| |
Pilihan Raya Presiden Republik Islam Iran baru sahaja selesai dengan kemenangan cemerlang bagi Presiden bersuara lantang Mahmoud Ahmadinejad (Walaupun keputusannya dipertikai oleh pencabar utamanya tapi setelah penyiasatan dibuat ternyata dakwaan penipuan itu adalah semata-mata suara yang dicipta oleh pihak musuh-musuh Republik Islam Iran). Sekali lagi rakyat Iran membuktikan kepada dunia bahawa bangsa Parsi ini masih sayang dan mempertahankan Revolusi Islam yang telah diasaskan oleh Imam Khomeini sejak 30 tahun yang lalu. Walaupun separuh daripada pengundi adalah mereka yang belum lahir ketika kejayaan Khomeini menghalau rejim Shah yang disokong oleh Zionist dan "syaitan akbar" Amerika Syarikat, tetapi keberkatan masih menyebelahi Islam. Jika kita lihat kebangkitan hijau yang dibawa dalam masa kempen pilihan raya seolah-olah Islam akan kalah di Iran. Walau ada segelintir pemimpin yang berfahaman liberal dan mendapat sokongan dan galakan Amerika tetapi mereka gagal menguasai Iran. Rakyat telah menunjukkan "Makkal Sakhti" mereka. Walau apapun perbezaan mereka, rakyat akan tetap bersatu jika anasir luar mula campur tangan. Ini suatu perkara yang Amerika dan musuh benar-benar tidak memahaminya. Tidak faham Iran Sebahagian besar masyarakat dunia tidak memahami politik dan jiwa rakyat Iran. Pengalaman menaiki teksi dari lapangan terbang menuju ke ibukota Tehran atau berbual dengan masyarakat awamnya, kita akan terperanjat dengan rungutan dan sindiran mereka terhadap mullah dan pemerintah Iran. Seolah-olah pemerintahan Islam di Iran akan jatuh ke tangan liberalis dan perangkap musuh dalam masa yang singkat. Hakikatnya, setiap kali pilihan raya golongan agamis dan konservatif semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kematangan mereka penuh misteri dan membingungkan para pengkaji politik antarabangsa. Barangkali sepotong hadis Rasulullah s.a.w. berikut boleh sedikit mencerahkan misteri bangsa yang mempunyai ketamadunan 2,500 tahun ini. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah s.a.w. ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..." Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah s.a.w. berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, m.s 108). Hari ini dunia harus akur dengan pencapaian bangsa Salman ini. Kesungguhan mereka dalam menjaga dan menggali khazanah keilmuan Islam memang sukar ditandingi. Kesungguhan ini diwarisi sejak berkurun lama dengan pelbagai kecemerlangan tamadun terukir melalui ilmuan tersohor seperti Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Sheikh Baha'i, Fizinski, Mulla Sadra dan lain-lain. Ketekunan mereka terserlah dengan penulisan kitab-kitab dalam bidang sains, matematik, perubatan, falsafah termasuk nahu bahasa Arab yang masih menjadi rujukan hingga ke hari ini. Kota sejuta ulama Hari ini di Qom, kota yang dijuluki dengan nama 'kota sejuta ulama', kitab-kitab peninggalan ulama silam boleh didapati dengan mudah dan murah. Di sini terdapat Perpustakaan Ayatullah Mar'ashi Najafi yang dipercayai perpustakaan manuskrip Islam terbesar di dunia setinggi tujuh tingkat yang turut memuatkan beberapa hasilkarya seperti naskhah al-Quran khat Kufi akhir kurun kedua hijrah, kitab Nahjul Balaghah tahun 469H, al-Qanun Ibnu Sina kurun ke 16 dan lain-lain. Menariknya, berhadapan dengan bangunan ini, terdapat sebuah pasaraya kitab setinggi lima tingkat untuk mereka yang berminat membeli-belah kitab lama dan baru daripada pelbagai aliran mazhab. Penulis pernah menemui senaskhah tafsir Pimpinan ar-Rahman dalam tulisan jawi dijual di salah sebuah toko di situ! Justeru, tidak hairanlah perbahasan ilmiah para ulama mereka menggunakan rujukan dan sumber yang asli. Menghadapi pelbagai kempen dan tohmahan yang 'mengkafirkan' mereka oleh golongan pelampau, mereka masih bertahan dan dengan tenang terus menyuburkan tradisi ilmu yang berpijak pada nalar dan dalil yang sahih. Bahkan, lebih daripada itu, mereka sentiasa mencari jalan untuk berdialog dengan penuh hikmah dan harmoni dengan menubuhkan organisasi peringkat antarabangsa dan menganjurkan pelbagai konferensi yang boleh menyatukan umat Islam. Pertubuhan Darul Taqrib yang pernah dipelopori oleh Ayatullah Burujerdi, Sheikh Abdul Majid Salim dan Sheikh Shaltut (bekas rektor Universiti al-Azhar), sering mengundang para ulama seluruh dunia untuk berbincang ke arah perpaduan umat Islam. Solidariti ummah Palestin adalah contoh paling jelas bagaimana Iran sangat mementingkan solidariti ummah. Bagi Iran Palestin bukan sekadar isu politik bahkan menjangkau persoalan akidah yang mesti dipertahankan walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan-kepentingan domestik. Imam Khomeini pernah menyebutkan bahawa antara tujuan utama penubuhan republik Islam adalah untuk membebaskan Palestin. Revolusi yang diasaskan oleh beliau adalah kesinambungan perjuangan cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husin r.a, di Karbala yang menjadi simbol penentangan kaum tertindas melawan mustakbirin. Bagi beliau, kewujudan sebuah pemerintahan Islam adalah asas bagi kemunculan Imam Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah kezaliman berleluasa sebelumnya. Walaupun begitu usaha musuh untuk memecahkan perpaduan ini tidak pernah padam sama ada yang berselindung dalam jubah keIslaman atau melalui tangan jahat Zionis-Amerika. Dalam isu nuklear Iran, pelbagai tuduhan dan momokan khususnya Amerika dilemparkan kepada Iran bertujuan untuk menyudutkan pengaruh negara Mullah itu daripada Arab serantau. Namun Ahmadinejad dengan penuh mantik bertanya, "Jika nuklear berbahaya, mengapa ada negara yang menggunakannya, dan jika memang ianya baik, mengapa kami tidak dibenarkan?" Pertanyaan serupa pernah dilontarkan oleh beliau dalam persoalan Holocoust, "Jika memang Jerman membunuh Yahudi, mengapa Palestin yang harus menanggungnya? Mengapa tidak Eropah?" Perkembangan mutakhir pilihan raya presiden sekali lagi menyaksikan Ahmadinejad mendapat sokongan kuat daripada rakyat. Walaupun terdapat penentangan daripada sebilangan kaum pemodal dan golongan kaya di Iran, popularitinya terus gemerlap. Dasar pemerintahannya yang berusaha membaiki status ekonomi rakyat bawahan dan menarik balik subsidi kelompok atasan menjadikannya jauh ke depan daripada rival politik yang lain. Dalam mengharungi krisis ekonomi global, Iran yang sekian lama terkongkong dalam embargo antarabangsa tajaan Amerika masih terus bertahan. Ketika dunia sibuk tentang kejatuhan ekonomi sekarang mereka tidak berubah dan masih meneruskan kehidupan saperti biasa. Cuba kita bayang kan seandainya Iran tidak dikhianati oleh AS bagaimana mengembangnya ekonomi mereka tanpa pergantungan luar. Misi islah Bagi masyarakat awam, sosok Ahmadinejad benar-benar mencerminkan pemimpin masa depan yang membawa misi islah dan keadilan. Bahkan kehangatan kehadirannya turut dirasai oleh jiran-jiran Arab yang semakin dilemahkan oleh kegawatan ekonomi yang bergantung penuh pada Barat, kerosakan moral para aristokrat dan campur tangan kuasa asing. Hari ini Iran di bawah presiden Ahmadinejad dan kepimpinan spiritual Ayatullah Sayyid Ali Khamenei benar-benar telah menggantikan Arab sebagai penjaga Islam. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, m.s 182) p/s: diambil dari harakahdaily.net |
Thursday, July 9, 2009
Di sebalik kemenangan Ahmadinejad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Iran itu sangat terkenal dengan 3 perkara:
1.bangsa parsi
2.aliran syiah(hatta saya pernah terbaca bahawa ahmadinaejad itu beraliran syiah,wallahualam~)
3.(barulah)peradaban islam
persoalannya,mampukah iran menjadi negara pembela islam jika syiah menjadi dasar keimanan di sana sedangkan islam seharusnya dibela di bawah satu ummah untuk menegakkan agama Allah sebagai agama yang satu?
Jadilah mengulangi putaran yang sama wahai anony...
Kita buang cancer dahulu seperti America dan para pimpinan munafik Islam dan lepas itu kita ubati kudis syiah...
Satu persatu,mula dari yang life treatening...
Btw, Ahmadinaejad sah-sah syiah
salam~
"Penulis pernah menemui senaskhah tafsir Pimpinan ar-Rahman dalam tulisan jawi dijual di salah sebuah toko di situ!"
mula2 kagum je igtkan duha penah pg situ..
pas baca kat bwah p/s: diambil dari harakahdaily.net..
den tertipu rupenye.. -_-'
tp still kagum..
btw,
saudara Anonymous..
betol ckap dr.amad 2..
teguhkan perpaduan umat dahulu..
pas 2 bru kita settlekan masalah dalaman umat ni..
Allah itu Tuhan mereka juga..
Anonymous-erm..memang tak dinafikan di iran memang terkenal dengan aliran syiah..
tapi bukankah lebih baik kita memandang yang baik pada mereka..banyak orang yang menggelar dirinya sunni tetapi penderitaan mereka di palestin lansung tak diendahkan..itukah sunnah wal jamaah yang diambil dari rasulullah dulu? sedangkan mereka yang digelar syiah ini yang lebih berani bersuara menentang keganasan di palestin..dan tidak salah kita menyokong gerakan dan perjuangan mereka itu..
betul kata Dr Amad dan 3rdmarch, dan sy sndr prnah baca ulasan Dr Fathi Yakan (semoga Allah merahmatinya) dimana beliau mengatakan bahawa masalah syiah ini ibarat kudis yang boleh diubati..
ada masalah yang lebih besar perlu kita tumpukan iaitu musuh islam yang benar2 menyerang dan berniat jahat ke atas kita..
dan ya, memang Ahmadinejad itu memang syiah..kita doakan yang terbaik dan hanya Allah tahu isi hati hambaNya..wallahua'alam..
Dr Amad-jazakallah atas masukannya..
3rdmarch- waalaikumussalam..
harap2 sy dapat ke sana suatu hari nanti..amin~
moga perpaduan umat islam dipandang berat oleh semua pihak..bukan semata-mata menentukan siapa benar,siapa salah sehingga lebih banyak perpecahan berlaku..sedangkan buat masa ni kerjasama dan support amat diperlulkan..
saya bukanlah ekstremis kepada mana2 pegangan,cuma saya menganggap bahawa perpecahan dalaman ini seharusnya diutamakan sebelum kita mampu berjuang melawan Amerika dan sekutunya kerana sejarah sendiri telah membuktikan bahawa perpecahan itu melemahkan kita,lantas dengan mudah musuh-musuh Islam dapat menguasai kita.
lihatlah bagaimana keadaan di Iraq,Amerika memanipulasi pihak Sunni dan Syiah untuk terus berkelahi,menyebabkan pendudukan Amerika di Iraq menjadi mudah.
saya berpendapat bahawa kita perlulah saling mengenali sesama muslim,biar dari pegangan mana sekalipun untuk kita mencari persamaan antara kita dan hapuskan perbezaan dan perselisihan.barulah kita mampu menjadi ummah yang kuat dan melawan musuh2 Allah..
wallahualam~
saya bukanlah ekstremis kepada mana2 pegangan,cuma saya menganggap bahawa perpecahan dalaman ini seharusnya diutamakan sebelum kita mampu berjuang melawan Amerika dan sekutunya kerana sejarah sendiri telah membuktikan bahawa perpecahan itu melemahkan kita,lantas dengan mudah musuh-musuh Islam dapat menguasai kita.
lihatlah bagaimana keadaan di Iraq,Amerika memanipulasi pihak Sunni dan Syiah untuk terus berkelahi,menyebabkan pendudukan Amerika di Iraq menjadi mudah.
saya berpendapat bahawa kita perlulah saling mengenali sesama muslim,biar dari pegangan mana sekalipun untuk kita mencari persamaan antara kita dan hapuskan perbezaan dan perselisihan.barulah kita mampu menjadi ummah yang kuat dan melawan musuh2 Allah..
wallahualam~
saya x nafikan mmg ada benarnya hujjah anon
namun harus diingatkan
syiah ibarat kudis di tubuh kita
sedangkan
AMERIKA ibarat anakonda yg bersiap sedia menerkam
so persoalannya mana satu y perlu diutamakan
merawat kudis @ mempertahankan nyawa dari anakonda
kudis mungkin boleh sembuh,tapi serangan anakonda nih melibatkan nyawa..
camne nk rawat kalo sume dah pun mati ditelan???
bak kata dr amad..one by one,mula dari life threatening
dan x semua perbezaan itu adalah buruk
tanpa hitam kita x kenal putih
bayangkan kalo semua gigi kita adalah gigi geraham
mesti payah nk cakap
Anonymous- semoga perbincangan kita membawa manfaat dan kebaikan :)
erm..artikel yg sy post ni, bukanlah untuk mengangkat darjat orang syiah ataupun mengatakan memang merekalah semata-mata yang akan memperjuangkan islam..
memang ada kepercayaan mereka yang tidak boleh kita ambil dan ikuti, namun kita masih mempunyai banyak persamaan..dan Allah sendiri mengarahkan agar kita mencari persamaan itu dan bukan mencari kelainan..
tujuan kita insyaAllah sama, untuk mencari kekuatan umat islam dan memperbaiki kelemahanya..
sy hy nk membuka mata umat islam, agar mengambil ibrah atau kebaikan yang dapat kita lihat dari Iran sebagai satu negara islam dari segi keilmuan, semangat dn lain2..ataupun dr pemimpinnya sendiri dr segi ketegasan, keberanian dan kepandaiannya mengurus sesenuah negara dan b'pegang pada prinsipnya..
kerana umat islam sekarang walaupun sunni sendiri sudah hilang dan jauh dari mempunyai nilai2 seperti ini..
jika bekas presiden amerika Bush atau Obama sendri mempunyai sifat yang patut dicontohi, tak salah kita ambil dan aplikasikan untuk memperbaiki diri kita..walaupun mereka sah2 kafir..
nak ulas sedikit tentang perjuangan Hizbullah yang (didominasi oleh orang SYIAH). mereka memperjuangkan islam dan membela umat islam di Lubnan..banyak umat islam sendiri di serata dunia yang tidak mahu menyokong perjuangan Hizbullah mengalahkan ancaman luar dr kaum kuffar yang menyebabkan penderitaan umat islam..alasannya kerana mereka syiah..
dan inilah yang menyebabkan Allahyarham Fathi yakan mengeluarkan statement sokongannya terhadap Hizbullah walaupun mereka syiah..namun mereka tetap islam..dan memperjuangkan islam..siapa lagi yang akan membantu dan menyokong perjuangan murni menyelamatkan islam kalau bukan kita sndiri..
kalau kita fikir mereka syiah, lalu membiarkan..pasti sukar untuk mencapai kejayaan dn islam di Lubnan akan menjadi lebih parah..
tak dinafikan masalah dalaman itu penting dan harus juga dibincangkan agar dapat diselesaikan, tapi janganlah kerna mereka syiah, kita sunni atau mereka wahabi, kita salafi dan sebagainya, perjuangan yang benar kita tolak ketepi..hanya tggu kelompok kita yang mengetuainya, baru kita akan menyokongnya..
umat islam tetap satu sebetulnya dan pembaikan atau pengislahan itu insyaAllah akan bjalan seiringan..bukan diabaikan langsung..
boleh layari web ni untuk lihat ulasan lanjut Allahyarham Fathi Yakan : http://ybdrsyedazman.blogspot.com/2009/06/ustaz-fathi-yakan-ulama-tarbiyyah.html
cekodok-time kasih cekodok..lapar bertambah bila baca nama nih :)
erm..betul jugak tu..tak semua perbezaan tu buruk..thanks2..saya suka ayat tu..
Post a Comment