Friday, July 3, 2009

News On Palestin

Tentera Israel mengaku bunuh gadis 17 Tahun.

Jumaat , 03/07/2009 – Tentera Israel mengaku membunuh gadis berumur 17 tahun dari Gaza pada hari Selasa dan mencederakan 11 yang lain dalam satu operasi tentera di Gaza. Pada awalnya tentera Israel menuduh pejuang Palestin yang bertanggungjawab tetapi selepas siasatan terbukti gadis tersebut dibunuh hasil tembakan tentera Israel.

Sumber tentera Israel melaporkan mereka melepaskan tembakan mortar ke arah penyerang dari Gaza selepas mereka di serang semasa mengawal sempadan Gaza, yang mengakibatkan gadis tersebut maut dan 11 lagi cedera. Kemungkinan penyerang tersebut amat hampir dengan orang awam. Kemungkinan yang lain, kesilapan teknikan semasa menembak mortar tersebut. Penyiasatan masih dijalankan.

*************************************************************************************

Masjid Aqsa dicerobohi lagi ?

Jumaat , 03/07/2009 – Sumber tempatan di Baitulmuqaddis melaporkan beberapa askar dan pegawai keselamatan Israel telah menceroboh Masjid Al Aqsa Mosque dan kawasan ibadat Al Marwani petang Khamis lalu seterusnya menculik tiga penduduk termasuk seorang pemberita.

Sumber itu menyatakan sedozen anggota polis bersenjata Israel telah memecah masuk ke dalam kawasan tersebut ketika penduduk Palestin mengadakan majlis meraikan kanak-kanak Palestin yang memenangi pertandingan melukis Masjid Al Aqsa. Polis pada mulanya mencuba untuk menahan 300 orang kanak-kanak daripada menyertai pertandingan itu tetapi penganjur dan kanak-kanak tetap meneruskan majlis itu walaupun serangan Israel dan percubaan untuk mensabotaj aktiviti itu dilakukan.

*************************************************************************************

Satu mati dan tiga cedera akibat rumah runtuh di Gaza.

Khamis, 02/07/2009 – Sebuah rumah di timur Gaza, yang mengalami korosakan teruk akibat serangan Israel ke atas Gaza awal tahun telah runtuh. Kejadian tersebut telah membawa maut kepada seorang rakyat Palestina dan mencederakan tiga yang lain.

Menurut saksi, kejadian berlaku apabila pekerja sedang membaiki rumah tersebut. Menurut laporan juga, kemungkinan ada tiga orang lagi yang masih belum dijumpai. Walaubagaimanapun ketiga- tiga mereka yang cedera ringan akibat runtuhan telah dibawa ke hospital.

*************************************************************************************

Goldstone: Saksi di Gaza diancam jika menyalur maklumat.

Khamis, 02/07/2009 – Ketua Jawatankuasa Penyelidik PPB, Richard Goldstone, menyatakan ramai yang ingin ke depan dalam menyalurkan maklumat berkenaan keganasan Zionis-Israel di Gaza tetapi terpaksa mengundur di saat akhir kerana bimbang keselamatan mereka akan diancam. Goldstone amat terkesan dengan kes-kes keganasan yang diceritakan secara mendalam.

Delegasi yang diketuai Goldstone itu mendengar rintihan daripada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan seluruh mereka yang menyaksikan kehancuran Gaza.


source: palestinkini

No comments: