Saturday, December 13, 2008

renungan

Alhamdulillah khamis yang lepas, sempena program Jom Pegi Masjid anjuran biro agama islam angkatan 2008 telah berjaya disempurnakan..


program ceramah bersama IMAN tersebut membawa tema "aurat"..


ceramah atau lebih sedap dipanggil perkongsian tersebut dikendalikan oleh seorang moderator dan 3 ahli panel..ringkas dan padat!


konsep sebenar menutup aurat merupakan perkara utama yang diberi penekanan pada malam tersebut..


sekarang ni kalau dilihat kembali memang most orang yang menutup aurat tidak betul-betul faham konsep aurat..aurat tu ape?


pakai tudung tapi lengan pendek,baju ketat,kain terbelah dan sebagainya~


Allah menurunkan perintah menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31

"...dan janganlah menampakkan perhiasan(aurat) kecuali apa yang (biasa) terlihat dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat)..."


dalam mengimani Al-Quran..tak boleh ambil separuh-separuh..certain thing kita percaya and yakini, tapi sesetengah yang lain kita abaikan..


contohnya, dalam bab-bab yang menguntungkan kita, bukan main percaya lagi.. dalam surah Al-Baqarah ayat 186, Allah berfirman

Italic

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu padamu (Muhammad), maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaku..."


so, berdoalah sekalian manusia dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa mereka begitu sahaja..


tapi cukupkah ambil ayat AQ tersebut setakat itu sahaja?


padahal Allah sambung seterusnya "...hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran"


begitu juga dengan aurat..jangan tutup apa yang kita nak sahaja, tapi perlu memenuhi syariat.. padahal menutup aurat tu sebenarnya menguntungkan kita jugak..untuk melindungi, especially untuk kaum wanita..


aurat ketika bersukan pun ada disentuh (atas permintaan pihak penganjur memandangkan hari ni ada sukan)..tapi sayangnya, ramai yang setakat mendengar tapi tidak mengaplikasikan..moga kita semua diberi hidayah~


"FIESTA ANAK MALAYSIA" anjuran angkatan 2008 (12-13 Disember 2008)


pelbagai sukan yang dipertandingkan..bermula jumaat malam hingga sabtu petang

futsal..

netball..

tarik tali..

bola keranjang..

dan permainan tradisional seperti batu seremban, galah panjang dan baling selipar..


Alhamdulillah semua berjalan lancar..cuma aada beberapa perkara yang tidak menyenangkan..

"biaselaa tu" komen rakan yang turut memerhati.


kalau dah bersukan ni, selalu lupa dunia..excited sangat..


mungkin dari segi pergaulan tak begitu membimbangkan..tapi ada jugak yang berlawanan jenis sebok-sebok nak tengok orang lain main games..


yang sedihnya..hari ini..kebanyakkan orang mula "tunjuk belang"..

"kenapa ramai yang kelihatan bangga melakukan dosa?"

Astaghfirullahal 'azdim..

mungkin ini first time buat program atas nama angkatan, so banyak yang perlu diperbaiki..

sekadar renungan bersama..

6 comments:

Abell M said...

let me be the first to comment here..
kite pn bru nk cite psl topic aurat ni, hehe..tp lum siap2 ag..nnti cuti bru nk siapkn..InsyaAllah..
nway, masalah aurat ni in my opinion adlh disebabkan sseorg individu itu sndiri..klu kite tnye, mcmne cara pemakaian dlm islam? Tau je dorg..cuma dipraktikkan atau x? Mungkin mslh ni brpunca dr terlalu cinta akan dunia dn x tutup aurat ni sudh mnjd kebiasaan zmn skrg ni..
Jd kite rse, ap yg kite harus lakukn sekarang adlh saling mengingati sesama rakan as a part of dakwah..
Bout sukan tu, alhamdulillah dh selesai.. tp kelihatannye ad yg x ikut guidelines pemakaian yg dh ditetapkn..mungkin kite perlu lbh tegas kelak..

Dr Amad said...

Bercakap soal aurat,muamalat lelaki perempuan,cara bersukan bagi saya semua kita sudah sedia maklum...apa itu halal dan haram.

Kita telah didedah tentang hal sebegitu dari kecil,jika tidak dari keluarga,tidak dapat tidak dari sekolah.

Cuma kenapa senario itu terus berlaku?

"ala itu sudah biasa,"sungguh celaka iman seseorang itu bila kemungkaran didepan mata hanya dipandang ringan tanpa sekurang-kurangnya istiqfar didalam hati.

Buat yang sudah sedar tanggunjawap,faham dan mahu amalkan Islam,sentuhlah mereka-mereka itu dengan hati.Saya begitu yakin ramai diantara mereka hatinya lembut.Kita perlu pandai belajar skill "bagaimana menyentuh hati"

duha said...

Dr Amad- erm..betul, selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati..kalau takde rase benci malah mengaggap biase sesuatu maksiat tu memang ade masalah dengan hati..

moga kita tak 'terbiasa' dengan kebiasaan zaman sekarang..

same2 jadi generasi ghuraba'

duha said...

Bella Billa- yup! dakwah sunnah terbesar Rasulullah..same2 laa cube menyampaikan walau pun hanya sepatah ayat :)

Anonymous said...

tahniah atas anjuran aktiviti batch. korang penyambung tradisi batch kitorang. bila ada aktiviti batch,kita akan lebih dekat antara satu sama lain. dan bila dah dekat,kita senang 'mengawal'....

jd jangan putus asa....
sabar....

sayangilah kawan2 kita sebagaimana kita sayang pada diri sendiri. tegur mana yang mampu,dgn cara yang paling baik. jangan biar sebab sayang ataupun marah sebab sayang. tiru rasulullah.

rasulullah tak pernah biarkan, ataupun marahkan sahabat2 buat salah. walopon sahabat pelbagai ragam. hebatkan? so macam mana rasulullah 'kawal' dan 'didik' sahabat2? haaa....tu yg kita kene tiru. hehe... insyaAllah berjaya.=)

duha said...

drrazi- erm..insyaAllah..thanks 4 the advice..mmg ukhuwwah tu penting sbb bila hati dah bertaut insyaAllah bila cakap masuk straight ke hati..tapi kalau takde rasa sayang antara 2 sahabat, susah nak ada kefahaman antara satu sama lain..

sama-sama contohi Rasulullah :)