bismillah~
Bila seseorang tu takut dirinya dikutuk, diejek atau dicemuh,
Seringkali orang itu akan mengambil tindakan defensive
Sama ada untuk menjustifykan apa yang sedang dia lakukan
Atau untuk mengelak daripada makin diejek atau dicemuh..
(even kadang kala perasaan kita je lebih-lebih,
padahal orang tanya soalan tu tulus ikhlas)
Keadaan seperti ini sebenarnya sedar tak sedar,
Dilakukan oleh kebanyakkan daripada kita
Termasuklah diri saya sendiri
TERLALU defensive terhadap islam
Ya, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan islam,
Apabila ia dikutuk, dihina dan sebagainya
Kerana mereka yang tidak mempunyai sensitivity
Terhadapa agamanya pastilah mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..
Namun, situasi dan kondisi kita sekarang,
Dimana islam itu ditekan dan sering dipandang serong,
Menyebabkan kebanyakkan daripada kita
Menjadi Terlalu defensive apabila berbicara tentang islam..
Dan defensive berlebihan ini,
Menyebabkan kita menutup ruang buat perbincangan..
Contoh 1
A: eh, kau tak rasa panas ke pakai tudung camtu (agak besar)? Sekarang matahari kan selalu terik.
B: eh tak lah..mana ada panas (padahal peluh dah jelas kelihatan, dan memang panas macam apa pun time tu)
Kalau diamati situasi tersebut,
Jawapan yang diberi sebenarnya hanya untuk mengelak Soalan lanjutan
Ataupun kerana takut, jika kita menjawab kita sedang kepanasan,
Islam akan dipandang kolot kerana menyuruh penganutnya memakai tudung..
Walhal,
Andaikata kita menjawab yang sebenarnya,
“ya, sebenarnya memang tengah panas pun ni..”
Ia akan membuka peluang kepada perbincangan lanjutan
Yang mungkin boleh memahamkan orang lain tentang islam..
Mungkin perbincangan akan disambung begini
“kalau dah tau panas buat apa pakai tudung”
Atau
“kesiannya panas...”
Tak perlu kita risau dan gelabah,
perkara pertama yang perlu kita jawab adalah,
saya pakai tudung kerana ia adalah perintah Allah dan rasulnya..
jangan susah-susah nak fikir jawapan saintifik dulu,
“tudung protect rambut dari sinar UV bla3..”
“supaya bila ribut pasir datang, pasir tak melekat kat rambut “
Atau kadang-kadang tu,
Disebabkan terlalu defensive,
Kita terus jawab dengan emosi dan sinis,
Macam nak kenakan balik orang yang bertanya..
“eleh, panas apanya, kat akhirat kau tengok la nanti..ha time tu..bla3”
Sampai orang malas dan takut nak Tanya kita apa-apa dah lepas ni..
hikmah disuruh pakai tudung atau penerangan2 saintifik tu,
akan datang kemudian.
Kerana islam itu sememangnya agama yang sempurna..
Jika ditanya lebih lanjut tentang kenapa memakai tudung,
Barulah kita menambah penjelasan-penjelasan yang berkaitan,
Seperti dalam surah Al-Ahzab 33:59
Mungkin kita dah pernah dengar hujah tentang kenapa tak boleh memakan babi..
Sama saja konsepnya kan?
Jika ditanya kenapa,
Pertama kali yang harus dijawab
Kerana Allah melarangnya..
Tiada yang lebih tinggi dari suruhan dan laranganNya..
Kemudian jika perlu,
Barulah dijelaskan lebih lanjut
Tentang hikmah-hikmah dilarang memakan daging babi
Yang kita ketahui..
Jangan terlalu cepat memberi jawapan
Untuk memuaskan logik manusia dahulu..
Kerana sebagai muslim,
Setiap yang kita lakukan dan kita tinggalkan,
Pastilah berlandaskan hokum dan ajaran islam terlebih dahulu..
Kata saidina Ali,
“Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf (kasut) itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)
Situasi di atas menerangkan tentang hukum berwudhuk tanpa membuka kasut (khuf) terlebih dahulu ketika sedang bermusafir..
Ya pada logika nya,
Yang kotor pastilah bahagian tapak kasut,
Namun rasulullah mengajar kita,
Berwudhuk dan hanya menyapu di bahagian atas khuf,
Bukannya di bawah..
Itu contoh yang diajar rasulullah,
Dan sebagai umat islam,
Pedoman kita adalah Al-Quran dan sunnah (amalan dan tunjuk ajar nabi)
Lalu jika ditanya mengapa kita menyapu di bahagian atas khuf,
Ya kerana diajarkan oleh nabi Muhammad SAW.
Sekadar perkongsian dari diri yang hina,
Tak pandai sangat nak mengolah ayat sebenarnya..
Moga apa yang sebenarnya ingin dikongsikan, tersampai~
Wallahualam,
p/s: jujur pada diri sendiri dan mohon diberi kefahaman yang kuat dalam agama~
p/s2: few days to go~




