Thursday, April 28, 2011

layakkah?

bismillah,

cuma ingin memberi sedikit perkongsian..

sewaktu sedang membaca blog, web dan sebagainya di alam maya,
banyak dipaparkan dan dibincangkan
kes mengenai video seks
yang kononnya melibatkan orang tertinggi pihak pembangkang..

siapa yang salah dan siapa yang betul,
bukan itu yang ingin saya bincangkan..
Allah yang lebih mengetahui
dan sebagai seorang muslim,
saya yakin kebenaran itu akan muncl juga akhirnya,
walaupun mungkin tidaklah on the spot!

namun,
apa yang mengesankan saya,
adalah satu komentar yang diberikan oleh seorang non-muslim
mengenai sumpah yang ingin dilakukan oleh Shazryl Eskay,
tentang watak di dalam video tersebut

menurut malaysiakini,
Shazryl akan bersumpah bahawa
watak di dalam video tersebut adalah DSAI
dan sumpah akan dilakukan di masjid Amru Al-As, sentul.

sebagai tindak balas dari laporan berita ini,
terdapat satu komentar di bahagian bawahnya,

"jangan suka-suka menggunakan agama untuk membuktikan kebenaran dan kepentingan diri. sebelum seorang itu mendesak orang lain bersumpah dengan atas nama agama, orang itu perlu membuktikan bahawa dalam sepanjang kehidupannya bagaimana kehidupan sehariannya diamalkan adakah orang berpegang pada agama dan bersandarkan nilai-nilai murni agama itu?"

selepas komentar ini ditulis,
ia di"like" dan dibalas
oleh ramai orang
yang menyokong komentar tersebut..

saya juga terkedu membaca komentar beliau..
bagaimana seorang non-muslim,
boleh memahami keperluan untuk bersumpah
dan menitik beratkan hal ini,
sedangkan di bahagian lain,
ada setengah pihak pula yang memandang rendah tindakan mengangkat sumpah..

bukankah dalam islam
ciri-ciri mereka yang akan memberi keterangan sumpah ada digariskan?
bukan sembarangan orang akan diterima kesaksiannya..
kerana islam itu adil
dan mengambil kira semua aspek
dalam mengendalikan hukum hakam dan undang-undang..

andai kata islam tidak meletakkan syarat
siapa saja yang boleh menjadi saksi
maka pincanglah sistem perundangan islam..

Namun kerana islam itu syumul dan datangnya dari tuhan sekalian alam,
pasti Dia sudah tahu sifat2 makhluk yang diciptaNya
dan Dia tahu sistem perundangan yang paling sesuai
bagi sekalian hambaNya..
bukankah Dia yang memegang hati kita?

wallahualam~
sama-sama kita fikir dan renungkan!

p/s: “Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat." -ulasan TGNA yang amat mantap tentang polisi Amerika terhadap Palestin, ketika bertemu dengan Duta Besar Amerika Syarikat Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu. :)

4 comments:

syuhadah said...

assalamualaikum..

wohoo..macam2x la orang sekarang..
agama seperti dipermudah-mudahkan..
yang basic tak nak pulak dipegang,islam hanya diguna pakai untuk kepentingan sendiri..

manusia oh manusia

p/s : sengatan lebah yang sedikit dah mcam apa rasanya,bagaimana pulak perihnya kesakitan yang dirasai oleh saudara kita dipalestin ?uhuhu..

duha said...

waalaikumussalam..tu lah..doala kita tak termasuk dlm golongan orang2 yang cari tuhan bila ada mslh je..naudzubillah!

p/s: tu ah..sila besabar ye! tu permulaan tarbiyah Allah utk siapkan kamu ke Plaestin :)

atiqahmki said...

kalau ada butang like ana dah tekan utk post ni. :)

teruskan menulis, barakallahufeek..

duha said...

atiqahmki-renungan bersama iA.. :)
jzkk~