Tuesday, October 27, 2009

Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin Al-Ayyubi..
dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi
di Kota Tarkit
iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris,
terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Beliau adalah anak kepada seorang gabenor.
Ayahnya,
Najmuddin Ayyub bin Shadhi
Adalah anak saudara kepada sultan Nuruddin Zenki
Berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Selain sebagai panglima perang,
beliau adalah pendakwah,
mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab..

Ketika hayatnya,
beliau lebih banyak berada di khemah perang
daripada duduk di istana bersama keluarga.
Siapa saja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya.

Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib,
beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya
kepada persiapan perang
dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang,
beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal.
Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain
untuk mengingatkan tenteranya
supaya benar-benar berjihad di jalan Allah

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air
dengan mata yang berlinangan
mengajak manusia agar bangkit membela islam..

Ketika berusia 17 tahun,
Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat
dengan Nuruddin di Damsyik.
Beliau adalah panglima tentera,
pemimpin dan pentadbir negara
yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib.

Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di Mesir, Palestin dan Syria..
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi)
apabila menyertai ekspedisi
bersama-sama Asaduddin Shirkuh (pakciknya)
yang dihantar oleh Nuruddin
bagi menentang tentera Salib di Mesir.
Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir
pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi).
Selepas Shirkuh meninggal dunia,
tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi.
Pada masa sama,
Nuruddin melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam,
Salahuddin meminta negara Islam
diurus di bawah satu pemerintahan..
Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak
termasuk pemimpin Syria,
cita-cita Salahuddin termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi),
khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan
Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir
dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
Pada tahun itu juga beliau membina
Kota pertahanan di Kaherah..

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi)
berlaku Perang Salib kedua,
yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi
Hingga membuka jalan mudah menawan kembali Baitul Maqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi)
berlaku Perang Salib ketiga,
hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian.
Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis
daripada orang Islam.

Walaupun perang Salib yang ketiga itu
menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian,
mereka tidak mampu menggugat
kekuatan tentera Salahuddin Al-Ayyubi..

Pihak Kristian mengalami kekalahan
dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.
Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun,
dapat ditakluki semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi
dengan bantuan Allah taala..
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin
ketika peperangan sangat jauh berbeza
daripada kekejaman tentera Kristian.
Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan,
kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam.
Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya
ketika orang Kristian menyerah kalah.

Tenteranya sangat bertanggungjawab,
menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan
sehingga tidak ada kedengaran orang kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan
mengenai tindak-tanduk tentera Kristian
ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099.
Tercatat dalam sejarah bahawa
ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem,
jalan itu dipenuhi mayat,
orang Islam yang tidak bersenjata diseksa,
dibakar dan dipanah dari jarak dekat
di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi
yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam
secara beramai-ramai.
Ia juga mencemarkan kesucian gereja
yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik,
setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi
berjaya menawan kembali Baitul Maqddis,
beliau berjalan-jalan di sekeliling kota.

Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua
beragama Kristian,
katanya:
“Wahai pahlawan agung,
mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib
terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin:
“Wahai orang tua,
agama kami bukan sahaja melarang sifat membalas dendam,
tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan
seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan.
Islam menyuruh kami menepati janji,
memaafkan kesalahan orang lain,
dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa..

“Alangkah indahnya agama tuan!
Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu
pada sisa-sisa akhir hidup ini.
Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”
Sambung orang tua itu.

Lalu Sultan Salahuddin menjawab,
“Lafazkanlah syahadah,
beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa
dan Muhammad itu Rasul-Nya.
Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan
dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.”

Mendengar penjelasan itu,
lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan.

Salahuddin Al-Ayyubi meninggal pada 27 safar 589H (1193M)
Pada usia 55 tahun
Di Damsyik Syria
Setelah memerintah selama 25 tahun.
Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia
tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki
47 dirham wang perak
dan 1 dinar wang emas.
Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau,
manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

***********************************************************************************

ref: albalagh.net dan http://www.scribd.com/doc/12751516/Salahuddin-Al-Ayyubi

Wallahua’lam..
Semoga mendapat pengajaran,
Dan sama-samalah kita cuba contohi
Seorang tokoh islam yang Agung..
Moga dengan akhlak kita,
Dapat membuka hijab antara islam dan orang ramai..
insyaAllah~



p/s: Alhamdulillah dah berjaya derma darah untuk pertama kalinya~ walaupun banyak komplikasi dilalui '-____-

p/s2: exam sudah dekat sangat..study2..

p/s3: insyaAllah nak dapat anak buah baru.. \(^.^)/ moga semua berjalan lancar~

6 comments:

cactus biru said...

assalamualaikum..

jatuh tangga chenta buat kesekian kalinya dgn salahuddin al-ayyubi!!

thanks duha~
^_^

p/s: jeles tgk kamOo derma darah~ huhu

duha said...

cactus-waalaikumussalam..

jangan jatuh ditimpa tangga sudah..jatuh chenta takpe :)

banyak tokoh islam yg patut kita kagumi n jadikan idol atau sumber inspirasi berbanding artis2 yg tak jelas arah tuju hidup derang nih..

ur welcome :D

p/s: haha..saya mmg sgt berbesar hati lah berjaya derma, sbb dulu asik tak dpt je kan..nak tips? MAKAN BANYAK sikit yer~
(tapi jgn seksa diri pulak :p )

lina said...

salam rindu...

moga makin ramai rijal yang berjiwa seperti salahuddin al-ayubi...

p/s :terkejut lihat pesanan nti.nti derma darah?hehehe
ana ni, smpai skg tak dpt nak derma...tips yang menarik :p

zazizu said...

zazizu likes this..!!!!!
melting...

duha said...

lina-waalaikumussalam rindu juga :)

amiin~
mahukan rijal seperti salahuddin, kita juga kena berperanan menjadi muslimah yg terbaik iA :)

p/s: hehe..tak caya ke ana berjaya derma? ana pun tekejut awal2 sebab lepas sume test kan..(cuma kena patah balik sebab dia sruh makan dulu) tapi Alhamdulillah sesi derma darah berjalan lancar..takpe, kalau ada rezeki lebih, iA nt akan berpeluang utk sumbangkan darah nt tu :D

naikkan volume darah n amount of Hb ye :) moga lulus lain kali..hehe

duha said...

zazizu-hehe..good~
melting?
lepas dah melt harap dapat dibentuk semula ikut acuan salahuddin..hehe