sambung kembali tentang MENGAB "problematika ummat"
kasus kedua yang dilontarkan pada kami adalah berkenaan 'Pak Jahid',
seorang lelaki yang menyertai satu persatuan yang bekerja membanteras maksiat
yang dilakukan oleh masyarakat sekeliling. contoh kegiatan mereka adalah dengan
menutup tempat-tempat maksiat.
disini timbul permasalahan adakah wajar tindakan Pak Jahid atau dia
dianggap sebagai ekstremis? bagaimana jika kumpulan Pak Jahid mengambil tindakan
mengebom kawasan-kawasan yang dianggap sarang maksiat? seperti kes pengebomn di Bali? adakah itu dianggap jihad?
banyak pendapat yang dilontarkan oleh para mahasiswa yang menghadiri MENGAB
tersebut. kebanyakan daripada kami bersetuju dengan tindakan membanteras maksiat, tapi mungkin bukan dengan cara mengebom. beberapa minggu yang lalu saya ada mengikuti satu program bertajuk 'jihad for peace' yang membincangkan tentang Jihad dalam konsep islam yang sebenar. mungkin di sini saya boleh merumuskan beberapa perkara yang saya dapati untuk dikongsi bersama.
Jihad berasal dari kata jahada yang bermaksud kesungguhan/bersungguh-sungguh..dan boleh diertikan sebagai bersungguh-sungguh dalam berjuang dan membela agama Allah.
islam adalah agama yang amat teliti dalam setiap perkara, maka Allah ada memberi peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi semasa berjihad fisabilillah.
antaranya tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, begitu juga dengan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan peperangan. malah haiwan dan tumbuhan juga perlu dilindungi..jadi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, kita mampu menimbang dengan akal fikiran yang sihat, bahawa dengan mengebom kawasan awam, adakah kita dapat mengelak dr mencederakan orang awam disekitarnya?
kalau dilihat konsep pemgebom di palestin, target dan masa yang berseuaian amat dititikberatkan agar yang terkorban adalah pasti dan benar-benar mereka yang selayaknya dibunuh. "bukan main bom sesuke hati je" kerana dengan hanya menurut emosi, tanpa panduan akal dan iman akan menyebabkan islam akan dikecam akibat penganutnya sendiri.
"too many people wear the title of a muslim but they don't practice islam"
dengan kecaman dari pelbagai pihak yang mengatakan 'islam agama pengganas', kita tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan malah sepatutnya mengambil langkah menunjukkan contoh terbaik yang dapat menangkas segala fikiran negatif tentang islam. kalau ikut peraturan yang Allah dah tetapkan, insyaAllah semua akan okay.
Kasus terakhir adalah mengenai junjungan kita Nabi Muhammad SAW. tentang karikatur baginda yang pernah menggemparkan bukan sahaja Indonesia dan Malaysia, malah negara-negara lain di dunia. kami ditanya.. 'apakah perasaan ikhwan akhawat apabila mengetahui Nabi kita diperlakukan sebegitu?'
seluruh dewan sepakat..pastinya kami semua MARAH!
"tidak sempurna iman selagi kita tidak mencintai Rasulullah lebih dari diri sendiri, keluarga, harta..." -Al-Hadith
lalu dilontarkan pada kami satu soalan yang cukup mudah.."siapa yang menyayangi Rasulullah ngacung tangannya..lebih tinggi bermakna lebih tinggi cintanya pada Rasul"..tanpa berfikir panjang, semua mengangkat tangan. setinggi yang mungkin. Ada yang mengangkat kedua belah tangan! betapa bangganya kami dengan rasa cinta pada rasulullah. Ketua DKM Asy-Syifa' tersenyum melihat kesungguhan kami. dia meneruskan bicara "siapa yang marah ketika nabi Muhammad dijelek-jelekin? ngacung setingginya!"..
sama..masing-masing bersaing untuk mengangkat tangan setinggi mungkin..masih ada yang mengangkat kedua belah tangannya..excited mempamerkan pembelaan terhadap junungan kita..
namun, soalan terakhir menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati saya dan rakan-rakan..dan membuat kami terkedu..
"siapa yang yakin,sudah menjalankan sunnah-sunnah nabi..ngacung kayak tadi"
tangan-tangan yang tadi gah melambai-lambai boleh dikatakan turun kesemuanya..malah saya juga turut ragu-ragu untuk mengangkat tangan setinggi tadi. cuma separas bahu sahaja yang mungkin mampu diangkat..tidak yakin dengan diri sendiri..malu pada diri sendiri..malu pada tuhan dan pada kekasih Allah..saya lontarkan kembali persoalan tersebut dalam diri sendiri..adakah kita betul-betul sudah mengikuti dan menjalankan sunnah Rasulullah? tepuk dada tanya Iman..
kita sering menjawab dengan yakin bahawa kita mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati, tapi sedarkah kita bahawa kecintaan pada Rasulullah tidak cukup sekadar pada lisan, tetapi turut menuntut ikrar daripada perbuatan dan hati. kita mengaku mencintai baginda tapi suruhan dan sunnahnya tidak kita ikuti sepenuhnya..benar-benar cintakah kita pada baginda?
Rasulullah pernah bersabda "Aku tinggalkan 2 perkara. jika kamu berpegang dengan keduanya maka kamu tidak akan sesat selamanya. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah" (au kama qal)
maka janganlah diabaikan sunnah-sunnah Rasulullah dalam ibadah seharian kita. ia tidak akan merugikan malah memberi keuntungan berlipat ganda pada kita jika ia disertai redha Allah Taala..buktikan kita benar-benar mencintai baginda dan layak untuk kembali dicintai, walaupun kita takkan dapat menandingi cinta baginda terhadap ummatnya..
berharap dan berdoalah moga kita sama-sama menjadi orang yang dekat dengan baginda di padang Mahsyar dan di syurga kelak..moga dikurniakan syafaat..amiin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Mesti Ketua DKM As-Syifa tu berkata dalam hati
"Lu kena beb...hehe"
Yang dizahir dimulut sukar untuk diimplementasi pada tindakan.Berkenaan pengebom Bali, soal tindakan mungkin ada kita yang tidak setuju.Hanya sekadar itu...
Mati syahid atau tidak,terserah pada Allah.Takut mereka keji dimata manusia,disisi Allah diangkat darjatnya....
Mereka beralasankan mati syahid,persoalanya kita mati semcmana? Syahidkan?
duha..
gewd girl..
menerima n mmberi blk..
yg soalan last tu duha angkat tgn x..?=)
hr tu kite bru msuk bab ma'rifaturrasul..
kita slalu ckp kita cintakan rasul..apa buktinya..
nape kita mrh bila rasul dihina?
sbb tu kewajipan kita kpd baginda..
kita percaya,kita beriman..kita cinta n syg..kita wjb membela..n menghidupkan sunnahnya..n x lupe, mnjadi slh seorg penyambung risalahnya..sampaikanlah walaupun 1 ayat~ =)
jgn lupe esok puasa sunat k~ ajak kwn2 laen same=)
Dr Amad- erm..betul..sbg manusia kita tak boleh suke2 letak hukum..Allah yang Maha mengetahui dan lebih mengetahui daripada kita..moga2 kita mendapat cara kematian yang paling baik..syahid insyaAllah
nurul88-kak aimang..(hehhe) soalan last tu angkat tgn..tapi tak tggi cam soklan awal2 tu '-_- (malu2..
erm..harap2nya hati kita sntiasa diberi ketetapan untuk mentaatiNya dan rasulNya sambil menyampaikan risalahnya di muka bumi ini :)
aslmkum...
wah,bole tiru idea kyan nih. hehe...bgus2,rajin2la berkongsi apa yang anda dapat ye?
ha, lagi satu, ceramah korban mlm sabtu aritu xdpt dtg. dgr citer bez,apekata cite kat cni. hehe...
drrazi- hehe..memang bes..rugi tak datang..nak kongsi? insyaAllah kalau berkesempatan akan dikongsi :D tapi lawak2 yang ade dlm cermah tu tak reti laa pulak nak tules..heh
Post a Comment