Tuesday, November 16, 2010

rawatlah hati kita~

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..



"orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?"
tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya.

salah seorang adik usrahnya tertunduk diam..
malu..
tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian
yang agak ketat,
menampakkan bentuk tubuhnya..

dia sedar akan kesalahannya,
dan walaupun dia masih belum berubah,
namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan
yang sanggup menegur kesalahan itu..

kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain..

seorang naqibah lain pula,
lengkap menutup aurat,
berhand socks,
stokin,
sedap di pandang mata..

ketika usrah sedang berjalan,
dia menarik hand socksnya sedikit kedepan..
terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya..
"aku wanita yang baik,
tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku"
bisik si syaitan yang durjana..

usrah tetap berjalan seperti biasa..
tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah,
tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan..

dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya..

walaupun dia juga melakukan dosa..

namun kesalahannya tersembunyi,
tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

kalau si adik usrah,
dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat
dan menyayanginya..

tapi si akak naqibah,
berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya
yang tiada nilai di sisi Allah taala..

naudzubillah..

itulah bahayanya riya' dan ujub..
melakukan sesuatu bukan keranaNya,
tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri..

penyakit hati sangat bahaya..
kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan,
mampu menyebabkan terdetik rasa
'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer,
menimbulkan rasa
'akulah yang paling hebat dan pandai'

sering bangun paling awal dipagi hari,
menyebabkan rasa
'akulah yang paling baik antara yang lain'

dan banyak lagi..

syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus..
tanpa kita sedari,
ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita..

maka waspadalah..
seringlah menjaga hati daripenyakit-penyakit
yang mampu membancruptkan kantong pahala kita..

ingatlah kata-kata Allah taala

"katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya"
[Al-Kahfi: 103-104]

moga kita tidak tergolong dalam
mereka yang sia-sia amalannya..


wallahu'alam


p/s: bantu diri danbantu rakan agar kita semua bertambah tawadhu' dan hanya beramal dengan perasaan takut dan berharap padaNya~

p/s2: update berita ttg palestin..

Pesawat israel bunuh 2 beradik di hari raya.

GAZA CITY 18 Nov. - Tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan udara dan membunuh dua beradik di Gaza City ketika umat Islam Palestin sedang menyambut Hari Raya Korban semalam, kata sumber perubatan dan jurugambar AFP.

“Mohammed Yassin terbunuh manakala adiknya, Islam yang parah mati tidak lama kemudian, apabila tentera rejim penjajah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta di Samer dalam kawasan Gaza City,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya kepada AFP yang melihat mangsa di hospital Shifa.

Para saksi memberitahu, mereka nampak pesawat perang rejim penjajah Israel menembak ke arah sebuah kereta putih di mana kedua beradik itu berada, di pusat bandar berkenaan.

Minggu lalu di kawasan yang sama, pesawat perang rejim penjajah itu telah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta dan membunuh pejuang kanan tentera Islam, Mohammed Al-Nemnem.

source: utusan malaysia

ya Allah bantulah islam dan kaum muslimin di palestin!

4 comments:

Isyraf Imrani said...

salam ziarah, tazkirah yang amat baik kak duha :), terima kasih ingatkan, semoga kita sentiasa dijauhi sifat riya' dan ujub serta lain-lain penyakit hati

duha said...

isyraf-waalaikumussalam :) jzkk atas ziarahnya..

manusia mmg selalu lupa n leka, tak kira siapa pun dia, perlu sering diberi peringatan kan..

yup, moga kita dijauhkan iA..amiin~

idsyAleeya said...

mainan hati
sering berlaku
tanpa sedar atau tidak!

p/s:mlm td mimpi duha
xtaulah camne bole msuk dalm mimpi tu:D

duha said...

idsyAleeya-hurm..betul, that's why bahaya..sbb kadang2 kita tak sedar..

p/s:wahida mmg slalu mimpi duha kan? haha..(mimpi yg best ke tak best? :p) takpe2..malam ni try mimpi wahida..huhu..