Monday, August 15, 2011

islam dan nafsu

Bismillah~

beberapa hari yang lalu,
sebelum pulang ke malaysia,
satu program telah diadakan di masjid ibnu sina, UNPAD
berjudul "tadabbur Al-Quran"
anjuran BAIK
yang telah disampaikan oleh Akh Zainal

banyak yang telah dikongsikan oleh beliau,
dan antara main point yang nak disampaikan
adalah berkaitan dengan nafsu kita..

semua orang tahu
bahawa syaitan adalah musuh yang NYATA bagi kita,
dan mungkin sebahagian daripada kita terlupa,
bahawa ada musuh tersembunyi dalam diri kita
yang dimiliki oleh SETIAP manusia
sama ada beriman atau tidak,
muslim atau kafir,
tua atau muda,
lelaki atau perempuan..

yakni hawa nafsu
yang sering berkolaborasi dengan si syaitan
untuk menarik kita ke arah kesesatan..

dan andai kita tunduk pada nafsu kita
dan menjadikan ia sebagai tuhan (priority) kita,
maka azab nerakalah yang bakal ditempah

lalu, islam diajarkan buat umat manusia
dan dikatakan sebagai RAHMATAN LIL 'ALAMIN
rahmat bagi sekalian alam..

untuk menyelamatkan kita,
dari azab dan siksaan itu..

kenapa dan bagaimana?

nafsu memainkan peranan dalam 5 aspek,

1. kecenderungan untuk bertuhan.

setiap manusia sememangnya mempunyai kecenderungan
dan keinginan untuk mempunyai tuhan..
dan kerana sudah fitrah manusia,
pasti akan memilih sesuatu yang kuat, hebat dan luar biasa
sebagai tuhannya..

apabila dilihat batu yang sangat besar,
dan mempunyai bentuk yang luar biasa,
ia mungkin dianggap tuhan..

apabila wujudnya sebatang pohon yang luar biasa gah nya,
ia dianggap mempunyai 'semangat' dan kelebihan,
lalu disuguh lah makanan pada pohon tersebut
dan dijadikan tempat beribadah serta memohon hajat..

dalam Al-Quran juga,
dinukilkan kisah nabi Ibrahim,
ketika baginda pada awalnya mencari,
siapakah tuhan?

dalam surah Al-An'am, bermula ayat ke 76,
dikisahkan pada waktu malam hari,
baginda melihat bintang,
yang tinggi dan bersinar,
baginda merasakan
itulah tuhan..

namun apabila bintang itu terbenam,
hilanglah kesempurnaan "tuhan" yang ditanggapnya tadi,
dan beralihlah baginda kepada sang bulan,
dan bulan juga terbenam apabila malam berakhir,
maka baginda sedar,
bulan itu juga bukanlah tuhan!

ketika matahari terbit,
saking besarnya matahari,
dan terangnya sinar matahri tersebut,
baginda lebih yakin,
inilah tuhan..

namun tiada yang Maha kekal melainkan Allah taala,
matahari turut terbenam apabila senja tiba,
maka sedarlah nabi Ibrahim,
bahawa yang layak disembah,
hanyalah yang Maha mencipta segala sesuatu
yang dianggapnya hebat tadi..

maka, islam itu dianggap sebagai rahmat,
kerana ia menunjukkan kepada manusia
tuhan yang sebenar-benarnya layak disembah
dan menutup segala kemungkinan adanya tuhan-tuhan lain
sebaik sahaja kita melaksanakan syahadah,
yakni bersaksi bahawa
TIADA tuhan yang layak disembah MELAINKAN Allah swt..

itulah rukun islam yang pertama!

2. Masa

sabda nabi, antara 2 nikmat yang paling sering manusia lupakan
adalah nikmat sihat dan MASA lapang..

terdapat 4 hal yang harus dilakukan dalam mengisi waktu
agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi,
iaitu beriman, melakukan amal kebajikan,
saling berpesan akan kebenaran
dan berpesan untuk kesabaran..

nafsu kita akan sentiasa cuba melalaikan kita
akan masa yang kita ada,
jika ada kelapangan,
kita pasti lebih cenderung untuk bersenang-senang,
menonton movie,
tidur,
shopping,
main dota
dan sebagainya..

maka di sinilah peranan rukun islam yang kedua
iaitu kewajiban menunaikan solat
5 kali dalam sehari..

selain solat itu mengajar kita
bagaimana menyusun waktu,
solat juga mengajar kita untuk menjadi seorang yang displin..

boleh tak kita bawa solat zohor ke solat maghrib?
atau kita lakukan solat subuh di waktu asar?
pastilah tidak!
mahu tak mahu,
kita dituntuk menunaikan solat tepat pada waktunya,
malah sebaiknya diawal waktu..

jika diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita,
saya ambil contoh situasi saya sekarang
yang sedang sibuk menyelesaikan skripsi atau minor thesis..

kerja-kerja yang perlu disiapkan pada hari ini
atau yang di'plan' untuk siap pada hari ini,
jangan dibawa ke esok hari..
kerana ia akan menyebabkan kerja-kerja lain tergendala
dan beban akan menumpuk!

ya, belajar untuk displin,
dan mematuhi 'arahan' waktu yang telah ditetapkan..

3. Harta

siapa yang tidak sukakan harta?
saya suka..
tapi berusaha untuk tidak mencintai harta :)

dalam Al-Quran,
dikatakan manusia ini amat suka kepada perhiasan,
dan harta benda keduniaan..

maka,
untuk mengelakkan manusia menjadi bertambah sesat dan hina
dalam mengumpul harta,
menambah 'jumlah' angka di bank
yang entah mengamalkan riba' atau tidak,
tanpa mempedulikan manusia lain disekeliling,

maka,
islam mensyariatkan zakat..

berbagi sesama yang memerlukan,
agar tumbuh sifat peduli dan peka
dalam diri setiap umat islam
terhapa lingkungan sekitarnya..

4. makanan dan minuman

bila perut kita kenyang,
sebenarnya ia menyebabkan timbulnya nafsu-nafsu lain,
seperti bermalas-malasan,
dan termasuk juga ia meningkatnya nafsu syahwat..

kerana ingin mengisi perut juga,
manusia sanggup melakukan apa sahaja..
asalkan perutnya kenyang!

maka,
dalam islam kita digalakkan banyak berpuasa,
untuk mengawal nafsu-nafsu dalam diri kita
malah kita diberikan bulan yang istimewa
untuk kita berpuasa dan mendidik diri
agar meningkatkan ibadah..
amal ibadah yang dilakukan pada bulan tersebut,
akan dilipatgandakan pahalanya!

rugilah kalau kita sia-siakan bulan ini
yakni ramadhan
dan membiarkan ia berlalu seperti bulan-bulan lain..

dengan berpuasa,
kita menyempitkan laluan syaitan,
jadi kuranglah pengaruhnya kepada mereka yang berpuasa..

dan berpuasa itu,
salah satu daripada rukun islam!


5. tanggungjawab

kata akh zainal,
manusia ni fitrahnya tak suka pada tanggungjawab,
yelah, kita pasti lebih prefer untuk bersenang
daripada disusahkan..

jika kita diberi satu tanggungjawab
atau permasalahan,
banyak manusia yang akan lari dan cuba mengelak dari masalah tersebut..

maka untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab,
Allah mensyariatkan kita untuk melakukan haji..

haji merupakan rukun islam yang ke 5
dimana sepanjang proses melaksanakanna,
pengorbanan demi pengorbanan harus dilakukan..

meninggalkan keluarga untuk ke sana,
berkorban harta dan masa,
di sana melatih kesabaran dan ketabahan
dan banyak lagi tanggungjawab
sebagai seorang manusia dan hambaNya yang diberikan..

maka islam itu merupakan agama yang sangat sempurna,
dalam melahirkan manusia dan hamba tuhan yang sebenar..

wallahu'alam


p/s: kita harus mempunyai sifat TOTALITAS dalam beragama, kerana mereka yang totalitas atau bersungguh dan sepenuhnya melakukan sesuatu, pasti akan berjaya dalam apa yang dilakukannya itu..even seorang perompak akan berjaya merompak, kalau dia bersungguh2 melakukan perbuatan terkutuk tu..(tapi dia berjaya kat dunia je la kan..hehe)

p/s2: islam itu rahmat, kenapa? kerana ia membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu2 kejahatan!

p/s3: ramai yang sering mempersoalkan practicallity of islam..ketahuilah bahawa islam itu sangat praktikal dan sesuai mengikut zaman..cuma kita je nak menerima atau ego dan menurut hy pd nafsu~

p/s4: ok, sebenarnya post ni dah duduk dalam draft terlalu lama '-__-

2 comments:

15 said...

asslm. duha,
pasal totalitas step y step lah...

anw, nak bagi quote ni:

Aku bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis. Aku bukan buddha, bukan protestan, bukan westernis. Aku bukan komunis. Aku bukan humanis. Aku adalah semuanya. Mudah-mudahan inilah yang disebut muslim. Aku ingin orang menilai dan memandangku sebagai suatu kemutlakan (absolute entity) tanpa menghubung-hubungkan dari kelompok mana saya termasuk serta dari aliran apa saya berangkat. Memahami manusia sebagai manusia. (Catatan Harian 9 Oktober 1969)
(Ahmad Wahib)

wassalam

duha said...

15-waalaikumussalam..
yup, iA..

sebagai seorang muslim, paa yg penting kita mencontohi nabi..dan apa yang sahabat sendiri nampak dr nabi? dan yg patut kita contohi..

adalah nabi diibaratkan seperti Al-Quran yang bergerak, isi2 di dalam nya ada pada diri baginda SAW, maka itulah yg patut kita cuba dapatkan..

iaitu berusaha 'menjadi' bayangan AL-Quran, kerana kalam Allah itu insyaAllah sudah 'totalitas', lengkap merangkumi semuanya..

wallahualam~