hari selasa lepas,
kami diinform tentang kematian datuk kepada sahabat kami iaitu Syazana FK08..
Alhamdulillah,Syazana berada di Malaysia pada ketika itu..
pagi tadi..
dalam kelas lab..
kami diberitahu pula dengan berita yang amat mengejutkan..
pulangnya ibu kepada sahabat kami, Wan TWP08 kepangkuan penciptanya..
innalillahi wainna ilaihi raaji'un..
minggu ini,banyak perkara sedih berlaku..
tapi..sebagai umat islam..
kita perlu yakin bahawa ini adalah ujian tuhan pada kita kerana Dia menyayangi mereka yang diuji itu..
setiap manusia akan merasa saat kematian..
'kullu nafsin za'iqatul maut'
tapi caranya berbeza-beza..
nabi Muhammad SAW telah mengajar kita agar berdoa dan memohon kepada Allah SWT..
agar dikurniakan husnul khotimah..
iaitu cara kematian yang baik..
dan moga kita dijauhi su'ul khotimah iaitu cara kematian yang buruk..
kepada dua orang sahabat saya yang saya kasihi lillahi ta'ala..
bersabarlah dan tabahlah..
sesungguhnya anda orang yang dipilih oleh Allah ta'ala untuk menerima ujian yang besar ini..
yakinlah,Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya melainkan Dia tahu..
hambaNya itu mampu melalui ujian tersebut..
berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
namun,kami semua sentiasa berada di sini buat anda berdua :)
sama-sama kita doakan mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan di maqam yang tinggi..
bersama para solehin..
insyaAllah..
dan bagi kita semua yang bakal menysul..
tingkatkan amal dan ibadah..
sesungguhnya ajal tidak mengenal usia,tempat dan waktu..
jangan sampai kita menyesal saat malaikat maut sudah berada di depan mata..
"ya Allah,tenangkan hati sahabatku..amiin~"
p/s:malam ni ada bacaan yaasin dan tahlil di masjid ibnu sina..jemput datang..
No comments:
Post a Comment