Sunday, December 12, 2010

sedar tak kita?

bayangkan...

pada suatu hari yang cukup indah,
kita sedang duduk berhalaqah
bersama rakan-rakan seperjuangan
membincangkan pelbagai hal..
mengingatiNya
menyebut-nyebut asma'Nya
dan mengagungkanNya..

tenang tak?
lagi-lagi usrah tersebut
dilakukan di perkarangan masjid..
bertambah-tambahlah perasaan tenang dalam hati..

tiba-tiba,
dalam ketenangan itu..
datang beberapa orang manusia
yang tak beradab..

melakukan maksiat di hadapan anda
pada saat anda sedang berzikir
mereka tanpa segan silu bermaksiat!

apa yang akan anda lakukan?
mungkin akan terlintas dalam hati
pelbagai kata-kata..

"haih, kuang ajo btul..ni rumah Allah kot (merefer pada masjid yang sedang kita tempati)!"

"rasa nak jerit je, x hormat langsung! tak nampak ke orang tengah berusrah (berzikir etc)?"

atau hanya memandang rakan-rakan lain
sambil menggelengkan kepala
seterusnya menzahirkan rasa tidak puas hati sesama rakan
atau menyembunyikan dalam hati dengan kejian dan cacian yang personal..


sekarang,
kita putarkan keadaan..

ketika semua binatang dan tumbuh-tumbuhan
terus menerus berzikir..
mengingati dan mengagungkanNya..


kita para manusia pula
tanpa segan silu
melakukan maksiat dihapan mereka..

berjalan dengan bongkak
menelan makanan dan minuman yang diharamkan
melakukan kejahatan pada manusia lain

dan perbuatan itu mungkin hanya disaksikan seekor lalat..
namun ia terus menerus sedang berzikir padaNya..
tidak malukan?

mungkin pokok-pokok itu sedang berkata
"tak malu betul..ni bumi Allah kot!"

mungkin si kucing pula berbisik antara satu sama lain
"dulu waktu Allah bagi amanat kat gunung,
punyalaa gunung taknak and takut sampai boleh berkecai nak terima Al-quran..
tapi manusia yang dah accept amanat tu, macam ni pulak perangai..
baik si gunung yang terus-menerus ingat Allah tu yang jd khalifah"

apatah lagi perasaan para Malaikat yang tidak pernah mengingkari Allah taala?
pasti mereka lebih jijik melihat manusia
yang tidak henti melakukan dosa
walaupun telah sering diperingati dengan tanda-tanda kekuasaanNya..

dan pelbagai lagi kejian dan makian buat manusia
yang tidak tahu malu bermaksiat kepadaNya

sedangkan tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah padaNya (51:56)
dan menjadi penjaga dan pengatur (khalifah) di muka bumi ini (2:30)

fikir-fikirkan..

jangan cari gaduh dengan makhluk tuhan yang lain,
mereka semua sedang berzikir mengingatNya..
hormatilah
dan laksanakan tugasmu sebagai khalifah!


p/s: mungkin gunung merapi kat jogja tu dah tak tahan dengan manusia di bumi Allah ni, lalu meminta izinNya untuk meletup sebagai warning..mungkin saja..

6 comments:

Muhammad Mu'az said...

salam kak duha,

alhamdulillah, ana suka sangat post ini. yup. kadang kadang maksiat itu pun datang tanpa kita sedar. bila syaitan dah kuasai diri, saat itu Allah mula jauh.

dan, bila ditimpa kesusahan, baru nak taubat dari maksiat. astaghfirullah.

jazakillah atas postnya. sangat membantu diri ini yang sedang SAKIT :)

dibby bus-bus said...

salam..
analogi yg bes...=)

duha said...

mu'az omar-waalaikumussalam dik :)

Alhamdulillah,
sebenarnya peringatan terbesar buat diri sendiri juga..

memang kita sering terleka, jadi banyak luangkan masa dengan mereka2 yg soleh dan dalam majlis2 ilmu agar sentiasa diperingatkan..kena paksa diri!

semoga segera diberikan kesembuhan..

duha said...

kak dib-waalaikumussalam..lama tak dgr bite akak..bz ke?

moga terus istiqamah!

syuhadah said...

assalamualaikum..

subhanallah..semua makhluk berzikir bertasbih memujiNya tapi kita manusia yang di angkat untk menjadi khalifah nie sering tewas dengan hawa nafsu sendiri..

ingatkan saya andai saya terlupa..sayang kamu kerana Allah..=)

duha said...

syuhadah-waalaikumussalam..

subhanallah :)

bak kata ust suherman tadi,
manusia mampu jatuh ke takat yang lebih hina dr manusia..maka hati2lah..

insyaAllah..sama2 mengingati! sayang kamu juga..lillahi taala~