Perang Uhud dan Perang Muktah
adalah dua keadaan yang berbeza
sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid.
Dalam perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy
yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam..
tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru..
Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam,
ini membuktikan bahawa beliau memang
layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah
'Pedang Allah'
gambar hiasanSemasa belum memeluk Islam,
beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang
kerana strategi perangnya
di mana umat Islam telah mendapat pengajaran
yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H
bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As.
Setelah itu, beliau adalah pahlawan
yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.
PERANG MUKTAHDalam
Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya
telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom.
Dalam pertempuran tersebut,
tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat
dan nyaris-nyaris menerima kekalahan.
Bendera Islam telah dipegang oleh
Zaid b Harithahyang kemudiannya gugur syahid,
diambilalih pula oleh
Jaafar bin Abu Thalib.
Beliau turut syahid,
maka bendera tadi dipegang oleh
Abdullah bin Rawahahyang juga gugur sebagai syuhada'.
Lantas bendera bertukar tangan kepada
Thabit bin Arqamdan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid.
Atas persetujuan ramai,
maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang
dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah
kerana sudah terlalu ramai yang syahid
dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar,
Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat
kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh
Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi
dan mempunyai ramai pengikutnya.
Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah),
ramai tentera Islam yang terkorban.
Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati
yang pakar dalam strategi peperangan
telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya
dengan ucapannya yang penuh karisma.
Beliau berteriak kepada tenteranya
"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
PERANG YARMUK
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom,
beliau telah berjumpa dengan panglima musuh
yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam.
Mahan telah berkata
"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air
kerana terpaksa dan kelaparan.
Jika kamu semua setuju,
aku akan berikan setiap seorang tentera
10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan
dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab
"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan.
Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah
dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi,
sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu,
Khalid Al-Walid selaku komandan perang
berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir
"Allahu Akbar"
"Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga".
Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat.
Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata
"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid,
adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW,
kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a
"Ya ! Katakan kepadanya
"Wahai Rasulullah SAW !
Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar".
Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut
Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi
yang bernama George (Gergorius Theodorus) lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya
"Wahai Khalid,
hendaklah kamu berkata benar
kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong.
Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan
kepada Nabimu sebilah pedang dari langit
lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab
"Tidak"
George bertanya lagi
"Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata
"Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami
seorang Rasul dari bangsa kami,
tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya.
Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya
tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam.
Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan
"Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi
"Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan
"Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata
"Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu,
adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab
"Ya, itulah yang lebih utama"
George berkata
"Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab
"Kamu hidup bersama Rasul
lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya.
Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, l
alu kami memeluk Islam dengan mudah.
Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya,
kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan,
maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid,
belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat.
Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk.
dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid
dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera.
Mereka yang cedera parah,
apabila seorang diberikan air,
lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan.
Lalu diberikan kepada rakannya,
tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, l
ebih mementingkan rakan yang lain..
begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air
berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya.
Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! I
ni membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara
seperti kasih kepada diri sendiri
memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.
*************************************************************************************
antara nasyid favourite..
Saifullah
Ketika gurun rindu kebenaran
Sesat dan noda
Kezaliman punca kuasa dilestarikan
Gurun ketar menunggu kelahiran
Seorang insan
Belum tahu hati budi
Diuji makam diri
Engkau tak mampu melawan takdir
Telah pun tertulis di alam kekal
Kau tak meminta atau ditanya
Memusuhi iman atau sebaliknya
Saifullahul maslul dan cahaya
Menghapuskan kejahilan
Saifullahul maslul panji-panji
dan musyrikin berserakan
Engkau tinggalkan kekayaan dunia
Kerana cinta pada Allah pada rasul pada muslimin
Kau digelar pedang Allah yang terhunus
Impikan syahid itu bukan keputusanmu
Menghapuskan kejahilan
Dan musyrikin berserakan
Saifullahul maslul menyentuhmu
Mencalarkan mereka tak mampu
Saifullahul maslul rindu syahid
Namun kau pergi dalam perbaringan
-Brothers-
*************************************************************************************
p/s: Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid"
p/s2: Antara kata-kata Khalid Al-Walid yang menggerunkan pihak musuh " .. kami lebih sukakan kematian sebagaimana kamu sukakan kehidupan"
p/s3: Khalid Al-Walid merupakan tokoh kegemaran saya selain dari Sultan Mehmed Al-Fatih :)
Sumber: http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/Khalid.htm
http://ihmaza.blogspot.com/2007/08/khalid-al-walid.html