Monday, August 15, 2011
islam dan nafsu
Wednesday, August 10, 2011
defensive!
bismillah~
Bila seseorang tu takut dirinya dikutuk, diejek atau dicemuh,
Seringkali orang itu akan mengambil tindakan defensive
Sama ada untuk menjustifykan apa yang sedang dia lakukan
Atau untuk mengelak daripada makin diejek atau dicemuh..
(even kadang kala perasaan kita je lebih-lebih,
padahal orang tanya soalan tu tulus ikhlas)
Keadaan seperti ini sebenarnya sedar tak sedar,
Dilakukan oleh kebanyakkan daripada kita
Termasuklah diri saya sendiri
TERLALU defensive terhadap islam
Ya, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan islam,
Apabila ia dikutuk, dihina dan sebagainya
Kerana mereka yang tidak mempunyai sensitivity
Terhadapa agamanya pastilah mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..
Namun, situasi dan kondisi kita sekarang,
Dimana islam itu ditekan dan sering dipandang serong,
Menyebabkan kebanyakkan daripada kita
Menjadi Terlalu defensive apabila berbicara tentang islam..
Dan defensive berlebihan ini,
Menyebabkan kita menutup ruang buat perbincangan..
Contoh 1
A: eh, kau tak rasa panas ke pakai tudung camtu (agak besar)? Sekarang matahari kan selalu terik.
B: eh tak lah..mana ada panas (padahal peluh dah jelas kelihatan, dan memang panas macam apa pun time tu)
Kalau diamati situasi tersebut,
Jawapan yang diberi sebenarnya hanya untuk mengelak Soalan lanjutan
Ataupun kerana takut, jika kita menjawab kita sedang kepanasan,
Islam akan dipandang kolot kerana menyuruh penganutnya memakai tudung..
Walhal,
Andaikata kita menjawab yang sebenarnya,
“ya, sebenarnya memang tengah panas pun ni..”
Ia akan membuka peluang kepada perbincangan lanjutan
Yang mungkin boleh memahamkan orang lain tentang islam..
Mungkin perbincangan akan disambung begini
“kalau dah tau panas buat apa pakai tudung”
Atau
“kesiannya panas...”
Tak perlu kita risau dan gelabah,
perkara pertama yang perlu kita jawab adalah,
saya pakai tudung kerana ia adalah perintah Allah dan rasulnya..
jangan susah-susah nak fikir jawapan saintifik dulu,
“tudung protect rambut dari sinar UV bla3..”
“supaya bila ribut pasir datang, pasir tak melekat kat rambut “
Atau kadang-kadang tu,
Disebabkan terlalu defensive,
Kita terus jawab dengan emosi dan sinis,
Macam nak kenakan balik orang yang bertanya..
“eleh, panas apanya, kat akhirat kau tengok la nanti..ha time tu..bla3”
Sampai orang malas dan takut nak Tanya kita apa-apa dah lepas ni..
hikmah disuruh pakai tudung atau penerangan2 saintifik tu,
akan datang kemudian.
Kerana islam itu sememangnya agama yang sempurna..
Jika ditanya lebih lanjut tentang kenapa memakai tudung,
Barulah kita menambah penjelasan-penjelasan yang berkaitan,
Seperti dalam surah Al-Ahzab 33:59
Mungkin kita dah pernah dengar hujah tentang kenapa tak boleh memakan babi..
Sama saja konsepnya kan?
Jika ditanya kenapa,
Pertama kali yang harus dijawab
Kerana Allah melarangnya..
Tiada yang lebih tinggi dari suruhan dan laranganNya..
Kemudian jika perlu,
Barulah dijelaskan lebih lanjut
Tentang hikmah-hikmah dilarang memakan daging babi
Yang kita ketahui..
Jangan terlalu cepat memberi jawapan
Untuk memuaskan logik manusia dahulu..
Kerana sebagai muslim,
Setiap yang kita lakukan dan kita tinggalkan,
Pastilah berlandaskan hokum dan ajaran islam terlebih dahulu..
Kata saidina Ali,
“Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf (kasut) itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)
Situasi di atas menerangkan tentang hukum berwudhuk tanpa membuka kasut (khuf) terlebih dahulu ketika sedang bermusafir..
Ya pada logika nya,
Yang kotor pastilah bahagian tapak kasut,
Namun rasulullah mengajar kita,
Berwudhuk dan hanya menyapu di bahagian atas khuf,
Bukannya di bawah..
Itu contoh yang diajar rasulullah,
Dan sebagai umat islam,
Pedoman kita adalah Al-Quran dan sunnah (amalan dan tunjuk ajar nabi)
Lalu jika ditanya mengapa kita menyapu di bahagian atas khuf,
Ya kerana diajarkan oleh nabi Muhammad SAW.
Sekadar perkongsian dari diri yang hina,
Tak pandai sangat nak mengolah ayat sebenarnya..
Moga apa yang sebenarnya ingin dikongsikan, tersampai~
Wallahualam,
p/s: jujur pada diri sendiri dan mohon diberi kefahaman yang kuat dalam agama~
p/s2: few days to go~
Monday, August 8, 2011
aku dan kamu
Kita hampir serupa…
Tapi ramai yang berusaha membeza-bezakan kita
setidaknya mengatakan kita itu tidak sama!
Ramai yang cuba memecah-belahkan kita..
Terkadang pemikiran kita sendiri juga terlalu sempit,
Sibuk mempertahankan yang tidak penting,
Sehingga yang jauh lebih utama terbiar, dilupakan..
Aku ada kelemahan,
Ada juga kekuatan
Kau juga begitu
Ada kelebihan dan kekutan tersendiri,
Dan aku yakin
Andai kita bergabung,
Bersatu tenaga
Saling melengkapi
Kita pasti menjadi lebih hebat!
Kita mungkin bisa mencatat sejarah!
Dan sebenarnya,
Itulah yang ditakuti oleh mereka,
Hingga mereka dengki dan merasa iri kepada kita..
Mereka tak mahu kita saling mencintai
Dan saling membantu antara satu sama lain..
Pelbagai isu kecil yang mereka timbulkan
melalui diri kita sendiri
menyebabkan kelihatan besar di mata kita..
Selepas satu,
Satu lagi ditimbulkan..
Tidakkah kau merasa hairan dengan situasi itu?
Malah berulang-ulang kali terjadi,
Bukan hanya sekali dua..
Kemarin masalah itu..
Esok masalah ini..
Lusa masalah lain lagi..
Orang-orang kita
Dicucuk dengan pelbagai masalah sepele
Hingga persamaan dan ikatan kita menjadi kabur dan goyah..
Kau ditanamkan dan dibakar dengan mentaliti membenci aku,
Dan aku ditanamkan dengan perasaan sombong dan pentingkan diri
Hingga akhirnya kita semakin jauh
Dan kelihatan takkan bisa pernah bersatu!
Dulu..
Nenek moyang kita berjuang bersama,
Saling membantu
Saling berkongsi ilmu yang tak terbilang jenisnya,
Seni mempertahankan diri kita tak jauh bezanya,
Adat dan amalan kebiasaan kita juga hampir sama,
makanan, taste dan bahasa kita juga mirip..
Maka apa yang menghalang kita untuk bersatu kembali?
kenapa Kita bukannya bangga mempunyai darah dan rumpun yang sama,
Tapi malah mencari-cari alasan untuk bergaduh,
“Itu aku punya, bukan kau punya”
Adakah sesuatu yang menghairankan
Bila kakak dan adik mempunyai kemahiran yang sama,
Hingga perkara-perkara di sekeliling kita hampir sama semuanya?
Kenapa persamaan kita tidak disambut dengan
“wah, kita tak jauh beza!”
Dan mendekatkan lagi sesama kita?
Bukannya
“Peniru! Pencuri! Penyibuk! “
Dan sebagainya..
Bukankah enak mempunyai jiran tetangga yang saling menghormati dan menyayangi?
Dimana kita bisa saling mengharapkan di kala ada permasalahan yang terjadi di rumah kita?
Setelah beberapa tahun merantau dan menetap ke tempat mu saudaraku,
Aku bersyukur,
Aku ditakdirkan berada di sini,
Bukan di tempat yang lain..
Kerana aku jadi lebih memahami pemikiranmu,
keinginanmu,
adata-adatmu,
aku lebih mengerti bahawa kita sebenarnya sangat dekat,
dan membuatkan keinginan bersatu dengan mu
Tumbuh kuat dalam diri ini..
Aku sayangkan kau
Dan aku harap kau juga begitu
Marilah kita lapangkan dada,
Buka fikiran
Agar kita menjadi rakyat Malaysia dan Indonesia
Yang lebih kritis pemikirannya,
Tidak sebatas perbatasan Negara kita
Yang DICIPTA oleh manusia,
Kebebasan jiwa dan pemikiran kita harus lebih luas dari itu..
Ingatlah,
Yang mendengki dan merasa iri dengan kesatuan kita itu pasti ramai,
Maka memang bukan mudah untuk menjadi aman sesama kita,
Dan yang membisikkan kata-kata membenci itu tidak akan berhenti
Tapi percayalah
bersatunya kita, tidaklah mustahil!
Jika kita mahu untuk melangkah kearah itu..
Wallahualam~
p/s: latih diri untuk husnuzhon (bersangka baik) dan tidak terus mengeluarkan spekulasi buruk tentang sesama kita
p/s2: janganlah kita terlalu sombong dan bongkak, kerana tak mustahil, suatu hari nanti kita benar2 memerlukan bantuan jiran-jiran kita, dan pada ketika itu, moga kita tidak menjadi golongan yang menyesali diri sendiri..
p/s3: buah-buahan di negara kita juga hampir sama semuanya, cuma namanya ada yang berbeza..sebabnya, tanah kita juga sama dong!
Friday, August 5, 2011
ketika tangan dan kaki berkata
semoga dapat menghayati!
Mulut dikunci
Kata tak ada lagiAkan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita
Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya
Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab, tiba...
Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna
Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu
Yang hina
-chrisye-
p/s2: jom ambil peluang bulan ramadhan ni untuk perbaiki diri! the first step is the hardest~
Thursday, August 4, 2011
KKN III
saya dan cik syuhadah sama-sama mengangguk..
berdebar juga..
masing-masing berharap dapat mendaftar di desa yang sama buat KKN nanti
KLIK!
Alhamdulillah~
nama kami berdua telah terdaftar bersama
dalam senarai peserta desa sindangwangi, ciamis..
namun,
Allah adalah sebaik-baik perancang,
desa sindangwangi yang pada waktu itu pesertanya hanyalah beberapa orang,
digabungkan dengan desa cibogo..
maka akhirnya
desa KKN kami adalah cibogo, padaherang, Ciamis..
pada awal-awal sebelum pergi ke KKN,
rasa sangat malas dan tak bersemangat nak join program ni..
dengar macam-macam cerita juga dari senior,
itu lah..ini lah..
"tergantunglah group korang macam mana"
kebanyakkannya cakap macam tu..
jadi saya dan sue sangat berdoa,
dapat group yang best..
sekali lagi Alhamdulillah,
saya tak menyesal berKKN di cibogo :)

*********************************************************
sambungan KKN I
9th day
selepas masak sarapan pagi,
tiba-tiba wahida dan farah S datang melawat :D
then, petang sikit,
jalan-jalan dengan puteri ke padaherang naik motor..
wow~
macam bandar!
tempat kitorang sawah-sawah je,
takde pun bandar atau pekan..
jadi kalau nak beli makanan apa-apa
memang kena pegi padaherang..
hari ni ada teman KKN yang tak sehat..
demam dan diarrhea..
sebelum tu pulak ada yang masuk angin..
risau je,
tapi Alhamdulillah tak lama pun,
then sehat semula..
malam nya mak kepada iput datang,
saje-saje melawat kami..
hidangkan teh markisa,
tapi rasanya tak bersesuaian dengan taste mereka..huhu..
tanpa makan malam,
terus masuk tidur~
10th day
bersemangat nak sahur,
sebab semalam tak makan lagi..
hari ni naik motor lagi dengan puteri,
pergi pasar padaherang..
kat sana jumpa syafiqah, zulfa, cici, shishi dan apit..
waktu petang,
kami pergi ke SD,
nak survey2 untuk acara nanti..
jumpa dengan pak supomo yang boleh "membaca" orang..
dia "baca" setiap daripada kami yang berada di situ..
ada yang dibaca tentang personalitinya,
ada yang dibaca tentang kisah percintaannya,
dan ada jugak tentang rupa fizikalnya..
tapi pak supomo tu tak dapat nak baca saya, komeng dan Pua..
tak tahulah kenapa,
dia cuma memberi nasihat je pada kami..
hehe..
apa-apa lah~
malam pula,
ada kenduri sempena sunnatan,
saya semangat nak ikut sebab katanya
nanti ada persembahan kuda lumping (kuda kepang)..
hampir jam 11+,
barulah persembahan kuda lumping tu bermula..
ada yang kesurupan (dirasuk),
but i'm not sure i really believe it or not..
sebab akhir-akhir pertunjukkan tu,
jadi macam theatre pulak..
macam lakonan..huhu..wallahualam~
pukul 12+ kami pulang~
and as expected, i cant sleep until 2 am..
biasanya kalau dah terlebih pukul 12 tu,
nanti susah sikit nak tidur..
11th day
dari semalam lampu mati,
sebab pulsa(kredit) dah habis..
kat sini baru tau,
boleh isi listrik guna pulsa,
macam isi pulsa kat HP je..
hari ni hari selasa,
piket masak!
capek deh~
malam ada pengajian dekat masjid di RT10..
biasalah, ceramah dalam bahasa sunda+jawa..
but i guess i'm getting used to it..
selalu sangat dengar bahasa sunda
menyebabkan rasa nak sangat sangat sangat belajar bahasa sunda!
dalam pukul 11+pm kami pun pulang~
12th day
hari ni kami pergi ke curug..
naik pick up truck,
yang mereka panggil kolbak/coltback (errr...betul ke eja??)
then sambung dengan jalan kaki je, sebab tak berapa jauh dari rumah..
sampai je kat curug tu,
hurm...semua tertanya-tanya..betul ke ni air terjun?
sebab macam kecik sangat~
hehe, tapi layan je la..
mereka semua pun mandi lah..
tapi saya dan beberapa yang lain,
tak sanggup nak mandi2..
sebab "kolam" nya kecil sangat
dan yang cowok nya teramatlah sexy '-__-
jadi kami plan untuk main air je lah,
dan akhirnya disiram jugak oleh mereka T-T
balik dari curug,
makan sate dulu kat depan desa cibogo..
sedap jugak lah..
entah kenapa, tiba-tiba rindu nak makan pizza!
13th day
hari ni saya diarrhea dan muntah-muntah '-___-
aargh~
tak sedap nya rasa..
moga menjadi penghapus dosa-dosa!
patutnya hari ni saya piket,
tapi tak larat nak kemas-kemas rumah,
jadi pua dan sue gantikan saya dan ainal..
insyaAllah esok saya berazam untuk ganti mereka semula..
malamnya, sue pulak mual-mual dan nak muntah..
then dia start diarrhea jugak..
macam main pas-pas baton pulak..
seharian saya tak lalu makan..
tak berselera!
14th day
hari ni better than semalam,
tapi still rasa mual kalau lepas makan..
sebab tu la prefer tak makan,
tapi ada yang duk insist suruh makan jugak..
huhu..
petang macam biasa,
ada pengajian kat masjid sirojulhuda..
kali ni ustaz dah tak translate kan ke bahasa indonesia,
dia anggap kami dah patut faham bahasa sunda kot..hehe..

******************************************
01/07/11
persiapan bagi menghadapi bulan ramadhan terbahagi kepada:
1. iman/batin
2. ilmu
3. kesihatan/kesiapan fizikal
08/07/11
sabar itu adalah pada pukulan pertama!
kelebihan bulan rejab dan sya'ban sebagai bulan persediaan menghadapi ramadhan,
bulan yang diberkati dan dibuka pintu-pintu rahmatNya..
15/07/11
3 perkara yang tak terputus, walaupun setelah meninggal dunia
1.sedekah jariah
2. doa anak yang soleh
3. ilmu yang diajarkan
22/07/11
bulan ramadhan:
- diterima doanya
- diampunkan dosa-dosa
- dilipatgandakan pahala
syurga merindukan 4 golongan:
1. orang yang suka membaca Al-Quran
2. orang yang menjaga lisan
errr...no 3 dan 4 dah tak faham, so tak dapat cari point dia..haha~ siapa yang tau??
p/s: esok exam crp..rabbi yassir wa la tu'assir :D
p/s2: sejak balik KKN ni ramai yang kata semakin kurus, siap ada yang tanya "kena dera ke kat KKN? hurm..tapi rasanya cukup je makan 3 kali sehari, dan senang hati je sepanjang KKN..haih~ '-__-
Tuesday, August 2, 2011
FB
LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.
Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.
Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.
Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.
Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.
''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.
Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.
Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.
''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.
''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi
p/s: taken from utusan
Monday, August 1, 2011
KKN II
Alhamdulillah,
tadi telah selesai satu paper
endocrine and metabolism system..
dan bakal disambung dengan
neurobehaviour and special senses system
pada hari khamis..
maka, dikesempatan ini,
cuba cari peluang untuk menyambung post yang lepas,
tentang pengalaman KKN di desa cibogo..
tapi hari ni malas nak cerita tentang hari-hari selanjutnya,
just nak post sedikit tentang
first impression saya terhadap teman-teman KKN,
waktu pertama kali berkenalan
dan berjumpa..
FADHIL
first impression:
matang, serious, berwibawa dan ada ciri-ciri kepimpinan..
the truth:
mostly betul la, memang dia macam tu, cuma akhir2 KKN dia jd semakin jail (nakal)..mungkin sebab berkawan dengan budak2 nakal jugak :p anyway, he can make jokes, coz at first i thought he cant..hehe..ye lah, nampak serious sgt~
SUMAHANG
first impression:
errrk..apa yaa? banyak cakap, siap memilih diri sendiri jadi penolong ketua group..haha..pede bgt! peramah kot..
the truth:
mostly true jugak, memang banyak cakap, tak malu2..dan memang suka menegur orang bila berjumpa..and of course, suka menjailin orang~ he seems to enjoy his life and loves to sing..anywhere, any time..satu2nya budak geology dalam kelompok KKN, tapi boleh gaul dengan baik dan jaya nya~ hehe..
MARIA
first impression:
berani, suka volunteer kot..
the truth:
memang berani dan tak menolak bila diberi tugas..then when i get to know her, dia sgt manja~ and suka lagu-lagu romantic, including sgt sgt suka bruno mars..
MAMET
first impression: anak jakarta yang pemalu
the truth:
totally wrong! tak malu langsung, but in a way quite sopan depan orang lebih tua (hurm..should include me, i'm older! ) dan suka cari gaduh dengan orang..especially dengan puteri..haih, pantang berjumpa..kata komeng, dia org gunung, sebab sentiasa bercakap dengan suara yg tinggi '-__- huhu..and he's quite garang!
NIRWAN aka KOMENG
first impression:
macam berkepimpinan..awal2 nampak diam and at first he was sitting beside atika, i thought they were couple..then he laughed the HARDEST when we, the Malaysian student (duha, sue, pua n ainal) dikaitkan dengan upin ipin..i wonder whats so funny..
the truth:
ok, he's not with atika, and komeng memang suka ketawa, tak perlu lawak sgt pun, he'll laugh hard enough..an easy going person, love to think a lot, and LOVE to ask questions..(sampai kadang2 takut nak buat sesi soal jawab dengan dia, takut takleh jwb..hehe)..kata tika, obsessed to have genius *****..haha..amiin komeng~ we hv quite a number of similarities..so mcm senang jugak nk masuk..hehe..hurm..actually ada lagi nak tulis, tapi nanti terbongkar pulak rahsia-rahsia kat sini..so i'll keep it this way.
AGUS
first impression:
macam pernah tengok je dia ni..tapi tak tau kat mana..pendiam and pemalu
the truth:
ok, memang pendiam but not quite pemalu :p sgt hebat main guitar, nak lagu apa, insyaAllah boleh main punya lah, esp lagu rock..kalau lagu slow2 ni mungkin lemah sikit kot.. dia ketua team medic kami, bertanggungjawab la jugak, boleh diharapkan..and sepanjang buat acara and program bareng si agus, boleh nampak dia sangat menitik beratkan kepatuhan pada ketua dan komunikasi yang baik..apa2 harus lapor pada ketua, biar nyambung dan tak buat kerja sendiri2..yeah, that's good~
cibogo boys~AEP
first impression:
owh, angkatan 2007..nampak biasa2 je..
the truth:
saya klasifikasikan sebagai orang asli sunda yang sopan dan agak pemalu..boleh bersilat dan memancing (what??) haha..takde kaitan..lama2 kenal si aep ni, baru perasan, muka dia macam jackie chan..mungkin ada relationship jauh kot :p jadi boleh dikenali sbg anak jackie chan lah..sbb jackie chan da tua sgt kan..
JOVIAN
first impression:
nama glamour sungguh, jovian renaldi..nampak dekat bgt dengan si dapit..
the truth:
ok, semua di atas adalah benar, mmg dia rapat dengan si dapit pun, fakulti pun sama kan..rupanya kami mempunyai persamaan, suka naruto..but he is sooooo into anime lah..boleh kata org tech lah..almost the whole day akan mengadap laptop..dan SANGAT suka minum teh kotak..tak pernah lepas..everytime ada yang pg alfamart, mesti kirim teh kotak..heh..and he is our admin untuk blog KKN..haaa..one most important thing, dia tak boleh makan pedas, even sikit '-__-
DAPIT
first impression:
david or dapit? tak lah byk ckp sgt, but like to smile..
the truth:
BANYAK cakap and never stop buat lawak..i even told him that, rasanya kalau dalam dunia ni dia takde kawan pun, insyaAllah dia boleh survive..sebab dia boleh layan diri sendiri dan buat lawak sorang-sorang..haha..seriously he's very funny dan GJ..huhu..dapit ada kembar, daniel dekat desa padaherang..but they say that daniel is the total opposite of dapit..unidentical twin..once he tried to teach me and sue main gitar, he was soo excited to teach us that i felt sorry for him, coz i don't hv talent at all nak main guitar..so better sue je lah yang belajar, coz she's better..heh..even dapit sgt dekat dengan jo, but he loves spicy food so much compared to jo :D
DARA
first impression:
erm..confuse, siapa dara siapa ayu??
the truth:
cute, nice but not a type yang banyak cakap..enjoys her life dan mostly duduk dengan ayu je..heh..
AINAL + PUA + SUE
first impression:
errk..nak cerita waktu ospek dulu ke? da tak igt lah~ da 3 tahun yang lepas..haha..
apa2 pun, kenal sue waktu nak naik kapal terbang balik malaysia..
libur buat lebaran! afterwards start rapat eh? ye kot..hehe..until now~
SUSI
first impression:
first time jumpa waktu rapat dengan DPL, seems to be a nice girl
the truth:
yup, memang baik dan solehah..but last2 mula nakal juga '-__- dah pandai menjailin orang dan buat jokes yang irritating..susi ni tak pernah gve up, even at first tak berapa confident dalam tugasan yang diberi, dia akan cuba buat juga! big round eyes~
ILMA
first impression:
hurm..ilma..not sure..but seems to be close to agus..
the truth:
sangat suka bersosialisasi, a good friend. suka ketawa and sometimes quite cerewet..suka berfashion and tak kesah apa orang cakap tentang diri dia, yang penting she's satisfied :D suka teman agus main gitar, then sing a long even salah nyanyi..huhu..
ATIKA
first impression:
macam disebut di atas, at first ingatkan couple dengan komeng, suka senyum, tak banyak cakap, sopan.
the truth:
memang suka senyum, tapi banyak jg ckp..hehe..and betul sopan..seems to be very nice and dedicated pada pekerjaan yang dia lakukan..very detail and a good planner..sangat kemas and at one time i even ask her whether dia sebenarnya perfectionist ke, sebab tika sangat pengemas, neat and tersusun..should follow that~
IPUT
first impression:
owh, angkatan 2007 jugak macam aep..hah? dah ada anak rupanya..memang nampak macam mak orang! (at first ingatkan dia accompany DPL, bukan student)
the truth:
motherly, means suka membebel..huhu..suka cerita korea dan suka menyakat saya '-__- suka minum ABC kacang hijau..haha..dan suka buat pudding! rajin balik rumah untuk jumpa suami dan anak..jauh kot cibogo dari bandung, around 6 hours..berani untuk bercakap di depan dan tak segan menjadi MC bagi apa-apa acara yang kami jalankan..
cibogo girlsPUTERI
first impression:
cewek kan? :D banyak cakap and sangat peramah..
the truth:
of course she's a girl, nama pun puteri :) dan memang banyaaaaaaaaakkk cakap dan sangat peramah dengan semua orang..siapa yang tak ditegur dan disapa kat cibogo tu..loves to share a story, dan slalu datang bilik malam2 bagi bedtime story..eventhough nampak tough, but sangat manja ya ampun..'-__- dan siapa yang kenal dia, akan tahu yang sebenarnya puteri sgt sensitif..haih..exactly like my sister..up till now we still sms each other everyday..padahal kosan puteri tak jauh sgt pun..
AYU
first impression:
erm..ni ayu ke dara eh? haha..
the truth:
senang je sebenarnya nak tau siapa dara siapa ayu :p awal-awal je confuse..ayu seems to talk more compare to dara..really? not sure..bersungguh2 dalam tugasan dan amanah yg diberi..and bersemangat menjalankan tugasan..enjoys what she's doing dan boleh diharapkan lah..
********************************************
sebulan duduk dengan rakan-rakan KKN ni,
rasanya banyak perkara baru yang dapat dipelajari..
belajar tentang hidup, friendship, pengorbanan
dan belajar untuk berlapang dada dengan orang ramai..
belajar untuk sentiasa positive,
dan jangan menyerah sebelum kita cuba sebaik mungkin..
banyak lagi yang dpt saya personaly belajar,
dan memang ke mana-mana pun kita pergi,
sepatutnya kita MENCARI apakah hikmah yang ingin Allah berikan..
sebab tiada perkara yang sia-sia dalam hidup ni,
even sepahit dan seteruk mana pun sesuatu kejadian itu..
wallahualam..
p/s: esok, lusa dan seterusnya..wait for me!
p/s2: err..baru teringat..esei KKN tak buat lagi..huhu..
p/s3: takde mood la nak edit gambar..serabut~
p/s4: all the best for the coming exams..