Tuesday, February 1, 2011

kuasa kesedaran

bismillah..

pagi tadi,
bermula jam 8 pagi
peperiksaan respiratory system bermula..
antara peperiksaan "berat"
yang harus kami duduki..

Alhadulillah,
selepas selesai paper tersebut,
saya dan rakan-rakan diberi kesempatan
untuk mengikuti satu sesi sharing
di Masjid ibnu Sina, UNPAD..

penyampai diterbangkan khas dari Malaysia,
jadi pastilah kami lebih bersemangat
untuk menghadiri sesi perkongsian tersebut..

banyak yang dibincangkan,
tapi mungkin hanya beberapa hal yang ingin saya kongsikan di sini..

tajuk yang dibawa adalah
HALA TUJU DAKWAH; peranan pemuda

mungkin ramai daripada kita sudah tahu
tentang kuasa atau kekuatan yang ada pada pemuda
(termasuklah juga para pemudi,
kerana disebalik seorang lelaki yang hebat
pasti ada wanita yang hebat juga yang membantu pergerakkannya)

pemuda sering dikaitkan dengan kekuatan
semangat
kuasa
kecerdasan
keaktifan
dan banyak lagi aspek yang bagus!

namun dengan hanya mengetahui,
belum mencukupi,
melainkan kita memahami dan mempunyai KESEDARAN!

renung kembali,
apabila terpapar gambar-gambar para pejuang di Palestin
yang 'glamour' dengan adegan membaling batu ke arah tank-tank rejim zionis,
watak siapa yang akan muncul?

pastinya kanak-kanak dan para pemuda!
kerana mereka adalah pemuda yang sedar
akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul..

tapi kita yang berada di zon selesa dan aman ini?
adakah kesedaran bahawa kejayaan islam itu
sebenarnya terletak pada jiwa dan kebangkitan kita
wujud di dalam diri kita?

atau kita hanya mengimani dengan hati semata-mata
bahawa islam akan menang suatu hari nanti
tanpa apa-apa tindakan dan usaha?

KESEDARAN bahawa hanya islamlah agama yang dipilih oleh Allah taala

KESEDARAN bahawa islam hanya layak berada di kedudukan tertinggi

KESEDARAN bahawa kita adalah pemuda islam itu! dan kitalah yang harus memperjuangkannya

KESEDARAN bahawa naik bangun islam adalah selari dengan bangunnya jati diri muslim

dan

KESEDARAN bahawa kunci kejayaan islam bermula dari kita

akan menggerakkan diri kita
untuk berubah dan mencapai apa yang kita yakini~

capailah Al-Quran,
gapailah sunnahnya,
fahami dan serapkanlah keduanya ke dalam jiwa kita,
lalu bertebaranlah di bumi Allah
menyampaikan risalahnya..

islam takkan sampai kepada kita
pada waktu ini
andai nabi dan para sahabat tidak menyeru umat manusia
dan tidak peduli
untuk menyampaikan risalah suci ini
pada generasi terkemudian..

lalu kita?
adakah kita tidak pernah terfikir akan generasi anak cucu di masa akan datang?

it's never too late to take actions now~

************************************************************
hasil dari kesedaran juga,
rakyat mesir masih belum berputus asa!

so, few updates..

KAHERAH 31 Jan. - Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok.

Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.

"Kami akan menyertai pekerja Suez dan memulakan mogok umum sehingga permintaan kami ditunaikan," kata seorang lagi penganjur protes, Mohammed Waked.

Di Dataran Tahrir, Kaherah, beratus-ratus penunjuk perasaan berkampung sepanjang malam tadi dalam usaha untuk mengekalkan momentum demonstrasi besar-besaran di negara ini dalam tempoh tiga dekad.

Mereka bertegas untuk tidak berganjak sehingga Mubarak meletak jawatan.

Sementara itu, Mohamed ElBaradei lewat semalam memberitahu sejumlah besar penunjuk perasaan di Dataran Tahrir bahawa mereka kini sedang menuju ke era baru.

"Kita adalah di pihak yang benar, kekuatan kita ialah pada jumlah yang menyertai protes ini. Saya minta anda bersabar kerana perubahan akan tiba.

"Kita perlu berkorban jiwa dan darah untuk negara," kata beliau sambil disambut oleh penunjuk perasaan dengan berteriak 'Rakyat mahu gulingkan Presiden'.

source: utusan

some pix from email,







p/s: have faith, Allah is with us!

p/s2: masjid2 seringnya dipenuhi oleh pakcik dan makcik, kini giliran kita sebagai pemuda utk mengimarahkannya! bukan kau, dia atau mereka, tapi mula dengan diri sendiri!

1 comment:

Anonymous said...

Jihad fisabilillah!!! الله اكبر