Wednesday, March 18, 2009

gelap~

kelmarin jatinangor blackout!

pada mulanya memang geram..
time2 ada mood nak blaja,tiba-tiba blackout pulak..
LI pun tak siap lagi..
tapi..siapa suruh buat last minute kan??
heh..(baik..itu salah sendiri..abaikan~)

tapi..setiap sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku..
pasti ada hikmah bagi mereka yang ingin mencarinya..

kegelapan keadaan sekeliling memberi peluang dan menyediakan ruang yang amat sesuai
untuk bermuhasabah..

dalam kegelapan..
homework tak boleh dilakukan dengan sempurna..
tanpa menukar posisi..
berada di atas kerusi belajar menghadap buku obstetric..
dan hanya ditemani sebatang lilin yang dipacak atas meja study..
saya memilih untuk bertafakur..
mendiamkan diri dan berfikir..

lilin yang menerangi bilik ketika blackout


pelbagai perkara datang menerjah fikiran ini..
dari tujuan hidup..
yang mungkin masih lagi berbolak balik..
sering bertukar-ganti
hinggalah destinasi yang akan saya tujui "selepas" kehidupan ini..

bagi saya..
kegelapan amat sinonim dengan kubur..
tak tahu kenapa..kalau bercakap tentang kegelapan..
perkara pertama muncul di benak fikiran adalah alam kubur..

gelap..
sendirian..
sempit..
ketakutan..
semua keadaan yang tidak saya sukai!
malah mana-mana manusia sekalipun rasanya pasti tidak suka akan keadaan tersebut..

teringat kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib:
"Wahai hamba-hamba Allah, setelah kematian, alam kubur lebih menderita daripada kematian itu sendiri bagi orang yang tidak diampuni dosa-dosanya. Karena itu, takutlah kamu pada kesempitan kubur, penderitaan,kegelapan, dan keterasingannya.

Sesungguhnya kuburan itu berkata setiap hari: Aku adalah rumah keterasingan, aku rumah kesepian, aku rumah cacing-cacing. Kuburan adalah bagian dari taman-taman surga dan
sekaligus bagian dari jurang-jurang neraka. Sesungguhnya kehidupan yang sempit yang diperingatkan oleh Allah kepada musuh-musuh-Nya adalah siksaan kubur.

Allah mengirimkan kepada orang yang kafir dikuburnya sembilan puluh sembilan ular yang besar untuk mencabik-cabik dagingnya dan memecah-mecah tulangnya. Allah mengirimnya berulang kali sampai hari kiamat. Dan sekiranya ular itu didatangkan ke bumi, niscaya tak akan ada tumbuh-tumbuhan dan tak akan terjaga tanaman didalamnya.

Wahai Hamba-hamba Allah, sungguh dirimu lemah, jasadmu lembut dan
rapuh sangat mudah dihancurkan."

nanti..
di sana tidak akan ada "lilin" yang dapat menerangkan kubur kita nanti dan melapangkannya..
tidak ada torch light, HP mahupun emergency lamp..
melainkan amal soleh yang kita lakukan selama mana kita masih hidup yang akan menemani kita dalam rupa bentuk seorang manusia yang amat cantik bercahaya..
sejuk mata memandang!

namun bayangkan jika kita dipaksa tinggal di dalam kubur yang gelap,penuh siksaan dan ditemani pula amalan jahat kita yang berbentuk seseorang yang amat buruk dan menakutkan..
naudzubillah..ya Allah..jauhkan lah~

dalam sebuah hadis,

Aisyah ra. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda,
"Sesungguhnya setiap kubur memiliki tekanan/himpitan. Seandainya seseorang selamat darinya, pastilah Sa’ad bin Mu’adz akan selamat pula."

Sa’ad bin Mu’adz adalah pemimpin kaum Anshar yang syahid di ujung pedang pada perang Khandaq dan mendapat syahid. bayangkan kalau beliau yang tinggi darjatnya sendiri tidak terlepas dari himpitan kubur..apatah lagi kita yang amat banyak dosa dan belum terjamin lagi ke mana arah tuju akhirnya..

Penyempitan kubur akan dialami oleh semua orang, tidak kira Mukmin atau kafir. bezanya, penyempitan yang dialami seorang Mukmin tidak berlangsung selamanya, tidak seperti seorang kafir yang terus menerus dihimpit.

ingatlah..sesungguhnya alam kubur itu hanyalah permulaan pada kehidupan kita di "sana"..

jika kubur kita menjadi salah satu dari taman syurga, maka beruntunglah..

luas?


namun jika ia menjadi salah satu dari lubang-lubang neraka..maka ketahuilah..
semuanya sudah terlambat..


sebagai gambar hiasan~


tingkatkanlah amalan..
sesungguhnya terdapat 3 amalan di mana pahalanya akan terus menerus mengalir dan tidak putus dengan kematian kita iaitu

1.sedekah dan amal jariah
2.ilmu yang diajar
3.doa seorang anak yang soleh

perbanyakkanlah amalanmu..pasti kita tidak akan rugi!

berdoalah agar kita dijauhi dari fitnah kubur..


sumber:Malam Pertama di Alam Kubur (Dr. Aidh Al-Qarni)


p/s: ketika blackout sempat lagi buat party di bilik sahabat..makan, borak dan tidak lupa bercerita tentang sirah nabawiyah dan kisah teladan dari Al-Quran..moga bermanfaat buat semua..terima kasih pada empunya bilik :D

p/s 2: artikel pendek..tak tahu nak tulis ape sebenarnya..tapi moga bermanfaat untuk diri ini dan teman2 lain :)

13 comments:

Liyana said...

duha, brapa jam kah anda tido?

duha said...

pudding caramel-kak yana,mengapakah anda bertanya? hehe..nk average satu hari dlm smggu ke? hehe..lame~ '-_-

Liyana said...

rasenye semalam kite chat da macam lewat malam. pastu tgk update belog cam kul 3 camtu. dasat tol duha ni.

|makhlukDIA| said...

wah mantap post yg satu nie..

duha said...

pudding caramel- hahha..mlm tu ade conference YM smpai dekat pkul 1..patu wat blog KITA tu..hehhe..patu tukar layout patu post blog sbb bosan patu blaja jap patu tdo patu bangun patu pg xtramural skang baru balik..patu..patu..hehhehe

ana-mantap santap..huhu~ ni perli ke ape nih? eh..awat asik on je..dlu waktu akak kat Ipoh tade mase je on9..nakal eh..

Awau said...

dai'e yg sebegini kreatif!
matang di perantauan :D
teruskan menulis..salam w.r.b

duha said...

auzai'e- matang? ehehe..mekasih :) amin~ moga2 kita same2 jd generasi dai'e berjaya dan termasuk dlm golongan ghuraba'..walaupun terasing, tapi insyaAllah di jalan yg benar..

Anonymous said...

~salam..nice msg yg diolah dari cerita yg menarik.bagus2 tapi yg peliknya sepanjang muhasabah diri ditambah perkongdian pengalaman di bilik teman, memang tak buat LI ker??haish...sian group E1 :P


Psst:gurau jer..jgn amik hati..heheh

anasolehah_7 said...

Salam ukhti Duha

Subhanallah. TUJUAN perlu jelas dan yang pasti mencapai tujuan punya cara yang banyak. Boleh melalui solat, boleh melalui belajar, tidur dan juga boleh seperti bertafakur dan bermuhasabah dalam Blackout Syndrome Disease of Jatinangor:)

Ingatlah kematian kerana sesungguhnya kematian itu dekat
(T_T)

duha said...

prince_pekan- wlkmslm..heh..lpas da ade "cahaye" balik kat Jatinangor tibe2 mate dah ngantuk..memang tak buat LI langsung malam tu, tapi Alhamdulillah diberi kesempatan pleh Allah untuk siapkan pagi2 tuh..hehhe..GROUP E1 sentiasa maju! (heh..smgt :p)

anasolehah_7-wlkmslm ukht aimi :)
hehhe..mmg satu disease yang menyerang tak kire waktu '-_-

yup..ingatlah kematian, sesungguhnya orang yang paling bijak adalah yang sentiasa mengingati kematian dan bersedia untuknya..

(pesanan khusus buat diri ini~)

3rdmarch said...

salam..

duha..ajo skit camne nak tkr layout tanpa hlgkan widget..

blackout syndrome disease(BSD)..mantap bunyinya tp teruk keadaannya..isk3..

tp hikmah di sebalik BSD ni,waktu gelap2 cam 2 la bole muhasabah diri kejap..bole rasa kegelapan y bkl dirasai di alam kubur nt..ehee~

p/s:cam nmpak prince pekAN td..

sinar_islami said...

bgs2 setiap kondisi
hati yang hidup akan berfikir mengingati Penciptanya..

duha said...

3rd march-wlkmslm..mule2 duha tanak tukar backgrnd sbb takut ilang widget la..patu tetibe buat..tak ilang pun..erm..tgk laa amek background tu kat mne n kat mne paste code html die..nk blaja kne wat kelas la..rp20k 5 minit..haha..nnt dok pehe mu tanye le..erm..BSD tu syndrome yg ditakuti ramai..lagi2 kalau dah nak pekse..hehe..
nampak prince pekan? pegi pahang ke td? heheheh..

sinar-kene snts ambil peluang utk mendekatkan diri padaNya :) moga hati dan akal yg snts berfikir ttg kebenaran akan diberi petunjuk ke jalan yg lurus..insyaAllah..