mungkin ramai yang dah baca artikel nu..
insyaAllah..
Semasa hayat Hasan al-Banna,beliau
pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan.Ahli
Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih,sama ada patut
buat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul
bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau
ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam
hal ini?
Kata Hasan al-Banna, "Apakah hukum solat tarawih
dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?"
Kata mereka , solat tarawih itu sunat,
manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib.
Lantas Hasan al-Banna menjawab,
"Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana
solat tarawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi
yang mahukan dua puluh, bebas juga berbuat demikian".
Inilah yang saya maksudkan sebagai
Jiwa Dai'e Otak Fiqh.
Bagi kita yang berperanan sebagai Dai'e,
perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita
adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di
bawah panji Islam.
Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar
Nabi s.a.w untuk para Dai'e.
Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa
di zaman Nabi s.a.w dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak
"Seek to Understand, Then to be Understood".
Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru
dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai
yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.
Dalam isu Hasan al-Banna di atas,
jiwanya sebagai seorang Dai'e tidak melihat perbalahan
sebagai afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hokum atau masalah nas.
Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah sikap dan cara berfikir.
Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan
dengan melambakkan sebanyak mungkin nas Al Quran dan Hadith
kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa
yang mampu menghargai nas Al Quran dan Hadith.
Inilah yang banyak berlaku di dalam
masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka
`bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan
pendekatan "hukumnya ialah…"
Seorang dai'e yang berjiwa dai'e akan
belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan
agar mad'unya memahami da'wah yang dia bawa.Mari kita semua bertafakur di KLCC
Suria atau One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak
manusia di situ dengan mimbar-mimbar msjid dan `usrah' kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah kita mengubah pendekatan da'wah kita untuk
mengejar perubahan masyarakat?
Saya selalu terkenang dialog dengan
seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England.
Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding
School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan
kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't
believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will
create us hairless!"
Soalannya amat provokatif.
Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat,
kenapa tak boleh bela anjing di rumah
dan sebagainya.
Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Dai'e,
mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung,
tujuannya menurut Al Quran,
ayat-ayat dari Surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001
penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi
bersama abangnya yang senasib.
Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyaknya
dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!
Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok.
Saya sebutkan kepada gadis tadi,
"semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita.
Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".
"Oh begitu.
Baik,apa persoalan utama awak?",
tanya gadis tadi.
"Menyelesaikan
persoalan TUJUAN HIDUP!",jawab saya.
"Penting
sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.
"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak,
tetapi di padang bola tiada tiang gol!
Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya.
Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?",
saya menguji.
"Silly game..mengarut! ", ujarnya sambil tersengih.
"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu,
tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia
yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf.
Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar,
bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti?
Saya yakin saudari boleh setuju
bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti,
pasti mengundang kegagalan.
Betul tak?",
saya meneruskan perbualan.
"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?",
beliau bertanya lagi.
"Hmm,awak
rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai
dalam hidup awak?",
saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.
"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year",
katanya dengan yakin.
"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu,
mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita.
Tapi, bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal,
ketika mereka sampai ke puncak yang didaki,
rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong
dan mereka masih terus bertanya,
apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di
kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumah tangga.
Awak rasa itu kejayaan ke?",
saya bertanya kepadanya lagi.
"Hmm...",
sepi tanpa jawapan…
"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan
sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada
sebelum kita lahir.
Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan,
andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini.
Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi.
Dan kalau kita tanya ke kilang,
mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan
di dalam sebuah KITAB bernama Instructin Manual.
Begitulah juga dengan manusia.
Jika mahu kepada jawapan,
kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah.
Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction
Manual-Nya yang bernama…"
"Al Quran!What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?"
gadis tersebut mengacukan soalannya.
"Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri
kepadaKu.
Adz Zariyat 56",jawabku.
Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah
dalam Islam.
Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain,
apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam,
maka ia jadi ibadah.
Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:
"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini,
maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang.
Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini.
Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang,
maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari
kena pakai tudung.
Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian,
apatah lagi nakmenghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang,
tentunya kita kenabertudung kerana itu kehendak Dia.
Dan jika awak setuju sampai ke situ,
saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing.
Islam Cuma mengajar,
andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah.
Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya.
Itu semua soal adat sahaja!"
Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya,
itulah hasil perbincangan kami.
Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba
untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Dai'e Otak Faqih dan tidak sebaliknya.
Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza.
Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya.
Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar
untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan da'wah yang
patut saya ambil.
Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi,
tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala
sambil tersenyum secara sacarstic,
"inilah perangai bebudak sekarang!"
*************************************************************************************
inilah antara contoh2 sifat da'ie yang ingin kita bina dalam diri kita..bukan lebih kepada menghukum,tapi cari jawapan yang sesuai dengan mad'u kita..insyaAllah~