wahai para dai'e..
jangan kerana egomu,
manusia sekelilingmu dipandang enteng dan menjengkelkan..
jangan kerana egomu
semua muslim dilabel hipokrit..
jangan kerana egomu,
manusia semakin jauh dari fitrahnya..
jangan kerana egomu,
islam itu dipandang rendah dan menghinakan..
jangan kerana egomu,
runtuh nilai dan moral islami yang harus kita punyai..
jangan kerana egomu,
syaitan tersenyum senang meraikan kemenangan..
jangan juga kerana egomu,
neraka bakal menjadi sebuah perhentian..
ingatlah bahawa hidup di dunia ini
tidak berpaksikan pada dirimu sahaja..
wahai sekalian da'ie
kita bakal disoal tentang apa sahaja
yang telah kita lakukan,
katakan,
tinggalkan
dan diamkan..
wahai sekalian dai'e
runtuhkanlah egomu!
latih mulutmu untuk menuturkan kata maaf,
didik dirimu untuk berlapang dada dan menerima nasihat..
ringankan badanmu untuk membantu dan bekorban demi manusia lain..
rendahkan hatimu,
agar dengan demikian,
mudahlah mengalir ilmu yang tinggi nilainya
ke takungan hatimu yang sudah direndahkan..
biar hina di dunia,
tidak hina di sisiNya..
hidup bukan untuk dunia,
namun buat kebahagiaan di hujung sana..
wallahua'alam~
p/s: sekadar coretan..
p/s2: say no to ego! sama2 perbaiki diri..(nasihat ini terutamanya peringatan buat diri yang lemah ini)
p/s2: say no to ego! sama2 perbaiki diri..(nasihat ini terutamanya peringatan buat diri yang lemah ini)
10 comments:
Jangan EGO !
sgt3 setuju! like this post :)
isyraf- yup, rendahkan hati..kita hanya makhluk yang dicipta dari saripati yang hina..
mahir- "Allah tak suka orang yang cakap takserupa bikin" jadi kita sama2 doa kita dihindari sifat ni..sbb Allah akan uji apa yg kita katakan~
:) mahir, jangan ego..masakkan makan malam akak esok..hehe (ada kaitan ke?) :p
assalamualaikum kak duha..=)
manusia dan ego memang xboleh dipisahkan..even dengan adik beradik sendiri..untuk meminta maaf mahupun mengaku kesalahan,bukn perkara yg mudah untuk sesetengah org..hmm..cume diharapkan kita tidak tergolong dlm org2 yg terlalu tinggi sifat egonya..
syuhadah-waalaikumussalam..
agreed!
amiin~
perlu berusaha menjadi tawadhu'..
yup, i've got a lot of friends yg ego sangaaat tinggi. tapi derang xsedar. and maybe sebab adek sendiri pon x tegur derang. sebab ktorang smue anggap bende tu mcm dh biase. tapi, actually kalau dgn other people mcm saket ati =,=
anony- ni nehar ke? erm..kawan yg baik kna lah tegur..kalau tak smpai bila2 stay cmtu,(lgpun u siad derang tak sedar kan..) n org lain pun tak nk kwn ngn ur frens nnt~
when u know it's wrong, try ur best to make it right..even it's hard..okeh?
sama2 usaha~ :)
SGT best!
jazaka jazaka,
jazakallahukhoiran.. walana insyaAllah fil jannah :)
anony-jzkk :)
moga ada manfaatnya, dan mana yang baik dijadikan pedoman bersama iA..
Post a Comment