Sunday, December 28, 2008

mummy n daddy

azan zohor baru selesai berkumandang..

niatnya nak ke masjid, stay sampai asar untuk study..

asyik study kat dalam bangunan je..bosan!

nak ambil fresh air sikit..


new message:

"aslmkm..jom lepak kat masjid"

contact:

+628***********

send


sending..

message sent.


setelah mandapat reply dari kawan yang berkenaan, kami sama-sama menuju ke masjid.


cuaca sangat menenangkan dan mententeramkan..

tidak begitu panas dan tidak pula menunjukkan tanda-tanda bumi ini akan dibasahi hujan..


tiba-tiba HP bernyanyi riang..


new message from Abah

open..


"assalamualaikum, duha tgh buat apa? abah n ummi tgh beli baju n buku untuk anhar dan rayyan (adik2 perempuanku)..jangan lupa minum air biasa banyak2, nanti bibir kering. luv u."


saya tersenyum dan segera membalas:

"wlkmslm,beli baju? nak jugak! eh,cne abah tau kalau bibir kering? macam nampak je..hehhe..ok,insyaAllah duha minum air byk2 :) krm slm semua, love u too"


kemudian saya dan rakan terus sambung menelaah buku pharmacology yang agak nipis jika dibandingkan dengan buku clinical pathology yang beratnya hampir 3kg kot..hehe..(bile laa nak habes bace buku ni..nipis pon tak habes2 jugak '-_- )


tengah2 khusyuk belajar, tiba-tiba teman yang setia menemani saya belajar tadi menegur

"eh duha, darah..bibir berdarah"


uh? ya Allah..terus teringat pesanan abah tadi..rasa terkejut..macam abah tau2 je memang sebenarnya saya memerlukan air..(diri sendiri tak sedar, orang dari malaysia yang tegur)

Alhamdulillah..instinct abah memang kuat..dah banyak kali hal-hal serupa berlaku. kadangkala, jika saya sakit pun abah pasti dapat mengesan..walaupun tak diberitahu..


I LOVE U ABAH N UMMI!!


Ibu Bapa


ISLAM mengajar umatnya supaya sentiasa menghormati dan menaungi golongan tua, lebih-lebih lagi ibu bapa. Dalam al-Quran dan sunnah banyak dijelaskan tentang tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh anak terhadap ibu bapa.


Perintah berbuat baik kepada ibu bapa berkait rapat dengan pengabdian kita kepada Allah taala.Firman Allah bermaksud:

“Dan kamu hendaklah menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa...” (Surah an-Nisa, ayat 36)


Dalam ayat ini, Allah mengarahkan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata. Ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan berbuat baik kepada ibu bapa.


malah dikatakan redha Allah taala terletak atas redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak atas kemurkaan ibu bapa..


Firman Allah bermaksud:

“Allah menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu selepas lemah itu kuat, kemudian dijadikan kamu lemah semula serta tua beruban...” (Surah ar-Rum, ayat 54)


sewaktu kita dilahirkan, dalam keadaan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa, ibu bapalah yang menjaga dan memberi segalah keperluan kita sehingga akhirnya, Alhamdulillah kita dapat membesar sehingga saat ini..seperti dalam nasyid yang bertajuk Your Mother:


when u fell who pick u up?

clean ur cut?

that's right, no other

my mother


ini menunjukkan sejak dari kecil memang kita amat bergantung pada ibu bapa dalam setiap aspek..kalau bukan kerana mereka, pasti kita tiada di sini..


dalam firman Allah yang lain

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sampai kepada umur tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka “Ceh!” dan janganlah engkau mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan doakanlah bagi mereka: Wahai Tuhanku, kasihani mereka berdua sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 23-24)


Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah lagi tinggal sesuatu kebaikan yang saya mesti buat terhadap ibu bapa saya yang meninggal dunia?”“Ya, Jawab Rasulullah, iaitu empat perkara: Menyembahyangkan jenazahnya dan berdoa kepadanya; memohon keampunan kepada kedua-duanya; melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab kedua-duanya; dan menghormati sahabat kedua-duanya, iaitu menghubungi tali silaturrahim yang engkau tidak ada hubungan melainkan disebabkan mereka dahulu menghubungkannya.”


Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu pula akan berbuat baik kepada kamu.”


terdapat banyak lagi hadith-hadith lain yang menunjukkan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormati mereka.


jarang sekali ada ibu bapa yang mahu keburukan bagi anak mereka. pasti mereka sentiasa mahukan terbaik mereka walaupun tepaksa mengorbankan pelbagai perkara.


nasihat bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga (esp perempuan), jika masih mempunyai ibu bapa..rujuklah dulu pada mereka. selalunya firasat yang tuhan kurniakan pada mereka sangat kuat jika berkaitan dengan anak mereka sendiri. khususnya firasat seorang ayah bagi anak perempuannya, sebab itulah kenapa Ayah yang dipilih sebagai wali pertama dalam menikahkan anak perempuannya..


berbuat baiklah pada ibu bapa kita, kerana sedangkan jika mereka berlainan agama Allah turut mengarahkan agar mereka digauli dengan baik..


treasure them while you can, life is not forever..

Thursday, December 25, 2008

sebelum cuti bermula (editted)

aktiviti lab selalunya masa yang paling membosankan..lebih-lebih lagi sebab kena buat report.

tapi lab semalam sangat best! sebab dapat main dengan binatang yang mungkin ditakuti ramai..


TIKUS..


tapi saya tak salahkan manusia..sebab bukan setakat manusia je takut..gajah pun takut!
hehhe..

bakal di 'inject' intravenously

tapi actually tikus ni cute..


INDIVIDUAL DRUG RESPONSE

mungkin catatan kali ini hanyalah semata-mata untuk meluahkan perasaan yang telah membuatkan diri ini berasa tidak tenteram sejak dua-tiga minggu kebelakangan ini..

seorang teman bertanya, kenapa dia tidak merasakan dirinya mendapat penghargaan dan perhatian yang sepatutnya dari saya..

"kenapa si A sanggup buat begini dan begitu demi si B tapi duha tak macam tu?"

katanya, rasa sayang tidak dapat dirasakan..

"banyak kali mengadu masalah tapi macam takde respon..kalau ada pun, respon tu tak seperti apa yang diharapkan.." luahnya.
(mungkin sebab nampak muke saya mcm blur je kot..takde respond sangat..)

"timah (bukan nama sebenar) nak seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan timah, sedar timah ada masalah walaupun timah tersenyum.."


walaupun semua tikus ni bakal menerima
nasib yang sama iaitu di'inject' tapi masing-masing
menunjukkan reaksi berbeza..takut..lapar..tak tau pape
dan even ade yang tidur (blur-blur je and selamba,
mungkin ini same type dengan saya)..



mungkin memang saya bukan sahabat terbaik yang sangat memahami dan mampu memberikan segalanya pada seseorang yang bergelar teman..

persahabatan memang penting, dan bagi saya amat penting..dan saya yakin orang ramai turut bersetuju dengan kenyataan ini..

cuma cara kita bersahabat dan melayani sahabat mungkin berbeza..

selama kami mengalami masalah ini, saya tetap diri saya..nampak gembira..macam takde masalah..happpy je..macam tak terganggu langsung..

MUNGKIN hal ini turut menyebabkan si dia terasa..

bukannya tak kisah..bukannya tak ambil berat..bukannya malas nak layan dan bukannya tak terganggu atau tak memikirkan hal ini..cuma mungkin ini cara saya..

dia juga pernah bertanya, kenapa saya tak pernah mengadukan apa-apa masalah padanya.."bukankah kawan kena kongsi masalah?"

ya..saya setuju kawan perlu berkongsi masalah..saya mengalu-alukan jika ada yang ingin berkongsi masalah dan pendapat..cuma mungkin tak semua masalah ingin dikongsi..

bagi saya..kalau saya nak kongsi saya kongsikan..saya utarakan untuk mendapatkan pendapat..

tapi bukan semua orang sentiasa mahu bercerita tentang masalahnya..walaupun dua individu itu sangat rapat..masih ada yang dianggap hanya untuk dirinya..

tidak semua orang mudah menunjukkan dia sayang..

tidak semua orang mudah dan suka memujuk atau dipujuk..

dan bukan semua orang sama dengan kita..

ini sesuatu yang kita semua perlu fahami..

kadangkala kita ambil remeh soal ini..soal hati..bukan semua orang sama..tidak semua orang boleh terima cara kita, tapi kita perlu berusaha untuk jadi yang terbaik..ayat ini khususnya untuk diri ini juga..

maaf sebab tak dapat jadi sahabat yang terbaik..Saya juga sedang berubah..mungkin masalah berpunca dari diri ini..saya pasti cuba menjadi yang lebih baik..tak pasti jika masa dapat membantu memulihkan keadaan ini..tapi yakinlah tak pernah saya abaikan persahabatan kita dan saya amat menghargai persahabatan kita~

**setelah difikir-fikir kembali..rasanya masalah ini sedikit sebanyak berpunca dr saya yang kurang memikir keadaan orang lain '-_- mungkin saya lebih mementingkan perasaan sendiri dan sering menganggap diri sendiri yang betul..i ask he to change but i don't try to..

so i promise that i'm also trying to be a better person :) help me..guide me..sorry 4 everything


KEMPUNAN

di malam harinya..untuk me-release tension sambil memenuhi hajat yang dah lama terpendam(lagipun esoknya cuti..hehhe)..satu projek telah diusahakan..

projek membuat SUSHI!
lama dah tak makan..kempunan rasenye.. :)

bale 2 jadi sasaran tempat untuk masak (Ibu dah letak sign dilarang memasak di bale 2 selepas kejadian ini..tapi sebenarnya dah banyak kali je masak :p )

projek bermula jam 8..setelah selesai tanyangan dan solat isya' di Masjid Ibnu Sina..

semua barang dipastikan lengkap..

carrot


seaweed


timun

sweet corn+mayonnaise



source of oil (untuk goreng telur :D)



telur



kicap sushi



garam



tuna,hot dog and telur tadi yang dah digoreng


rice cooker (most important!)

after semua barang dah siap..cooking time! susah jugak nak masak sebab guna rice cooker semata-mata..bukan setakat masak nasi,rebus hot dog pun dalam tu, goreng telur pun dalam tu! (kalau ibu tau..mati laa '-_- ) hehhe..tapi apa boleh buat..orang perempuan kan..mesti laa nak masak~ :D

selepas dah berpenat lelah sejam lebih, siaplaa semua benda..termasuk jelly+anggur..sedap~


variety of sushi



yum!


coleslaw pon ade~


jelly anggur (nampak anggur je..)



dah habis..call laa parents..
cite ape yang dah dilakukan sepanjang hari

tak sabar rasanya nak balik malaysia..hehhe..walaupun baru je balik. meniti hari membilang jari menunggu 1 Feb 20o9!

Monday, December 15, 2008

ketinggalan?

sempena raya aidil adha baru-baru ni,
ramai kawan-kawan yang mengambil kesempatan untuk saling contact-contact..
bertanya khabar, menyampaikan berita dan lain-lain lagi..

"salam..ape kaba? sehat? camne raye taun ni?"
"bape ekor lembu duha da sembelih?"
dan sebagainya..

dalam banyak-banyak perbualan, ada satu yang ingin dikongsikan..

"Assalamualikum gadis bandung..sehat ke?"
suara ex schoolmate kedengaran di hujung talian..
(excited betul dapat panggilan dari Malaysia)

"Waalaikumussalam..sehat Alahamdulillah..nt cmne?"

"sehat2.."

"bagus2..ape cite malaysia skang? ade cite bes tak?"
(soalan common..tak tahu nak tanye ape sebenarnya.. )

"eh, tau tak ***** nak kawin?"

"erm..ade dengar jugak..tapi tak confirm..betul ek?"

(rasa sedih jugak..selalu ketinggalan kalau bab-bab camni.. )

"betul..ramai dah tahu"

"owh..baguslaa..tambah lagi sorang pasangan dalam batch kite..hehhe..nt bile lagi..huhu"

"haha..banyaklaa..nanti2 laa..not now" jawabnya selamba

setakat ni, Alhamdulillh dah ada lebih kurang 5 sahabat yang dah menikah..
(ramai jugak ek :p)
tapi..satu jemputan pun tidak berkesempatan untuk dipenuhi..
Matrikla..kelas la..
setiap kali mesti ada hal..

perbualan diteruskan dengan perkembangan kawan-kawan lain..
macam-macam yang diceritakan,yang langsung tak diketahui..terkejut pun ada, sebab banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku..

si A berpasangan dengan si B..si C pun tak ketinggalan..macam-macam..

"ye ke? kenape jadi camtu?"

sedih dengan perkembangan sebegini..tidak seperti yang diharapkan..bukankah lebih seronok kalau dengar berita seperti 'si A jadi best student kat kolej dia'..dan lain2..


"nt dok kat malaysia tu cube-cube laa tegur derang..ana dah jauh susah..balik sekali sekale pun tak tentu dapat jumpe.."

"ala..sekarang ni sume da masuk uni..sume da besa..paham-paham sendiri la..lagi pun life kat uni memang laa camni,time ni laa sume orang nak cari pasangan.."



diam...



"duha, nt kne laa OPEN siket..sekarang mmg zaman camni la..ana rase sume orang pn da mule mencari pasangan..nt kene paham.."



terkedu..terkejut..bercampur-baur..



"tengok..nt banyak tak tau 'gossip terkini' sebab derang sume takut nak cte kat nt..sbb nt msti takleh terime kalau derang btau derang couple.."sambungnya lagi.



KETINGGALAN ke saya ni? kena ikut perubahan zaman ke? kalau ramai yang couple, kena terima ke?



secara jujurnya saya mengaku soalan itu terlintas dalam fikiran..

Astaghfirullah..


"bukankah beruntung golongan yang sedikit dan terasing?


tak perlu ikut kebiasaan, walaupun semua orang di sekeliling kita menerima perkara tersebut..
kalau memang perkara tu salah, kenapa perlu diterima?


sabda Nabi SAW

"yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.."

cuma kita yang perlu tentukan untuk pilih yang mana..


semoga cahaya hidayah disuluh pada hatiku dan rakan2..


"Ya Allah berilah aku kekuatan untuk sentiasa bertaubat,bersyukur,bergantung dan berharap hanya padaMU"

Saturday, December 13, 2008

renungan

Alhamdulillah khamis yang lepas, sempena program Jom Pegi Masjid anjuran biro agama islam angkatan 2008 telah berjaya disempurnakan..


program ceramah bersama IMAN tersebut membawa tema "aurat"..


ceramah atau lebih sedap dipanggil perkongsian tersebut dikendalikan oleh seorang moderator dan 3 ahli panel..ringkas dan padat!


konsep sebenar menutup aurat merupakan perkara utama yang diberi penekanan pada malam tersebut..


sekarang ni kalau dilihat kembali memang most orang yang menutup aurat tidak betul-betul faham konsep aurat..aurat tu ape?


pakai tudung tapi lengan pendek,baju ketat,kain terbelah dan sebagainya~


Allah menurunkan perintah menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31

"...dan janganlah menampakkan perhiasan(aurat) kecuali apa yang (biasa) terlihat dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat)..."


dalam mengimani Al-Quran..tak boleh ambil separuh-separuh..certain thing kita percaya and yakini, tapi sesetengah yang lain kita abaikan..


contohnya, dalam bab-bab yang menguntungkan kita, bukan main percaya lagi.. dalam surah Al-Baqarah ayat 186, Allah berfirman

Italic

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu padamu (Muhammad), maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaku..."


so, berdoalah sekalian manusia dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa mereka begitu sahaja..


tapi cukupkah ambil ayat AQ tersebut setakat itu sahaja?


padahal Allah sambung seterusnya "...hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran"


begitu juga dengan aurat..jangan tutup apa yang kita nak sahaja, tapi perlu memenuhi syariat.. padahal menutup aurat tu sebenarnya menguntungkan kita jugak..untuk melindungi, especially untuk kaum wanita..


aurat ketika bersukan pun ada disentuh (atas permintaan pihak penganjur memandangkan hari ni ada sukan)..tapi sayangnya, ramai yang setakat mendengar tapi tidak mengaplikasikan..moga kita semua diberi hidayah~


"FIESTA ANAK MALAYSIA" anjuran angkatan 2008 (12-13 Disember 2008)


pelbagai sukan yang dipertandingkan..bermula jumaat malam hingga sabtu petang

futsal..

netball..

tarik tali..

bola keranjang..

dan permainan tradisional seperti batu seremban, galah panjang dan baling selipar..


Alhamdulillah semua berjalan lancar..cuma aada beberapa perkara yang tidak menyenangkan..

"biaselaa tu" komen rakan yang turut memerhati.


kalau dah bersukan ni, selalu lupa dunia..excited sangat..


mungkin dari segi pergaulan tak begitu membimbangkan..tapi ada jugak yang berlawanan jenis sebok-sebok nak tengok orang lain main games..


yang sedihnya..hari ini..kebanyakkan orang mula "tunjuk belang"..

"kenapa ramai yang kelihatan bangga melakukan dosa?"

Astaghfirullahal 'azdim..

mungkin ini first time buat program atas nama angkatan, so banyak yang perlu diperbaiki..

sekadar renungan bersama..

Friday, December 5, 2008

problematika ummat (2)

sambung kembali tentang MENGAB "problematika ummat"

kasus kedua yang dilontarkan pada kami adalah berkenaan 'Pak Jahid',
seorang lelaki yang menyertai satu persatuan yang bekerja membanteras maksiat
yang dilakukan oleh masyarakat sekeliling. contoh kegiatan mereka adalah dengan
menutup tempat-tempat maksiat.

disini timbul permasalahan adakah wajar tindakan Pak Jahid atau dia
dianggap sebagai ekstremis? bagaimana jika kumpulan Pak Jahid mengambil tindakan
mengebom kawasan-kawasan yang dianggap sarang maksiat? seperti kes pengebomn di Bali? adakah itu dianggap jihad?

banyak pendapat yang dilontarkan oleh para mahasiswa yang menghadiri MENGAB
tersebut. kebanyakan daripada kami bersetuju dengan tindakan membanteras maksiat, tapi mungkin bukan dengan cara mengebom. beberapa minggu yang lalu saya ada mengikuti satu program bertajuk 'jihad for peace' yang membincangkan tentang Jihad dalam konsep islam yang sebenar. mungkin di sini saya boleh merumuskan beberapa perkara yang saya dapati untuk dikongsi bersama.


Jihad berasal dari kata jahada yang bermaksud kesungguhan/bersungguh-sungguh..dan boleh diertikan sebagai bersungguh-sungguh dalam berjuang dan membela agama Allah.
islam adalah agama yang amat teliti dalam setiap perkara, maka Allah ada memberi peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi semasa berjihad fisabilillah.

antaranya tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, begitu juga dengan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan peperangan. malah haiwan dan tumbuhan juga perlu dilindungi..jadi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, kita mampu menimbang dengan akal fikiran yang sihat, bahawa dengan mengebom kawasan awam, adakah kita dapat mengelak dr mencederakan orang awam disekitarnya?

kalau dilihat konsep pemgebom di palestin, target dan masa yang berseuaian amat dititikberatkan agar yang terkorban adalah pasti dan benar-benar mereka yang selayaknya dibunuh. "bukan main bom sesuke hati je" kerana dengan hanya menurut emosi, tanpa panduan akal dan iman akan menyebabkan islam akan dikecam akibat penganutnya sendiri.



"too many people wear the title of a muslim but they don't practice islam"

dengan kecaman dari pelbagai pihak yang mengatakan 'islam agama pengganas', kita tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan malah sepatutnya mengambil langkah menunjukkan contoh terbaik yang dapat menangkas segala fikiran negatif tentang islam. kalau ikut peraturan yang Allah dah tetapkan, insyaAllah semua akan okay.



Kasus terakhir adalah mengenai junjungan kita Nabi Muhammad SAW. tentang karikatur baginda yang pernah menggemparkan bukan sahaja Indonesia dan Malaysia, malah negara-negara lain di dunia. kami ditanya.. 'apakah perasaan ikhwan akhawat apabila mengetahui Nabi kita diperlakukan sebegitu?'

seluruh dewan sepakat..pastinya kami semua MARAH!
"tidak sempurna iman selagi kita tidak mencintai Rasulullah lebih dari diri sendiri, keluarga, harta..." -Al-Hadith

lalu dilontarkan pada kami satu soalan yang cukup mudah.."siapa yang menyayangi Rasulullah ngacung tangannya..lebih tinggi bermakna lebih tinggi cintanya pada Rasul"..tanpa berfikir panjang, semua mengangkat tangan. setinggi yang mungkin. Ada yang mengangkat kedua belah tangan! betapa bangganya kami dengan rasa cinta pada rasulullah. Ketua DKM Asy-Syifa' tersenyum melihat kesungguhan kami. dia meneruskan bicara "siapa yang marah ketika nabi Muhammad dijelek-jelekin? ngacung setingginya!"..


sama..masing-masing bersaing untuk mengangkat tangan setinggi mungkin..masih ada yang mengangkat kedua belah tangannya..excited mempamerkan pembelaan terhadap junungan kita..

namun, soalan terakhir menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati saya dan rakan-rakan..dan membuat kami terkedu..

"siapa yang yakin,sudah menjalankan sunnah-sunnah nabi..ngacung kayak tadi"

tangan-tangan yang tadi gah melambai-lambai boleh dikatakan turun kesemuanya..malah saya juga turut ragu-ragu untuk mengangkat tangan setinggi tadi. cuma separas bahu sahaja yang mungkin mampu diangkat..tidak yakin dengan diri sendiri..malu pada diri sendiri..malu pada tuhan dan pada kekasih Allah..saya lontarkan kembali persoalan tersebut dalam diri sendiri..adakah kita betul-betul sudah mengikuti dan menjalankan sunnah Rasulullah? tepuk dada tanya Iman..

kita sering menjawab dengan yakin bahawa kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati, tapi sedarkah kita bahawa kecintaan pada Rasulullah tidak cukup sekadar pada lisan, tetapi turut menuntut ikrar daripada perbuatan dan hati. kita mengaku mencintai baginda tapi suruhan dan sunnahnya tidak kita ikuti sepenuhnya..benar-benar cintakah kita pada baginda?

Rasulullah pernah bersabda "Aku tinggalkan 2 perkara. jika kamu berpegang dengan keduanya maka kamu tidak akan sesat selamanya. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah" (au kama qal)

maka janganlah diabaikan sunnah-sunnah Rasulullah dalam ibadah seharian kita. ia tidak akan merugikan malah memberi keuntungan berlipat ganda pada kita jika ia disertai redha Allah Taala..buktikan kita benar-benar mencintai baginda dan layak untuk kembali dicintai, walaupun kita takkan dapat menandingi cinta baginda terhadap ummatnya..

berharap dan berdoalah moga kita sama-sama menjadi orang yang dekat dengan baginda di padang Mahsyar dan di syurga kelak..moga dikurniakan syafaat..amiin~