Wednesday, August 10, 2011

defensive!

bismillah~


Bila seseorang tu takut dirinya dikutuk, diejek atau dicemuh,

Seringkali orang itu akan mengambil tindakan defensive

Sama ada untuk menjustifykan apa yang sedang dia lakukan

Atau untuk mengelak daripada makin diejek atau dicemuh..

(even kadang kala perasaan kita je lebih-lebih,

padahal orang tanya soalan tu tulus ikhlas)


Keadaan seperti ini sebenarnya sedar tak sedar,

Dilakukan oleh kebanyakkan daripada kita

Termasuklah diri saya sendiri


TERLALU defensive terhadap islam


Ya, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan islam,

Apabila ia dikutuk, dihina dan sebagainya

Kerana mereka yang tidak mempunyai sensitivity

Terhadapa agamanya pastilah mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..


Namun, situasi dan kondisi kita sekarang,

Dimana islam itu ditekan dan sering dipandang serong,

Menyebabkan kebanyakkan daripada kita

Menjadi Terlalu defensive apabila berbicara tentang islam..

Dan defensive berlebihan ini,

Menyebabkan kita menutup ruang buat perbincangan..


Contoh 1

A: eh, kau tak rasa panas ke pakai tudung camtu (agak besar)? Sekarang matahari kan selalu terik.

B: eh tak lah..mana ada panas (padahal peluh dah jelas kelihatan, dan memang panas macam apa pun time tu)


Kalau diamati situasi tersebut,

Jawapan yang diberi sebenarnya hanya untuk mengelak Soalan lanjutan

Ataupun kerana takut, jika kita menjawab kita sedang kepanasan,

Islam akan dipandang kolot kerana menyuruh penganutnya memakai tudung..


Walhal,

Andaikata kita menjawab yang sebenarnya,

“ya, sebenarnya memang tengah panas pun ni..”

Ia akan membuka peluang kepada perbincangan lanjutan

Yang mungkin boleh memahamkan orang lain tentang islam..


Mungkin perbincangan akan disambung begini

“kalau dah tau panas buat apa pakai tudung”

Atau

“kesiannya panas...”



Tak perlu kita risau dan gelabah,

perkara pertama yang perlu kita jawab adalah,

saya pakai tudung kerana ia adalah perintah Allah dan rasulnya..


jangan susah-susah nak fikir jawapan saintifik dulu,

“tudung protect rambut dari sinar UV bla3..”

“supaya bila ribut pasir datang, pasir tak melekat kat rambut “


Atau kadang-kadang tu,

Disebabkan terlalu defensive,

Kita terus jawab dengan emosi dan sinis,

Macam nak kenakan balik orang yang bertanya..

“eleh, panas apanya, kat akhirat kau tengok la nanti..ha time tu..bla3”


Sampai orang malas dan takut nak Tanya kita apa-apa dah lepas ni..


hikmah disuruh pakai tudung atau penerangan2 saintifik tu,

akan datang kemudian.

Kerana islam itu sememangnya agama yang sempurna..


Jika ditanya lebih lanjut tentang kenapa memakai tudung,

Barulah kita menambah penjelasan-penjelasan yang berkaitan,

Seperti dalam surah Al-Ahzab 33:59


Mungkin kita dah pernah dengar hujah tentang kenapa tak boleh memakan babi..

Sama saja konsepnya kan?


Jika ditanya kenapa,

Pertama kali yang harus dijawab

Kerana Allah melarangnya..

Tiada yang lebih tinggi dari suruhan dan laranganNya..


Kemudian jika perlu,

Barulah dijelaskan lebih lanjut

Tentang hikmah-hikmah dilarang memakan daging babi

Yang kita ketahui..


Jangan terlalu cepat memberi jawapan

Untuk memuaskan logik manusia dahulu..

Kerana sebagai muslim,

Setiap yang kita lakukan dan kita tinggalkan,

Pastilah berlandaskan hokum dan ajaran islam terlebih dahulu..


Kata saidina Ali,

“Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf (kasut) itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)


Situasi di atas menerangkan tentang hukum berwudhuk tanpa membuka kasut (khuf) terlebih dahulu ketika sedang bermusafir..

Ya pada logika nya,

Yang kotor pastilah bahagian tapak kasut,

Namun rasulullah mengajar kita,

Berwudhuk dan hanya menyapu di bahagian atas khuf,

Bukannya di bawah..


Itu contoh yang diajar rasulullah,

Dan sebagai umat islam,

Pedoman kita adalah Al-Quran dan sunnah (amalan dan tunjuk ajar nabi)


Lalu jika ditanya mengapa kita menyapu di bahagian atas khuf,

Ya kerana diajarkan oleh nabi Muhammad SAW.


Sekadar perkongsian dari diri yang hina,

Tak pandai sangat nak mengolah ayat sebenarnya..

Moga apa yang sebenarnya ingin dikongsikan, tersampai~


Wallahualam,


p/s: jujur pada diri sendiri dan mohon diberi kefahaman yang kuat dalam agama~

p/s2: few days to go~

11 comments:

Sang Pencerah said...

MasyaAllah, rasa diri terpukul...he2

Tp selalunya bile ditanye ttg hikmah2 dan hujjah2 yg mnunjukkan islam menyuruh kite buat itu ini, tu yg terdiam kte nk jwb...

Silap2 kite pulak yg ragu2 lps tu...

Dr Hana said...

Assalamualaikum..
Honestly bila nonmuslim tanya pasal Islam kadang2 tak tau(mostly) tak tau nak jawab apa -.-!

~/~

duha said...

sangpencerah-erm..betul jugak, yang susah nya mmg part nk menerangkan himah n logika nya..eventhough mmg hikmah tu pasti ada, tapi mungkin kita sndr belum diberi ilham oleh Allah utk menafsir hikmah di sebalik sesuatu tu..

tapi, kata umar abdul aziz, setiap persoalan PASTI ada analogi dan perumpamaan yang boleh kita berikan..wallahualam~

doalah kita diberi kefahaman yg terbaik dlm agama!

duha said...

ummuF-waalaikumussalam kak :)

hehe..tu pn btul jgak..kadang2 tu mmg tak tau pun nk jwb cne..tu yg sometimes mcm cuak jgak kan..lagi2 kalau nk explain tu yg cm susah..

dakwah n explaining need training!
jom kita tgk vid2 ttg pembandingan agama utk bntu pemahaman kita sndr ttg islam :)

p/s:buat ap je kt rumah tu?

Sang Pencerah said...

Mnkgn lbeyh baek katekan "x tahu, tp nnt sy tnyekan org yg lbeyh tahu.." kan mudah tu..

Jgn smpai kate2 yg tanpa ilmu mnjadi fitnah buat agama..

'Learn to say no b4 saying yes'

duha said...

sangpencerah-yup, stuju!

Dr Hana said...

xde apa, bonding dgn family je:p
eh nak buka dengan anak yatim tu jadi ke?

duha, sedih~ br dapat tau something


:(

duha said...

ummuF-haha..bonding je ke..bahaya tu kalau takde aktiviti lain :p takut nnt kak ana balik da tak knal (ehem2..) huhu

eh, dapat tau ape? i nak call u la..

p/s:yg makan dengan anak yatim tu tak tau nk cari masa bila la..my mom dah buat da prog tu time kita baru sampai sini, so kalau nk join pun da takleh..ada ide ke?

Dr Hana said...

alamakkss:p tula memang kena suap dgn mknn je keje. hehehe

eh dah sembang pulak kat sini. nanti bila2 kalau u on ym buzz la ye. i tade nombor :)

Dr Hana said...

nway, read this: http://crpfkunpad.multiply.com/journal/item/95/Th_4_MT_news?utm_source=cp&utm_medium=facebook-cp&utm_campaign=crpfkunpad

selamat mengejar malam lailatulqadar :")

duha said...

ummuF-haha :D

ok, i slalu je online..tak nmpk u online pun~

i call papa u lah kalau u takde number..huhu..

btw, thanks 4 the link!

jom bkerja keras utk skripsi :)

Rabbi yassir wala tu'assir~