azan zohor baru selesai berkumandang..
niatnya nak ke masjid, stay sampai asar untuk study..
asyik study kat dalam bangunan je..bosan!
nak ambil fresh air sikit..
new message:
"aslmkm..jom lepak kat masjid"
contact:
+628***********
send
sending..
message sent.
setelah mandapat reply dari kawan yang berkenaan, kami sama-sama menuju ke masjid.
cuaca sangat menenangkan dan mententeramkan..
tidak begitu panas dan tidak pula menunjukkan tanda-tanda bumi ini akan dibasahi hujan..
tiba-tiba HP bernyanyi riang..
new message from Abah
open..
"assalamualaikum, duha tgh buat apa? abah n ummi tgh beli baju n buku untuk anhar dan rayyan (adik2 perempuanku)..jangan lupa minum air biasa banyak2, nanti bibir kering. luv u."
saya tersenyum dan segera membalas:
"wlkmslm,beli baju? nak jugak! eh,cne abah tau kalau bibir kering? macam nampak je..hehhe..ok,insyaAllah duha minum air byk2 :) krm slm semua, love u too"
kemudian saya dan rakan terus sambung menelaah buku pharmacology yang agak nipis jika dibandingkan dengan buku clinical pathology yang beratnya hampir 3kg kot..hehe..(bile laa nak habes bace buku ni..nipis pon tak habes2 jugak '-_- )
tengah2 khusyuk belajar, tiba-tiba teman yang setia menemani saya belajar tadi menegur
"eh duha, darah..bibir berdarah"
uh? ya Allah..terus teringat pesanan abah tadi..rasa terkejut..macam abah tau2 je memang sebenarnya saya memerlukan air..(diri sendiri tak sedar, orang dari malaysia yang tegur)
Alhamdulillah..instinct abah memang kuat..dah banyak kali hal-hal serupa berlaku. kadangkala, jika saya sakit pun abah pasti dapat mengesan..walaupun tak diberitahu..
I LOVE U ABAH N UMMI!!
Ibu Bapa
ISLAM mengajar umatnya supaya sentiasa menghormati dan menaungi golongan tua, lebih-lebih lagi ibu bapa. Dalam al-Quran dan sunnah banyak dijelaskan tentang tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh anak terhadap ibu bapa.
Perintah berbuat baik kepada ibu bapa berkait rapat dengan pengabdian kita kepada Allah taala.Firman Allah bermaksud:
“Dan kamu hendaklah menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa...” (Surah an-Nisa, ayat 36)
Dalam ayat ini, Allah mengarahkan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata. Ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan berbuat baik kepada ibu bapa.
malah dikatakan redha Allah taala terletak atas redha ibu bapa dan kemurkaanNya terletak atas kemurkaan ibu bapa..
Firman Allah bermaksud:
“Allah menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu selepas lemah itu kuat, kemudian dijadikan kamu lemah semula serta tua beruban...” (Surah ar-Rum, ayat 54)
sewaktu kita dilahirkan, dalam keadaan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa, ibu bapalah yang menjaga dan memberi segalah keperluan kita sehingga akhirnya, Alhamdulillah kita dapat membesar sehingga saat ini..seperti dalam nasyid yang bertajuk Your Mother:
when u fell who pick u up?
clean ur cut?
that's right, no other
my mother
ini menunjukkan sejak dari kecil memang kita amat bergantung pada ibu bapa dalam setiap aspek..kalau bukan kerana mereka, pasti kita tiada di sini..
dalam firman Allah yang lain
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sampai kepada umur tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka “Ceh!” dan janganlah engkau mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan doakanlah bagi mereka: Wahai Tuhanku, kasihani mereka berdua sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 23-24)
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah lagi tinggal sesuatu kebaikan yang saya mesti buat terhadap ibu bapa saya yang meninggal dunia?”“Ya, Jawab Rasulullah, iaitu empat perkara: Menyembahyangkan jenazahnya dan berdoa kepadanya; memohon keampunan kepada kedua-duanya; melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab kedua-duanya; dan menghormati sahabat kedua-duanya, iaitu menghubungi tali silaturrahim yang engkau tidak ada hubungan melainkan disebabkan mereka dahulu menghubungkannya.”
Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu pula akan berbuat baik kepada kamu.”
terdapat banyak lagi hadith-hadith lain yang menunjukkan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormati mereka.
jarang sekali ada ibu bapa yang mahu keburukan bagi anak mereka. pasti mereka sentiasa mahukan terbaik mereka walaupun tepaksa mengorbankan pelbagai perkara.
nasihat bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga (esp perempuan), jika masih mempunyai ibu bapa..rujuklah dulu pada mereka. selalunya firasat yang tuhan kurniakan pada mereka sangat kuat jika berkaitan dengan anak mereka sendiri. khususnya firasat seorang ayah bagi anak perempuannya, sebab itulah kenapa Ayah yang dipilih sebagai wali pertama dalam menikahkan anak perempuannya..
berbuat baiklah pada ibu bapa kita, kerana sedangkan jika mereka berlainan agama Allah turut mengarahkan agar mereka digauli dengan baik..
treasure them while you can, life is not forever..
11 comments:
Time2 dh nak balik mesia ni, bertmbah2 rindu kat mak ayah..
Ape la yg dorg tgh buat ek?? Huhu..
Menjelang exam ni, rajin2 la telefon mak ayah..semoga ilmu kita diberkati..
Kite stuju la psl sblm kawen tu, kene minta restu dan persetujuan dr mak ayah kite..
Sbb most of the time, dorg lebih tau ap yg baik utk kita..
Disamping itu kita haruslah berdoa spy dpt jodoh yg baik..=)
balla- hehhe..bab2 kawin bell mesti stuju je..heh..
insyaAllah..keberkatan dari mak ayah tu mmg sgt penting, jangan laa skali2 kite kecik kan hati derang, besar dosanya..
nak exam ni mintak derang doakan ye..
Cinta yang dianugerahkanNya tanpa syarat.Moga jadi anak solehah..
Bdw gud lak exam :-)
Hah..budak kecik jangan duk pandai-pandai menyembang sal kahwin...Ish...goreng ikan pun rentung lagi,nak nikah...hik3
kak duha..kawen ana nt datang la eh..
kak duha..kat sane ade angen jantan menyerang x?haha..
ronda2!
minum aer byk2 tau!
kalo x cemasss ana
Ahmad Zulfahmi- jazakallah..amin~ mmg bercita-cita tinggi nak jadi anak solehah!erm..doakan exam..'-_- cuak2..
Dr Amad- haha..ape salahnya cakap sal kawin..hari tu ade orang ajar kene wat master plan an..so dari awal la..heh..lagipun da tahun 2009..da tua da..(besa betul angke 20 nih) eh..ana bkn stakat pandai goreng ikan..telur,lembu kambing, dan lain2 pun boleh goreng jgk..
A for ANA- eh..ni lagi budak kecik..result SPM tak kuar lagi takleh ckp sal kawen..hahha..mane leh fifah kawin dlu..tggu ana lepas dulu ek..kalau nak ana dtg majlis fifah kne bentang red carpet la ye.. :D erm..angin jantan? banyak..mcm kat Al-Amin je..hehhe..erm..insyaAllah akan jage kesihatan dengan minum air banyak2..hehhe..thanks
eh of kos tym ana kawen ana bentangkn red carpet..tok ana la tp..bkn tok kak duhaa..hehaa~
ana setiap kali kat alamen bile de angen je ..mesti ckp angen jantan..pastu kwn2 dok tanye..ape tu angen jantan..pastu kne la ana cte asl kejadian name angen jantan uh..
okeh..ana mmg amek berat psl kak duha..lala~
salam ziarah Duha.
huhu,bagus la enti ada blogspot skrg.sbb dulu ana bukak blog enti kat multiply tu sampai tersesat2..maklumla,kita ni buta it skit..
hihihi
jaga bibir tu, dan sila jaga kesihatan..enti tu bakal doktor..hihi
fathiyyah- haha..tersesat kat multiply? ade2 je..
insyaAllah..takpe..kalau saket rawat diri sndiri..hehhe..(tapi wat mase ni takleh lagi laa :D )
ape kabar sedari? heh
Ibnu_Yunus- kabar baik..sedare plak camne? sehat? lame tak dga kabar..kredit slalu takde ke..org msg tak balas pun..kemut laa hang
Post a Comment