant dpt sakit jntung dlu :p

p/s:jangan diungkit kisah yg lalu..bwek~