Tuesday, August 2, 2011

FB

LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.

Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.

Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.

Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.

Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.

Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.

''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.

Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.

Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.

''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.

''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi


p/s: taken from utusan

8 comments:

anaknomborempat said...

i like FB

duha said...

the choice is urs~
decide, choose and lead!

anaknomborempat said...

ape bezanya FB dgn BLOG?

duha said...

banyak la cg..blog takde game, takde banyak widget2 atau notification macam FB..etc..tapi tanya lah yg pakai FB ana pun tau sgt..heee

Anonymous said...

FB..wohaa..ya,pilihan di tgn anda..
memang ada kelebihan pada FB nie,macam leh jejak kasih kawan2x lama dan juga salah satu medan dakwah n etc..tapi keburukannya macam mne?mampukah kita mengatur masa kita dengan baik bila dah bukak FB ? so,buat penilaian,fikir deeply n go for it..hehe..

-niksyu-

p/s : i x pkai acc i sebb tgk post blog kat acc lain..hee

anaknomborempat said...

sbnrnye FB lg better dr blog..FB mmg byk notification, itulah sbnrnya jalan dakwah kite..kita tego dan layan sahabat kita, lagi satu FB da byk application yg da leh private, even gmbr yg di TAG pun dan wall pun leh private..blog terlalu open..

yg paling best dlm FB..kite leh asingkan lelaki dan perempuan..

psl games uh..tepuk dada tanya iman..cg mmg x penah nk bukak games pun..cg ni men solitaire je hehehe..

cg ske FB sbb cg semakin rapat dgn mereka2 yg jauh di mata..Alhamdulillah..

gune la teknologi sebaiknya tuk jln dakwah..jgn biarkan teknologi menggunakan kita yg boleh menghancurkan tarbiyah..

duha said...

anakNO4-yups, that's why la the choice is urs..and kita yg decide, kalau decide baik, baik lah jadinya, everyone got their own preferences..terpulang lah..but what i see is that makin lama makin byk yg buruk nya (bagi mereka yg tak pandai mengatur)..

kalau itu jalan dakwah bg anda, Alhamdulillah, but make it is for others too, so that lingkungan kita sehat! yeay!

akhirul kalam..

it depends~ hehe

duha said...

sue- moga kita snts buat yg terbaik dan gunakan everything yg ada utk kebaikan..amiin~

p/s: owh, tak siap lg ke mengupload photo..huhu..smoga kerja anda dipermudahkan!