KISAH PENANGKAP ULAR
Terdapat sebuah kisah
yang pernah dinukilkan oleh Maulana Jalaluddin al-Rumi
tentang kisah seorang penangkap ular.
Di satu musim sejuk,
penangkap ular itu memanjat gunung untuk mencari buruannya.
Beliau terjumpa dengan banyak ular
yang seperti mati dek cuaca yang sejuk.
Ular-ular yang berhibernasi itu ditangkap dengan mudah,
dimasukkan ke karung dan dibawa turun ke pasar.
Penangkap ular itu mahu menunjukkan kepada orang ramai
kepakaran dirinya menangkap pelbagai jenis ular.
Semasa tiba di pasar,
tatkala mentari yang bersinar dengan sedikit kepanasan haba yang datang,
ular-ular yang tadinya beku seakan mati,
hidup,
liar
dan bertempiaran lari
meninggalkan penangkap ular dan menimbulkan ketakutan
setiap mereka yang berada di situ.
“Demikianlah nafsu kita.
Dengan didikan, ia menjadi jinak, lumpuh, malah membeku.
Seperti ular itu tadi.
Tetapi nantikan nafsu itu terkena sedikit tempias
keenakan dosa dan nikmat dunia,
bisa sahaja ia menjadi seperti ular berkenaan”
nasihat Maulana Jalaluddin al-Rumi
p/s: dipetik dari blog ustaz hasrizal
p/s2: minor thesis on the way! moga proses menganalisis data dan seterus2nya dipermudahkan~ amiin!
4 comments:
nicee, bagus perumpaan dia. :)
isyraf- mereka yg diberi kefahaman dalam agama, selalunya mmg hebat dalam membuat analogi, dan analogi dia slalunya tepat!
bak kata Umar Abdul Aziz, setiap perkara dalam agama dapat kita terangkan dengan analogi yang bersesuaian, tapi mungkin kita (atau khususnya akak sendiri) belum sampai tahap itu lagi..
doalah Alah beri kita kefaqihan dalam agama :)
betol
nice sangat kak duha! hehhe
smile- kak duha? hehhe
saya yg nice ke? :p thanks dik~
huhu..
Post a Comment