Saturday, July 4, 2009

Saifullah

Perang Uhud dan Perang Muktah
adalah dua keadaan yang berbeza
sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid.

Dalam perang Uhud,
beliau adalah panglima Quraisy
yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam..

tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru..

Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam,
ini membuktikan bahawa beliau memang
layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah

'Pedang Allah'


gambar hiasan


Semasa belum memeluk Islam,
beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang
kerana strategi perangnya
di mana umat Islam telah mendapat pengajaran
yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.


Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H
bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As.

Setelah itu, beliau adalah pahlawan
yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.


PERANG MUKTAH


Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya
telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom.

Dalam pertempuran tersebut,
tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat
dan nyaris-nyaris menerima kekalahan.

Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah
yang kemudiannya gugur syahid,
diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib.

Beliau turut syahid,
maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah
yang juga gugur sebagai syuhada'.

Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam
dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid.

Atas persetujuan ramai,
maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang
dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah
kerana sudah terlalu ramai yang syahid
dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar,

Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat
kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"


Beliau juga ditugaskan untuk membunuh

Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi

dan mempunyai ramai pengikutnya.

Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah),

ramai tentera Islam yang terkorban.


Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati

yang pakar dalam strategi peperangan

telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya

dengan ucapannya yang penuh karisma.


Beliau berteriak kepada tenteranya

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"



PERANG YARMUK


Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom,

beliau telah berjumpa dengan panglima musuh

yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam.

Mahan telah berkata

"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air

kerana terpaksa dan kelaparan.

Jika kamu semua setuju,

aku akan berikan setiap seorang tentera

10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan

dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".


Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab

"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan.

Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah

dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi,

sebab itulah kami ke mari"


Setelah itu,

Khalid Al-Walid selaku komandan perang

berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir

"Allahu Akbar"

"Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga".

Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat.

Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.


Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata

"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid,

adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW,

kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"


Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a

"Ya ! Katakan kepadanya

"Wahai Rasulullah SAW !

Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar".

Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.


Dalam suasana perang tersebut

Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi

yang bernama George (Gergorius Theodorus) lalu terjadilah dialog antara keduanya.


George bertanya

"Wahai Khalid,

hendaklah kamu berkata benar

kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong.

Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan

kepada Nabimu sebilah pedang dari langit

lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"


Khalid b Al-Walid menjawab

"Tidak"


George bertanya lagi

"Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"


Khalid b Al-Walid berkata

"Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami

seorang Rasul dari bangsa kami,

tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya.

Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya

tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam.

Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.

Rasulullah terus menyatakan

"Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"


George bertanya lagi

"Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"


Khalid b Al-Walid menjelaskan

"Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"


George seterusnya berkata

"Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu,

adakah dia akan mendapat ganjaran ?"


Khalid b Al-Walid menjawab

"Ya, itulah yang lebih utama"


George berkata

"Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"


Khalid b Al-Walid menjawab

"Kamu hidup bersama Rasul

lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya.

Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, l

alu kami memeluk Islam dengan mudah.

Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya,

kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan,

maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"


Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid,

belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat.

Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk.

dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.


Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid

dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera.

Mereka yang cedera parah,

apabila seorang diberikan air,

lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan.


Lalu diberikan kepada rakannya,

tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, l

ebih mementingkan rakan yang lain..

begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air

berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya.


Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! I


ni membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara

seperti kasih kepada diri sendiri

memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.


*************************************************************************************

antara nasyid favourite..

Saifullah

Ketika gurun rindu kebenaran
Sesat dan noda
Kezaliman punca kuasa dilestarikan

Gurun ketar menunggu kelahiran
Seorang insan
Belum tahu hati budi
Diuji makam diri

Engkau tak mampu melawan takdir
Telah pun tertulis di alam kekal
Kau tak meminta atau ditanya
Memusuhi iman atau sebaliknya

Saifullahul maslul dan cahaya
Menghapuskan kejahilan
Saifullahul maslul panji-panji
dan musyrikin berserakan

Engkau tinggalkan kekayaan dunia
Kerana cinta pada Allah pada rasul pada muslimin
Kau digelar pedang Allah yang terhunus
Impikan syahid itu bukan keputusanmu

Menghapuskan kejahilan
Dan musyrikin berserakan

Saifullahul maslul menyentuhmu
Mencalarkan mereka tak mampu
Saifullahul maslul rindu syahid
Namun kau pergi dalam perbaringan

-Brothers-

*************************************************************************************

p/s: Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid"

p/s2: Antara kata-kata Khalid Al-Walid yang menggerunkan pihak musuh " .. kami lebih sukakan kematian sebagaimana kamu sukakan kehidupan"

p/s3: Khalid Al-Walid merupakan tokoh kegemaran saya selain dari Sultan Mehmed Al-Fatih :)

Sumber: http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/Khalid.htm
http://ihmaza.blogspot.com/2007/08/khalid-al-walid.html

16 comments:

dr.illy said...

salam..

kalau duha nk buh nama anak mehmed al-fateh,hawa nak buh khalid al-walid lah..hahaha
nnti kecik2 ajar die maen pedang...ngeee~

walaupun kite tak mampu untuk lahirkan seorang khalid al-walid yg baru tapi harapnye semangat khalid al-walid tetap lahir dalam diri anak2 kita nnti(merancang masa depan nih..hehe)

p/s:cepat kawen!lalalala~

duha said...

Dr Illy- wlkmslm..eh, mane leh..ni anak yg nombor 2..haha.. (Hawa..ni sepatutnya rahsia la..takleh dipublikasikan~ )

erm..yup..iA kita akan lahirkan anak2 yg bersifat pejuang..

"walaupun telah syahidnya seorang pejuang dahulu,akan bangkit 10 lagi yang menggantikannya.."

amiin~

p/s:hawa dulu lah..duha sabar :D

Anonymous said...

erk..khalid al-walid tue 'bf' sye...sori k hawe n duha..

cactus biru said...

assalamualaikum..

erm,xberapa lama aritu pernah dgr cerita khalid al walid dgn george ni dr seorg sahabat.
alhmdulillah, kat sini lagi jelas.thx ya!

saya tertanye2(maybe out of topic)
andai kita hidup di zmn Rasulullah, golongn cmne lah kita kan, adakah golongn yg benar2 mengikuti ajaran rasulullah ataupon golongan munafik yg cuma takut dirinya akn diperangi sekiranya tidak mengikut ajaran islam, lantas berpura2 beriman kpd Allah..
nauzubillah..

hati Allah yg pegang kan..erm..
berdoalah supaya hati ini sentiasa teguh pd jalanNya..

p/s: haish, kamOo berdua ini mcm xsabo je. jemput saya taw!! =)

dr.illy said...

duha...orite2!rahsia k...shhh....
tapi sy tetap nk bgtaw
utk anak ke2 sy nak buh name anak saya Mikhail..
harap2 tak sama ngan sape2 la...*wink*

cactus...duha kawen dulu sebab dia lagi tua dari hawa.lagipon miss susi ada pesan,jangan langkah bendul..ahaha

duha said...

Anonymous-BF? best friend? like I care..lalla~

cactus-waalaikumussalam..Alhamdulillah.. :)
erm..duha pernah terfikir jugak.."kenapalah saya tak dilahirkan di zaman rasulullah..pasti kita akan lebih kuat beriman kerana boleh melihat Rasul dan consult direct pada baginda kalau ada masalah hati dan ibadah ni.."

tapi..betul tu..hati ni Allah yang pegang..kita harus bersyukur dilahirkan di zaman ini..dalam keadaan seorang muslim..kerana belum tentu jika kita dilahirkan di zaman penurunan wahyu, kita akan menjadi pengikut setia baginda kerana ramai saja yang menentang perjuangan Rasulullah SAW kan? nauzubillah..

dan ingat..mereka yang beriman tanpa melihat nabi SAW dengan iman yang sebetulnya insyaAllah mempunyai pahala yg lebih besar..insyaAllah~

p/s: no comment..hawa start dlu..saya bg greenlight je kat die..hehe

Dr Illy-haha..ngamok lah miss Sus* nanti..ameklaa anak petame n kdua mikhail n mikael..(haha lebyh kurg) jgn amek sy pnye je..I x kacau U kalau U tak kacau I :p

p/s:bukan ke besday kita lbeyh kurg je..kita boleh smbut sama2 14nov nanti..jadi kite kire sama2 muda laa (xnk ngaku sy lbeyh tua 2 hr) huhu~ miss susi mmg slalu pesan jgn lgkah bndul..sebab die lhir bln 1..kita mmg takleh lawan die..tape2..saya bagi greenlight je hawa ooi~

syuhadah said...

salam..
sye suke dnga kisah perng2 nie..kalo hero di hati cik dudu khalid al-walid,hero di hati sye salahudin al-ayubi..pahlawan berjya menwan smula Baitul Maqdis..hehe..

p/s= knape tibe2 kuar nme Mikhail nie???xnk kwn hawa n dudu..kejam2x. mikhail sye pnye..bgus la adik2 nie..tnggu akk leps dlu eh..muahahah

3rdmarch said...

salam~

khalid al walid ngan geroge(Gergorius Theodorus) ek?
hambe igt ngan hercules..
bkn hercules ek?

maaf la kpd sahabat y hambe silap cerita 2..silap nama je..aish..tp silap gok..sorry byk2 ye..

Anonymous said...

Satu cerita yang menarik. Teruskan usaha anda dalam menulis kisah sejarah Islam. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya.Kalau rajin tolong cerita pasal Salahuddin al-Ayyubi pula:)

duha said...

miss susi-waalaikumussalam..

erm..bgus laa ske dgar cite perang2 nih..mmg menaikkan smgt :) iA smg jihad kte demi islam tggi..

heh..hawa mmg ske dengki org..saje sbut nama tuh :p

p/s:ceh!

duha said...

3rdmarch-waalaikumussalam..

erm..ada dua perang disebut kat atas tu..perang yarmuk dan perang muktah..

kalau yang dengan raja hercules tu, perang muktah..perang pertama tentera islam dengan tentera rom (tahun 587M)
(boleh check di http://www.scribd.com/doc/2574301/Sirah-Nabawiyah-Dr-Mustafa-as-Sibaie ,mukasurat 60)

manakala gregorius theodorus masuk islam tu perang yarmuk (tahun 636M)

duha said...

Anonymous-jzkk :) erm..insyaAllah kalau ada kesempatan mungkin boleh kongsi ttg Salahuddin pula..

mungkin boleh mintak cik susi di atas ceritakan..sebab dia suka Salahuddin Al-Ayubi :D

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe software canada, [url=http://firgonbares.net/]autocad trial version[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] free softwares downloads best office software
academic software price [url=http://firgonbares.net/]autocad lisp[/url] discount software final
[url=http://firgonbares.net/]made to order software[/url] coreldraw free trial
[url=http://firgonbares.net/]academic discount on software[/url] software stores uk
purchase discount software [url=http://firgonbares.net/]kaspersky internet security 2009 activation code[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discount software final, [url=http://sunkomutors.net/]autocad standard toolbar[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] buy windows mobile software buy photoshop online
how to convert text to lines in autocad [url=http://sunkomutors.net/]software online shop[/url] buy office software
[url=http://sunkomutors.net/]buy android software[/url] winzip 12 key
[url=http://sunkomutors.net/]dwvwlop filemaker pro accounting[/url] buy microsoft publisher software
lowest price store software [url=http://sunkomutors.net/]kaspersky internet security 2009 wrong application na[/b]

Anonymous said...

[url=http://vonmertoes.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]convert images acdsee, [url=http://hopresovees.net/]downloadable educational software[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] coreldraw 8 templates selling a software
adobe photoshop cs3 on demand [url=http://hopresovees.net/]kaspersky anti virus download[/url] kaspersky anit virus software problems
[url=http://hopresovees.net/]2009 cheap software[/url] software stores houston
[url=http://bariossetos.net/]office 2007 enterprise will not install[/url] buy software in canada
software shop co [url=http://hopresovees.net/]old macromedia software[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]free downloads of softwares, [url=http://murudobaros.net/]coreldraw + shadows[/url]
[url=http://murudobaros.net/]good software to buy[/url] best academic software linux software price
discount on software [url=http://murudobaros.net/]kaspersky trial[/url] used filemaker pro
[url=http://murudobaros.net/]adobe creative suite 4 design premium torrent[/url] cheap microsoft office word
[url=http://murudobaros.net/]software for retail shop[/url] buy copied software
online software sale [url=http://murudobaros.net/]restaurant order software[/b]