Tuesday, February 3, 2009

R0kOk


cuti-cuti ni takde benda sangat nak buat,

so bacalah artikel-artikel kat internet dan teringatlah pada seorang rakan..

jadi saja nak paste artikel yang diambil dari laman Dr Maza..


dah pernah baca dah, tapi nak kongsi dengan rakan-rakan lain..

moga bermanfaat




Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

*****************************************************************************************


erm..lagipun, ramai yang dah tau rasanya, hukum merokok tu haram kan..

ni ada beberapa fatwa ulama' pasal merokok..


1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

jadi..harap2 semua jelas tentang hukum merokok dan tunjukkanlah contoh yang baik demi agama negara dan bangsa..serta keluarga :)

*nak seribu daya, tak nak seribu dalih

10 comments:

3rdmarch said...

Rokok,dadah dan arak lbh kurang je fungsinya iaitu merosakkan manusia.
Fatwa dah keluar.Kerajaan tunggu apa lagi?Kelantan pun rmai gak yang usahakan tanaman tembakau.Macam mana ni?????

Anonymous said...

Saya tidak merokok...
Jadi saya patut diutamakan?!!!

;-)

duha said...

3rdmarch- erm..betul..kerajaan memang kena main peranan..tapi, rakyat pun ada tanggungjawab sendiri..cuma, kalau kerajaan tegas, rakyat takleh wat ape..kerajaan 'kiok' rakyat pun ikut 'kiok'..hehhe..

max- Alhamdulillah..bagus laa tak merokok..ya, orang seperti anda patut diutamekan :) insyaAllah

3rdmarch said...

Tahap skrg ni kerajaan y kena bertindak tegas dlu..rakyat dah mmg ketagih..memang xbole wat apa2..kerajaan "tough" bru la rakyat "tough"..tp y paling bahayanya kita la..perokok sekunder..

Ehem2..saudara YDP..promote dri nmpak..haha.. ;)

duha said...

3rdmarch- erm..same2 laa kita pilih kerajaan yg 'tough' ye.. rakyat kne pandai memilih..usaha sedaya mungkin untuk bentuk individu yg sehat dan cemerlang dan kemudian UBAH kerajaan jugak menjadi yg cemerlang dan terbilang..:)

Abell M said...

sob2..
gane ni..
x de kbranian ag nok tegur ayah ngan abe..
ore nk tegur time ore nok balik indon nnti la rsenye..

duha said...

bella billa-sabo ek bella, Allah besame ore yg besabo..ni ujie laa buak mu :) kene usehe banyok2..jange risau kawe snts support mu..

and one more thing.."doa tu snjata org mu'min" so, pray hard..chaiyok!

p/s: artikel dr internet tu dah bagi ke? maybe that'll help them to understand better..insyaAllah :)

Anonymous said...

fuiyyo max promote diri....=p

duha said...

dr.razi- tu hy satu keterangan laa abg razi..sape2 yg tak merokok patut diutamakan kan?? kalo abg razi nak promote diri bole jgak..promote kpd sape2 yg turut membace ruangan komen ni..hehhe

Anonymous said...

hehe...laju jer reply...takut kene gosip ek? ngeh3~

okla2, bagi ayat cover,
"kawan2, saya pon perlu diutamakan"
hakhak...lalala~