membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di
rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk
menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Disini saya akan
cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.
Allah berfirman:
Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-
apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)

Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu
sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu
nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam
berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat
berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan
wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur
utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.
Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas
diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar
lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak
ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa
wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling
berat dan paling berbahaya. [Risalah untuk Wanita Mu'minah – Dr.
Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy m/s 6 ]
Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:
Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari
para wanita [Bukhari dan Muslim]
Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita
bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak
perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi
cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat
Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah
wanita merupakan aset utama dalam menentukan jatuh bangunnya satu
bangsa.
Seperti mana yang dikatakan oleh seorang tokoh aliran (free masonary)
berkata..sebotol arak seorang binuanita dapat menghancurkan umat
muhammad melebihi kekuatan seribu tank baja , peluru kendali dan
senjata kimia yg canggih ..Oleh kerana itu buatlah mereka tenggelam
dalam cinta dan syahwat terutama syahwat seks..
Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy berkata:
Barat tahu mencari kelemahan umat islam Kita bertanya, apa senjata
utama orang Barat dalam menghancurkan kebudayaan Islam dan memalingkan
arah akhlak Islam dari tujuannya yang utama?
Sesungguhnya senjata utama yang digunakan orang Barat untuk
merealisasikan tujuannya itu ialah kaum wanita. Mereka tahu, seperti
halnya kita juga tahu, bahawa fikiran kaum muslimin lebih dari 10%
seperti yang mungkin dihasilkan dengan mengobarkan nafsu seksual pada
mereka.
Kalau harus melakukan upaya fikiran pada mereka, maka haruslah
dibangkitkan rangsangan-rangsang an nafsu berahi disekeliling mereka,
dengan menggunakan kaum wanita sebagai pasukannya.
Kerana itulah invasi pemikiran terhadap kaum muslimin bagaimanapun
bentuk dan rupanya selalu didasarkan pada unsur penting tiada lain
iaitu wanita dengan segala yang mungkin untuk dieksploitasi padanya
dari segi daya tarik, pengaruh dan tipu dayanya, dan menjauhkan mereka
dari tanggungjawab mengasuh rumah tangga dan mendidik generasi muda .
Mengapa tokoh-tokoh invasi pemikiran itu menggunakan unsur wanita
sebagai senjata dalam merealisasikan tujuan mereka, hingga kini masih
saja mereka melakukan dengan penuh perhatian? Jawabnya dengan singkat,
mereka selalu bertolak belakang dengan semua ketentuan hukum wanita
yang telah ditetapkan Islam.
Diantara ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan oleh Islam,
supaya mereka sentiasa memelihara diri dengan menutup auratnya, jangan
sampai kecantikan dan keindahannya menggoda kaum lelaki. Maka jalan
yang ditempuh mereka berusaha keras membebaskan diri mereka dari semua
ikatan moral dan busana yang menutup aurat. Malah berusaha keras
mendorong mereka untuk menampakkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya
yang menarik dan merangsang disemua tempat, di pasar dan tempat-tempat
umum. Untuk mewujudkan cita-citanya itu, mereka membawa kaum munafik
yang pandai bicara, yang siap mengubah firman Allah dan hukumNya demi
mendapatkan kesenangan dunia yang tiada bererti. [Risalah untuk Wanita
Mu'minah – Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy ]
Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah
semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa
lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak
berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang
bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak
menghasilkan buahnya.
Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang
tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila
anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada
mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu
sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada
lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka
parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-
perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama
semakin membara.
NabI SAW bersabda:
Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya
dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun
dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan
perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki
yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa
tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya
berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai
wanita....
Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :
Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan
andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan
bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si
pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau
berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…
Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-
laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi
bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.
Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu ,
kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah
merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba
kau fikirkan!
Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki
yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja
kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita
tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah
rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya .
Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini
dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak
segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak
perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak
seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada
asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing,
Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah
menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak "[HR.
Tirmidzi : sohih]
artikel diambil dari seorang sahabat..
moga dapat pengajarannya..
p/s:teringat pulak, abah pernah cakap suatu ketika dahulu..wanita ni digunapakai oleh org2 yg tak bermoral senagai satu bahan pameran..kalau tengok dalam iklan, selalunya mesti wanita yang dijadikan bahan untuk dipamerkan..kalau ade show kereta kat shopping mall ke..mesti pmpuan jugak yg dok 'posing' kat keta2 tuh..padahal bukanke tu bidanh yg lebih dipelopori oleh laki? dan banyak contoh lain lagi..fikir2kanlah sndr martabat wanita hari ini..
hanya dengan kembali pd islam,martabat tu akan diangkat semula..insyaAllah..