Sunday, November 14, 2010

dua manusia itu

Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah,
tuhan seluruh alam

dan tiadalah tuhan yang wujud
serta layak disembah melainkan hanya Dia sahaja~

semalam,
tepat jam 11.25 malam
sebuah sms diterima..

"happy birthday.
luv u so much.
Jd anak yang soleha."
(memang soleha dieja sebegitu)

selang beberapa minit kemudian,
sms kedua masuk..

"ummi mintak maaf,
terlambat wish happy birthday..
anyway ummi memang dah bincang dengan abah
nak sambut on the 20th kat bandung.
so selamat hari lahir. ."
(dan panjang lagi, tak perlu dikongsi di sni..rahsia~)

sms pertama dari abah,
dan yang kedua obviously dari ummi..
(nampak sangat dua2 baru sama2 teringat)

dua sms yang paling saya tunggu-tunggu sepanjang hari..
walaupun jika mereka terlupa,
pasti saya tidak layak untuk marah,
kerana masih banyak perkara yang harus diingati dan didahulukan
dan juga kerana sayalah yang paling banyak
berhutang budi pada mereka..

"owh, sampai hati ummi n abah lambat wish..
dah nak 14hb dah.."

saya menekan butang send sambil tersenyum..
sengaja ingin melihat reaksi mereka berdua..

abah reply:
"xpe lambat.
Td abah jaga ulfah (cucu abah) sampai terlupa.
penat tau jaga dia.
yang penting abah masih sayang duha.
tak tido lagi?

ummi pula:
ummi, abah, abang, akak dan adik-adik semua sayang Duha.

ok, sms abah sangat comel dan sweet..
sempat mengadu sebab penat,
dan pandai mengambil hati..
terus betul-betul termakan dengan kata-kata "sayang" abah..

sms ummi pula kelakar..
mungkin ummi ingat saya betul-betul merajuk,
dan rasa tak disayangi sebab lambat wish..
heh..

sms seterusnya dibalas mengikut kesesuaian sms yang diterima..

*********************************************************

sejak kebelakangan ini,
saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan rasa kasih sayang
yang amat mendalam dalam diri saya terhadap kedua ibu bapa saya..

mugnkin kerana satu incident yang berlaku sewaktu cuti lepas,
saya menjadi sedar
betapa kedua ibu bapa saya
amat menyayangi diri ini..
dan bagi saya..
amat rugi dan sia-sialah hidup ini,
jika saya tidak berusaha untuk membahagiakan mereka..

******************************************************************

sewaktu berada di darjah 5,
saya pernah mengikuti lawatan ke sebuah sekolah tahfiz
yang saya kurang ingat dimana tempatnya..

objektif lawatan adalah untuk menanamkan
rasa mahu menghafal al-quran..
maka kami ditemukan dengan seorang ustazah
yang bergelar hafizah untuk sesi sharing..

ketika itu,
saya hanyalah seorang pelajar darjah 5
yang tidak mahu peduli pada 'bebelan' ustazah tersebut..
namun,
ada satu kata-kata yang diucapkan oleh beliau,
yang saya ingati sehingga kini

"kalau awak sayang mak dan ayah,
awak usahalah untuk menghafal al-quran"

saya hairan,
apa kaitannya menghafal Al-Quran
dengan menyayangi ibu bapa?

"tak cukupke jadi anak yang baik je? kenapa mesti hafal quran?"

ustazah meneruskan kata-kata..
"sebab mereka yang hafal AL-Quran, akan menghadiahkan mahkota kemuliaan
pada ibu bapanya di akhirat nanti"

saya sempat meragui kata-kata ustazah tersebut..

namun kini,
membahagiakan mereka berdua adalah
termasuk rencana utama dalam hidup saya..

bagi mereka yang sudah tidak berpeluang
untuk melakukan amal kebaikan pada ibu bapa mereka,
apa kata kita usaha untuk menghadiahkan mereka kemuliaan
di akhirat nanti?

kalau menerima segulung ijazah dari anaknya sahaja
sudah membuatkan kebanyakkan ibu bapa
menjadi riuh sekampung,
apa lagi jika menerima mahkota kemuliaan
dari anaknya di akhirat nnt..

wallahua'lam..


p/s: thanks CasPel! thanks 4 jalan-jalan bandung, gifts, cake and everything~
(malam ni rasa macam nak tidur dengan accessory tambahan; penutup mata, payung dan teeeeeet)

p/s2: thanks pada yang berusaha untuk menjadi orang yg terakhir wish..i appreciate that..

p/s3: thanks to ummi n abah n all my fam (except amad ngan rau) <--haha love you all!

p/s4: td bncg dgn cik susi ttg FB..kami dah tau bila masa paling sesuai (kalau ye pun nk) untuk buat akaun FB..hehe~

p/s tiba2: walaupun politik malaysia celaru, tapi kita jangan celaru dalam memilih mana yg betul dan mana yg salah..mereka yang memusuhi islam, ga akan pernah bisa jadi temenan..

p/s5: memilih untuk lebih matang mulai saat menaip ayat ini..bantu sy~

p/s6: sayangi ibu bapa anda, walau apa pun keadaan dn situasinya..merekalah manusia yg mengenali kita sejak sebelum kita lahir ke dunia..bukan kawan anda, pakwe anda, jiran anda, guru anda dsb..

12 comments:

miza said...

sweet. =)
neways, happy belated birthday duha!!!
from miza with love ♥

Khazinatul_Asrar said...

dudu,

sanah helwah ya gameelah :)
patut lah smlm bila tgk tarikh 13nov tu , ana mcm cuba berusaha nak igt tarikh apa tapi tak igt2. huhu.

Semoga terus istiqamah dalam jalan dakwah , menjadi Dr. Muslimah yang berjasa pada agama terutamanya, dan bilaa nak kawen?:P

Jgn lupa jemput ;))

Take care dudu ^__^

Anonymous said...

tambahan note yg saya terbaca dalam diari Duha "...tiba2 satu lagi sms sampai, 'happy birthday'" , rupanya dari abgku yg hensem Umayr, thanx Umayr''

dibby bus-bus said...

happy besday duha.. =)
smoga sisa hidup di habiskan hanya krn Allah...
tros bekerja ek! =)

duha said...

iamme- thanks miza :D

duha said...

khazinatul-jzkk :) hurm..kna wat alarm kt hp lenkali..takyah susah2 nk igt :p hehe..

terima ksh atas doanya..erm..kawen? haha..takde soalan lain ek? takpe, tiba masanya iA ana jmput..kak syaz dulu kot?

TC jugak ^-^

duha said...

ibnuyunus-haih..perasan btul..dah la lambat jugak..ayat umai tak sweet jadi taknak maafkan..huhu

p/s: tak baik menipu..part hensem tu salah~ part lain btul. :)

duha said...

dibby- thanks kak dib..doakan eh..iA dengan taufiq dariNya sy akn trus bkerja di jalan ini..moga sama2 diistiqamahkan! amiin~

dr.radzi said...

semoga dipnjgkn umur dalam keredhaan,dimurahkan rezeki,diterima segala amalan. amiiiin....

Liyana said...

duhaaaaa: happy birthday! jangan nakal2!

duha said...

dr.radzi-jzkk..amiin~

duha said...

liyana- tq kak! tak nakal da iA :D