Thursday, April 16, 2009

Konvensyen "Berakhirnya Agenda Zionis"



Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya' yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan "Israel Raya".


Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sekdikit pada ketika dan saat ini.


Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Berakhirnya Agenda Zionis" bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agong itu.



TAJUK SEMINAR
"Berakhirnya Agenda Zionis"


OBJEKTIF
· Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.

· Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.

· Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.

· Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terikini agenda Zionis.

· Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


TARIKH
9 Mei 2009 [Sabtu]


TEMPAT
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur


MASA
8 pagi - 5 Petang

SASARAN
3000 kerusi


YURAN
RM 10.00
[Boleh dibayar di hari konvensyen]



Untuk pengesahan kehadiran sila taipkan ~ hantar SMS kepada : 0196077372


p/s : Website rasmi bagi konvensyen ini akan diberitahu kemudian.
p/s2: waaaaaaaaaaaa~ nak pegi!!!!!!!!!!!
p/s3: thanks kak yana bagi murtabak pinky :D

2 comments:

Liyana said...

salam!

sebenarnya nak makan sama2. tapi macam tak sempat pula. ada meeting. balik awal. tau tak hari ini kena pergi sekolah rendah jadi cegu sekolah rendah kejap. ha ha

tapi dah pesan dengan has makan dengan duha ramai2..aaaa~~~

cuak. doakan supaya saya di sayangi adik2 kecil..aaa~~~

p/s: apsal promote menda yang berlaku kat mesia? NAK PERGI JUGAK!!!! sengaja bagi org yg kat bandung ni kempunan kan kan kan?

duha said...

pudding c.-wlkmslm..wah..nak jugak jd cegu budak skolah..besnye~ insyaAllah derang sume pasti senang sama kamu..tapi pastinya lebih senang kalau kamu belanja pudding caramel..hehhe..

p/s:alasan pertama mmg nk bg org sini kempunan,sbb tak aci laa duha kmpunan sorg2..haha..alasan kedua post,utk kwn2 kat mlysia yg bc blog ni..mane laa tau derang berminat nk pg kan..then nnt bole kongsi ngn kite sume..