Monday, February 23, 2009

eksploitasi wanita

Artikel sahabat saya alifazman " kenapa wanita suka mempromosi diri? "
membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di
rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk
menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Disini saya akan
cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.

Allah berfirman:

Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-
apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)


Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu
sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu
nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam
berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat
berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan
wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur
utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.

Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas
diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar
lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak
ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa
wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling
berat dan paling berbahaya. [Risalah untuk Wanita Mu'minah – Dr.
Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy m/s 6 ]

Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:

Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari
para wanita [Bukhari dan Muslim]

Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita
bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak
perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi
cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat
Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah
wanita merupakan aset utama dalam menentukan jatuh bangunnya satu
bangsa.

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang tokoh aliran (free masonary)
berkata..sebotol arak seorang binuanita dapat menghancurkan umat
muhammad melebihi kekuatan seribu tank baja , peluru kendali dan
senjata kimia yg canggih ..Oleh kerana itu buatlah mereka tenggelam
dalam cinta dan syahwat terutama syahwat seks..

Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy berkata:

Barat tahu mencari kelemahan umat islam Kita bertanya, apa senjata
utama orang Barat dalam menghancurkan kebudayaan Islam dan memalingkan
arah akhlak Islam dari tujuannya yang utama?

Sesungguhnya senjata utama yang digunakan orang Barat untuk
merealisasikan tujuannya itu ialah kaum wanita. Mereka tahu, seperti
halnya kita juga tahu, bahawa fikiran kaum muslimin lebih dari 10%
seperti yang mungkin dihasilkan dengan mengobarkan nafsu seksual pada
mereka.

Kalau harus melakukan upaya fikiran pada mereka, maka haruslah
dibangkitkan rangsangan-rangsang an nafsu berahi disekeliling mereka,
dengan menggunakan kaum wanita sebagai pasukannya.

Kerana itulah invasi pemikiran terhadap kaum muslimin bagaimanapun
bentuk dan rupanya selalu didasarkan pada unsur penting tiada lain
iaitu wanita dengan segala yang mungkin untuk dieksploitasi padanya
dari segi daya tarik, pengaruh dan tipu dayanya, dan menjauhkan mereka
dari tanggungjawab mengasuh rumah tangga dan mendidik generasi muda .

Mengapa tokoh-tokoh invasi pemikiran itu menggunakan unsur wanita
sebagai senjata dalam merealisasikan tujuan mereka, hingga kini masih
saja mereka melakukan dengan penuh perhatian? Jawabnya dengan singkat,
mereka selalu bertolak belakang dengan semua ketentuan hukum wanita
yang telah ditetapkan Islam.

Diantara ketentuan hukum wanita yang telah ditetapkan oleh Islam,
supaya mereka sentiasa memelihara diri dengan menutup auratnya, jangan
sampai kecantikan dan keindahannya menggoda kaum lelaki. Maka jalan
yang ditempuh mereka berusaha keras membebaskan diri mereka dari semua
ikatan moral dan busana yang menutup aurat. Malah berusaha keras
mendorong mereka untuk menampakkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya
yang menarik dan merangsang disemua tempat, di pasar dan tempat-tempat
umum. Untuk mewujudkan cita-citanya itu, mereka membawa kaum munafik
yang pandai bicara, yang siap mengubah firman Allah dan hukumNya demi
mendapatkan kesenangan dunia yang tiada bererti. [Risalah untuk Wanita
Mu'minah – Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthy ]

Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah
semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa
lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak
berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang
bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak
menghasilkan buahnya.

Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang
tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila
anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada
mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu
sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada
lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka
parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-
perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama
semakin membara.

NabI SAW bersabda:

Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya
dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun
dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan
perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki
yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa
tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya
berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai
wanita....

Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan
andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan
bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si
pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau
berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…

Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-
laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi
bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu ,
kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah
merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba
kau fikirkan!

Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki
yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja
kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita
tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah
rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya .

Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini
dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak
segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak
perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak
seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada
asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing,
Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah
menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak "[HR.
Tirmidzi : sohih]

artikel diambil dari seorang sahabat..
moga dapat pengajarannya..

jual pulsa (topup) pun menggunakan perempuan..
inilah eksploitasi namanya..

p/s:teringat pulak, abah pernah cakap suatu ketika dahulu..wanita ni digunapakai oleh org2 yg tak bermoral senagai satu bahan pameran..kalau tengok dalam iklan, selalunya mesti wanita yang dijadikan bahan untuk dipamerkan..kalau ade show kereta kat shopping mall ke..mesti pmpuan jugak yg dok 'posing' kat keta2 tuh..padahal bukanke tu bidanh yg lebih dipelopori oleh laki? dan banyak contoh lain lagi..fikir2kanlah sndr martabat wanita hari ini..
hanya dengan kembali pd islam,martabat tu akan diangkat semula..insyaAllah..

20 comments:

Liyana said...

wanita kan orang kata makhluk yang cantik. dengan kecantikan itu dipergunakan. zaman sekarang ni. apakah jalan penyelesaiannya? nak buat macam mana? di iklan2 tv sekarang pun, iklan biasa pun guna wanita. ade tu sampai seorang teman yang datang jalan2 ke sini. tgk tv iklan kat umah..kata cmni
"uish iklan pun dah jadi cam iklan porno dah"

saya yg jarang tgk tv (he he) baru perasan...

kesimpulannya. wanita, silalah buka mata anda. kalau dapat tawaran belakon iklan tp xde kaitan ngan ape yg anda kena lakonkan..jgn la terima. tinggikanlah martabat kamu itu.

p/s: penulis belog ini tadek kelas ke..hamoih2..update laju je..bg komen pun laju jugak...

Dr Amad said...

Wanitakan comel...ahaks...

Orang yang letak aqal ditempat sepatutnya,Insyallah persoalan eksploitasi ini tidak timbul...Tapi aneh,ada insan letaknya di kepala lutut...ahaks

Dr Hana said...

alamak cik duha, samala entry ni dgn entry kt blog yg sedang dibuat itu...tp dah alter sket2...kekeke...xpela ek...hehe=p

duha said...

pudding caramel- yup..wanita mmg cantik (laki jgn jeles)..hehhe..tapi msalahnye kaum wanita sume kne sdar yg kcantikan tu ujian dan bukannye satu bnda yg patut dibangge2 atau dipamer2kan..mmg skang nih iklan tak kirelaa kat TV ke..papan iklan ke..mostly mmg dah mcm gamba porno..tak yah susa2 cr kat internet da..erm..kdg2 plek gak..kerajaan halang org2 tgk gambar atau filem porno krn mnde tu tak bermoral..sdangkan iklan disekeliling kita je dah ckup tak bermoral..

erk kak yana..jgn jeles duha tade kelas hari ni..hehhe..sape yg ade kelas tu blaja elok2 ye..:p

Dr Amad-terima kasih krn menyatakan satu fakta yang tak dpt disangkal bahawa wanita ciptaan tuhan nih adalah makhluk yang comel..hehhe..erm..betul tuh.kite kne bersifat adil n letak sesuatu pada tempatnye..begitu jugak dgn akal..kalau letak kat lutut n pk gune kepale lutut je..mmg laa rosak binase dunie nih..

farhana- heh takpe kak fana..same tu tandenye kite nih sehati sejiwe :p..nnt boleh kongsi dlm usrah an..hoho..manusie perlu peringatan..ulang2 pun takpe..bgus pe.. :)

3rdmarch said...

Lelaki x jeles la..
Lelaki nsem pe?
ahaks..(tiru dr.Amad)
Laki pon di exploitation gak pe?
ahaks.. =D

3rdmarch said...
This comment has been removed by the author.
duha said...

3rdmarch-yela2..ade la yg hensem..kalau ye pun jgn laa ngamuk smpai hntr 2 kali an..hehe..

'kita adalah sebaik-baik ciptaan dan sebaik-baik kaum jika melakukan amar ma'ruf nahi mungkar'

Anonymous said...

wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...memg skg ni, byk perkara yg melibatkan eksploitasi wanita..bukan iklan topup je...tapi, yang sedihnya, apabila wanita sendiri yang willing to nk buat macm 2..mereka merasa bangga dan seronok dgn apa yg dilakukan.

duha said...

lina- yup, that's why wanita sndr kne sedar..harga dah mahal2 dia sndr yg jatuhkan jd murah..didikan agama tu penting..utk menanam rasa malu dlm diri..

ingatlaa yg malu tu sebahagian dr iman..dan janganlah kita sia2kan nikmat Allah tu smpai Dia tarik blk rasa malu kita..naudzubillah

Al-Tuah Al-Shahab said...

Well,xsuma laki baik n xsuma laki jahat, sama gak xsuma pompaun tu baik n xsuma pompuan tu jahat.
Tp, bear in mind xsuma laki yg kata ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya adalah tipu semata2,cnthnya aq...
Honestly, suma laki suka pompuan yg baik, ttup aurat, jaga solat n xsuka ngumpat...tp, yg nmpk mcm diorg suka kat minah2 yg seksi or mggoda ni bkn sbb fitrah tp sbb nafsu yg didorong shaitannirrajim..
Klu tnya laki nk pompuan cmne utk buat steady gf,mesti depa kata yg ttp aurat n jaga agamanya,klu yg seksi n seksa tu just utk dipermainkn je, dah dpt madu sepah dibuang...
Jadi,hidup ini hanya smntara,ntah esk lusa kita dah xde,klu dah xde keje,so,kita enjoy! wakaka!

duha said...

Al-Tuah Al-Sahab- erm..betul..mmg tak sume laki jahat..ade yg baik..cmtu gak ngn pmpuan..artikel ni just nk mengingatkan pmpuan agar tak merendakn martabat derang n beware dengan lelaki2 yg mmpunyai 'penyakit' di hati mereka (carcinoma hepar atau hepatitis adalah tidak termasuk..hehe)..

baguslaa kalau mmg sume laki mcm ape yg tuah cakapkan,(nk kpd yg baik) tapi ingat jgak..jgnlaa termasuk dlm golongan yg mempermainkan wanita tu..tapi cuba bimbing dan bantu serta nasihat dengan cara yg terbaik..yup, hidup tu sementara, so penuhilah dengan perbuatan yg bermanfaat..

idsyAleeya said...

salam~
aku rasa bru x bukak blog aku sehari...
tp entry duha da bertukar2..
hehehe...
yup2..hidup wanita solehah..
bukan hanya solehah pada pandangan..
tetapi hati..

sesungguhnya hati adalah tempat jatuh pandangan Allah..

:)

duha said...

idsyAleeya- wahida..jgn jeles..hehe..erm..blog nih mmg saje nak bekongsi artikel di samping mnde2 merepek sket..:p so kalau cam ade je mnde menarik nak kongsi..post laa...tu yg kdg2 tgh smgt tuh byk sket post die..nnt kalau tgh tade mnde nak ltak..diam laa saye..hehe..

erm..mantapkan kuasa hati kerana hati adalah raja bagi tubuh kite :)
moga kita tergolong dlm golongan yg snts membersihkan hati dan djauhkan dr maksiat2 yg boleh megotorkan hati..

marilah sama2 jadi wanita solehah..insyaAllah

Anonymous said...

jom la jadi solehah!

duha said...

Al Tuah As-Shahab- jom!

Anonymous said...

pembetulan untuk tuah-kalau nk buat gf,laki tak kesah dapat yg macam mane pon....yg alim ok,yg sexy ok,yg xsuke pakai pape pn ok,sume ok. cuma kalau nak buat ISTERI,laki akan pilih yang baik...sbb dia takkan nak isteri dia permainkan die/tak nak dgr ckp die. n die mst nk isteri die jd ibu yg baik pada anak2 die...

perempuan yg tak pandai menjaga diri,atau bangga untuk menunjuk kecantikan diri,sebenarnya dipandang rendah oleh lelaki...sedarlah kaum hawa.

jadilah mutiara, sukar mencarinya, sukar memperolehinya, tapi kalau dah dapat BAHAGIA TAK TERHINGGA!=)

duha said...

dr.Radzi- erm..yup..pasangan yg sah..bukan gf..

mmg dah dga dr byk pihak yg actually laki ni sebenarnya memandang rndah wanita yg tak mnutup aurat dgn btul..bukannye die ske, tapi tu memberi signal yg wanita tersebut rendah harganya..

moga kita (kaum muslimah) semua terlindung dr perkara-perkara sebegini insyaAllah..

p/s:"jadilah mutiara, sukar mencarinya, sukar memperolehinya, tapi kalau dah dapat BAHAGIA TAK TERHINGGA!" <--- suke bebeno buat ayat gini (nak kne rhyme dgn ayat sblum an..hehe)

Al-Tuah Al-Shahab said...

Salam. Pembetulan untuk Radzi, Tuah xkacau yg baik2 sbb Tuah respect sapa yg xcouple ni...sbb Tuah pun xdpt nk tepis dari bala yg satu ni, tp telah berjaya elak gak akhirnya...sapa yg nk couple sgt baik kawin je, hehe!

kerplunk said...

adoih la..
xde maknanye nak ngamuk..
bkn ngamuk la..
silap tekan 2..

ye..ye..
sma2 la saling menjaga antra 1 sama laen bior sesuai dgn 'kita adalah sebaik-baik ciptaan dan sebaik-baik kaum jika melakukan amar ma'ruf nahi mungkar'

p/s:jijol ni..pnjam profile org laen..

duha said...

unleashed-profile org lain? mengapakah? erm..same2 lah berusaha mnjd ummat terbaik..insyaAllah