Tuesday, February 17, 2009

mari mengingati Allah


sebagai seorang manusia biasa..
tak dinafikan bahwa kita tak terlepas dari dosa dan kesalahan..
tapi..
bila kita telah melakukan dosa, tak bolehlah dibiarkan begitu sahaja..
'sebaik-baik manusia adalah apabila dia membuat dosa,kemudian dia segera bertaubat'

tapi kadang-kadang, pasti terlintas dalam fikiran kita,
dosa kita ni terlalu banyak..sempatke nak bertaubat sampai habis dosa2 kita?
hanya Allah yang tahu jawapannya..
tapi yang penting kena berusaha bersungguh-sungguh..

dalam pengajian tafsir di MIS selepas maghrib tadi..
ust ada menyebutkan tentang taubat..
taubat perlu diiringi niat yang betul,istiqamah dan berazam tidak mengulangi kesalahan..
bukan mudah sebenarnya..
manusia=pelupa.. '-_-
nasib baiklah Allah tu maha pemurah dan Maha pengampun..
kalau tak..tak tahu laa macam mana..

dalam satu hadith..
seorang sahabat yang mulia Sa'ad bin Abi Waqas r.a. mengisahkan,
ketika Nabi berada di sisi kami, beliau bertanya..
"Apakah ada dalam satu hari yang mampu meraup 1000 kebaikan di antara kalian?"
seseorang bertanya kepada baginda, "bagaimana caranya agar kami boleh meraup 1000 kebaikan dalam satu hari?"
Baginda menjawab "hendaknya ia bertasbih 100 kali maka akan dihitung baginya 1000 kebaikan atau dihapus darinya seribu kesalahan"
(HR Muslim)

zikir ni perkara mudah yang sering kita abaikan..
bukannya mengambil masa pun..
tak guna duit pun..
malah tenaga pun tak dihabiskan dengan berzikir
sambil-sambil buat kerja, mulut gerak sekali untuk berzikir..
dapat dua dalam satu..

dalam satu hadith yang lain..
dari Muadz bin jabal r.a. yang mendengar rasulullah saw bersabda..
"amalan yang paling dicintai Allah Taala adalah engkau mati sedangkan lisanmu basah dengan zikrullah"

ini menunjukkan kita perlu membiasakan diri kita dengan zikir sehinggalah kematina menjemput kita..

dalam hadith lain, Rasulullah bersabda
"kalian harus bersenyawa dengan tasbih,tahlil,taqdis(penyucian) dan hendaknya kalian menghitungnya dengan jari jemari kerana jemari2 tersebut akan ditanya dan diminta berbicara.."
(HR Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad)


jari akan menjadi saksi perbuatan kita


selain dari pengahapus dosa, banyak lagi faedah dan kelebihan lain yang boleh kita dapati dengan berzikir..
1.membuat Allah redha pada kita
2.mampu menghilangkan keresahan dalam hati
3.mampu memupuk rasa gembira dan bahagia dalam hati
4.mampu mengusir syaitan dan menghalang godaannya
5.mampu memperkuat fizikal kita dan mengukuhkan hati
6.mampu menghias wajah dan memperindahkan hati
7.mudah mendapat rezeki
8.mampu menyuburkan muraqabatullah
9.mendekatkan diri kita dengan Allahh taala
10.menghidupkan hati yang mati

dan banyak lagi..

Dari Abu hurairah r.a. meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda
"barangsiapa membaca 'la ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah lahul mulku walahul hamdu wahua 'ala kulli syai'in qadir' sebanyak seratus kali setiap hari, maka sama dengan pahala memerdekakan 10 hamba sahaya dan dicatat baginya 100 kebaikan serta dihapus 100 kesalahan....."
(HR Bukhari,Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)

ini adalah sedikit ulasan dari buku 'pengahapus dosa wanita' (karangan Majdi Fathi As-Sayyid) yang sempat diulas sebab yang lain tak bace lagi..hehhe..



Jom sama2 perbaiki hati!


moga artikel ni dapat meningkatkan usaha kita untuk sntiasa membasahkan lidah kita dengan zikrullah..insyaAllah..

No comments: