Wednesday, December 29, 2010

marah dan sabar

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..



syukur dan segala puji hanya bagiNya
dimana dengan izin dan rahmatnya,
diri ini masih berada dalam kenikmatan terbesar
iaitu iman dan islam..
insyaAllah~

tak tahu kenapa,
saya tertarik untuk menulis tentang sabar..

sabar bukan perkara mudah..
mungkin kesan bagi tidak bersabar lebih buruk,
namun ketika sesuatu menimpa kita,
lebih ramai yang memilih untuk marah berbanding bersabar..

bila kita diprovoke,
bukankah hati kita pasti membara,
sangat ingin membalas
apa yang dikatakan oleh si dia..

kita rasa dengan membalas kata-katanya,
kita akan menang..
dapat menunjukkan kehebatan kita dalam berkata-kata
dan menunjukkan siapa yang lebih mengetahui..




dengan berdiam diri,
kita merasakan pastikita ditertawakan orang lain,
merasa kalah dan lemah..

sedangkan keadaan tidak sentiasa begitu!

ada masa kita diperlukan untuk diam
dan itu akan menunjukkan kita lebih hebat dan kuat
kita mampu mengawal nafsu amarah
yang bukan semua manusia mampumelakukannya..

bila agama dipertaruhkan,
ya kita harus bersuara untuk menjernihkan keadaan,
tapi bukan dengan niat ingin menang..

begitu juga ketika berdepan dengan manusia
yang tidak ingin kalah dalam berdebat,
kita seharusnya mengambil langkah bijak
untuk tidak memperpanjang perdebatan itu,
dan mengawal diri untuk tidak marah!

walau sekecil mana hal itu,
jka kita tak mampu mengawal diri,
kita yang akan rugi pada akhirnya

dalam pemerhatian saya,
ramai yang benar-benar bagus dalam hal agama,
namun kurang sifat penyabarnya,
lalu itu akan mencacatkan peribadinya..

berkata tanpa berfikir membawa padah!

sungguh,
saya bukanlah seorang yang sangat penyabar,
dan masih lagi mencari cara terbaik dan belajar untuk menjadi penyabar..
namun saya sendiri tidak suka melihat orang yang tidak bersabar
cepat melompat dan meluahkan kata-lata tidak sepatutnya!

dicucuk sedikit,
melatahnya bukan main..

mungkin kerana sifat buruk ini terlalu common,
maka rasulullah pernah menasihati sahabat,
agar mengawal perasaan marah..

"jangan marah!"


diulang sebanyak tiga kali
sebagai peringatan bahawa pentingnya menjaga kemarahan
dan bahawa ianya tidak mudah!

lalu sama-samalah cuba mengawal kemarahan kita,
ingat syaitan di sebelah menunggu masa untuk mentertawakan kita..
jangan bagi ia peluang

'audzubillah mina asy-syaitan ar-rajim~

p/s: salah satu cara saya tak marah adalah dengan senyum ketika rasa tension, konfem takleh marah nnt..a tips for those yang really nkbuang sifat pemarah :)

p/s2: sabar itu hanya bagi mereka yang luar biasa..dan hanya mereka yang luar biasa ada dalam syurgaNya..yuk berusaha!

p/s3: cuti hampir habis, pelajaran masih belum ditelaah! aduhai duha..

p/s4: oh malaysia, selamat tinggal..sabtu bakal menjelang '-___-

p/s5: tahniah malaysia atas kejohanan kita! esp kepada goal keeper yg hebat :)

p/s6: tolong kurangkan addiction kepada FB ye bagi sesiapa yang merasakan dirinya addicted..dah dua tiga hari baca paper (utusan) asik ckp ttg bahaya FB~ memang ada betulnya..alam maya yang merosakkan generasi baru~ wallahu'alam

Saturday, December 18, 2010

perjalanan kita



"perumpamaan kita dalam perjalanan bahtera ini
bersama ombak yang mengepung di pelbagai penjuru
adalah seperti dakwah kita..
bahtera yang menembus pelbagai gelombang
seperti dakwah yang harus melalui pelbagai rintangan.
kadang bahtera kita teroleng ke kanan
dan kadang ke kiri dengan hebatnya..
hingga kita yang di dalamnya merasa khawatir dan gelisah..


lalu kita turunkan layar
dan menggantinya dengan pendayung..
untuk itu,
kesulitan dan perjuangan yangg harus dihadapi
bertambah banyak..
dan mungkin menyebabkan kita terlambat beberapa waktu
untuk sampai ke tujuan asal kita..

namun hal itu lebih baik daripada berhenti
dan tidak pernah sampai!

terkadang,
sebuah kapal besar berhenti total
kerana angin dan badai yangg menghadang..
saat itu,
awak-awak kapal keluar menuju ke pantai
sambil mengikat tali pada tubuhnya
dan hujung tali diikatkan pada kapal..
mereka bersama-sama menarik kapal itu sementara berjalan menyusuri pantai..

cara ini tentunya lebih sulit dan memeras tenaga
berbanding cara sebelumnya..
tetapi cara ini cara darurat untuk mencapai tujuan
walaupun menjadi lebih lambat dalam mencapai tujuan tersebut..
hanya dengan cara itulah
yang memungkinkan mereka mencapai tujuan..

untuk itu perlunya ada kearifan,
kesabaran
dan tidak menggunakan pelbagai alat yang tidak patut,
yang terkadang justru menggagalkan perjalanan

-Asy-syahid Hassan Al-Banna-

dinukilkan oleh Abas As-sisi
ketika bersama Asy-syahid di atas kapal layar,
dalam perjalanan pulang dari kota Rasyid..



p/s: diambil dari buku retorika haraki

p/s2: tadi ada junior meminta nasihat tentang strategi terbaik ketika belajar..erm..saya bukanlah orang yang layak memeberi nasihat ttg itu, kerana cara belajar saya memang tak patut diikuti..namun kerana ingin yang terbaik buatnya, saya cuba memberi saranan dan advice terbaik yang saya mampu..semangat sungguh menasihati beliau..tapi, bukankah salah jika kita mengatakan apa yang tidak kita lakukan? '-__- salahkah saya?

p/s3: ya Allah, janganlah Kau titipkan hati ini pada yang lain, kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik2 penjaga!

Sunday, December 12, 2010

sedar tak kita?

bayangkan...

pada suatu hari yang cukup indah,
kita sedang duduk berhalaqah
bersama rakan-rakan seperjuangan
membincangkan pelbagai hal..
mengingatiNya
menyebut-nyebut asma'Nya
dan mengagungkanNya..

tenang tak?
lagi-lagi usrah tersebut
dilakukan di perkarangan masjid..
bertambah-tambahlah perasaan tenang dalam hati..

tiba-tiba,
dalam ketenangan itu..
datang beberapa orang manusia
yang tak beradab..

melakukan maksiat di hadapan anda
pada saat anda sedang berzikir
mereka tanpa segan silu bermaksiat!

apa yang akan anda lakukan?
mungkin akan terlintas dalam hati
pelbagai kata-kata..

"haih, kuang ajo btul..ni rumah Allah kot (merefer pada masjid yang sedang kita tempati)!"

"rasa nak jerit je, x hormat langsung! tak nampak ke orang tengah berusrah (berzikir etc)?"

atau hanya memandang rakan-rakan lain
sambil menggelengkan kepala
seterusnya menzahirkan rasa tidak puas hati sesama rakan
atau menyembunyikan dalam hati dengan kejian dan cacian yang personal..


sekarang,
kita putarkan keadaan..

ketika semua binatang dan tumbuh-tumbuhan
terus menerus berzikir..
mengingati dan mengagungkanNya..


kita para manusia pula
tanpa segan silu
melakukan maksiat dihapan mereka..

berjalan dengan bongkak
menelan makanan dan minuman yang diharamkan
melakukan kejahatan pada manusia lain

dan perbuatan itu mungkin hanya disaksikan seekor lalat..
namun ia terus menerus sedang berzikir padaNya..
tidak malukan?

mungkin pokok-pokok itu sedang berkata
"tak malu betul..ni bumi Allah kot!"

mungkin si kucing pula berbisik antara satu sama lain
"dulu waktu Allah bagi amanat kat gunung,
punyalaa gunung taknak and takut sampai boleh berkecai nak terima Al-quran..
tapi manusia yang dah accept amanat tu, macam ni pulak perangai..
baik si gunung yang terus-menerus ingat Allah tu yang jd khalifah"

apatah lagi perasaan para Malaikat yang tidak pernah mengingkari Allah taala?
pasti mereka lebih jijik melihat manusia
yang tidak henti melakukan dosa
walaupun telah sering diperingati dengan tanda-tanda kekuasaanNya..

dan pelbagai lagi kejian dan makian buat manusia
yang tidak tahu malu bermaksiat kepadaNya

sedangkan tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah padaNya (51:56)
dan menjadi penjaga dan pengatur (khalifah) di muka bumi ini (2:30)

fikir-fikirkan..

jangan cari gaduh dengan makhluk tuhan yang lain,
mereka semua sedang berzikir mengingatNya..
hormatilah
dan laksanakan tugasmu sebagai khalifah!


p/s: mungkin gunung merapi kat jogja tu dah tak tahan dengan manusia di bumi Allah ni, lalu meminta izinNya untuk meletup sebagai warning..mungkin saja..

Friday, December 10, 2010

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

bismillah,

ini mungkin kes yg dah lama,
tapi rasanya artikel ni menarik untuk dikongsi..
moga ada manfaatnya :)

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

anekdot

Penghasilan buku ini telah lama dinantikan.Alhamdulillah,berjaya juga dipasarkan.


Untuk julung kalinya,kami dari pihak IMAN dengan ini mempersembahkan sebuah karya sulung,hasil penulisan dan sentuhan puisi indah dari 8 mahasiswa Malaysia di Indonesia,Anekdot..Catatan Kehidupan..


Menghimpunkan kisah-kisah pengalaman dari 6 penulis yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri yang ingin dikongsi buat semua.




Bermula dari kehidupan Waktu Kecil yang penuh warna warni kepada Alam Remaja yang sudah semestinya lebih mencabar.Seterusnya,kembara diteruskan dengan Kenal Cinta yang kupasanya cukup ringkas dan menarik.Mengalami fasa perubahan dalam hidup memberi kesedaran tentang pentingnya dakwah dan disaji dengan Ujian dakwah.Memasang impian dengan Secebis harapan untuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Diselitkan bersama PUISI-PUISI yang disusun indah buat tatapan pembaca bagi mengaitkan setiap fasa-fasa dalam kehidupan.


Jadi,apa tunggu lagi?Dapatkan segera Anekdot..Catatan Kehidupan dengan harga yang berpatutan.


Anda boleh dapatkan buku ini dengan harga yang cukup murah : Rp 20,000.Sebarang tempahan boleh dibuat melalui wakil-wakil seperti di bawah..


contact person:

FK10 : Mustaqim Twp10 :Syera

FK09 : Mahirah Twp09:Fatin Ayuni

FK08 : Syafiqah Twpo8:Firdhaus

FK07 : Nadia Izzati Pharmacy: Rawi

KOAss n ITB : Zulhazwan FKG : Faiz


p/s: iklan ini dicuri dr blog cik susi

Wednesday, December 8, 2010

awasi seruan kita..

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

cuma ingin berkongsi tentang sebuah hadis
yang dijumpai dalam buku 'afataun 'ala ath-thariq
karangan Dr. Sayyid Muhammad Nuh..

tidak pasti mengapa,
tapi rasanya hadis ini memberi kesan yang mendalam
ketika saya membacanya..
jadi sukacitanya mahu yang lain turut merasa..


dari usamah bin Zaid r.a
Nabi s.a.w bersabda

"pada hari kiamat nanti,
seseorang akan didatangkan
lalu dilemparkan ke dalam api neraka,
maka ususnya berhamburan keluar
dan ia terus berputar-putar
seperti berputarnya keldai yang mengelilingi penggilingannya.
lalu para penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya,
'hai fulan, apa yang terjadi padamu?
bukankah kamu dulu memerintahkan kami berbuat kebaikan
dan melarang kami berbuat kemungkaran?'
ia menjawab
'aku memerintahkanmu berbuat kebaikan,
tapi aku sendiri tidak melakukannya,
aku melarangmu berbuat kemungkaran,
tetapi aku sendiri melakukannya'. "
[HR bukhari]


sedar tak sedar,
setiap hari kita pasti menuturkan kata-kata..
tidak kiralah sesepele (tidak penting) mana,
namun banyak nasihat mungkin telah disampaikan,
tapi adakah kita sendiri telah berusaha mengaplikasikan?
atau sekadar pemanis mulut
ketika ada yang datang minta dinasihati
atau yang kita rasakan perlu dinasihati?

"solat diawal waktu adalah amalan yang sangat Allah cintai,
jadi kita kena solat awal ye, tu bukti kita cinta Allah
dan menjaga displin"

contoh kata-kata common dalam usrah,
tapi selepas selesai,
adakah yang menyampaikan
masih berpegang pada kata-kata tersebut?
atau ia sekadar peringatan rutin
yang HARUS ada dalam sesi usrah?

banyak perbuatan dosa manusia
yang kita keji dan komentari,

"perempuan ni fitnah terbesar bagi lelaki,
sebab tu islam suruh jaga pergaulan,
jangan jadi macam si fulan tu,
nampak je baik,
tapi dengan perempuan langsung tak jaga!"

lancar tangan menaip kata-kata di blog peribadi,
namun yang menaip juga seorang lelaki,
dan dia sendiri mempunyai risiko besar menghadapi masalah yang sama..

dan tak mungkin dia dapat menjaga dirinya
tanpa memelihara hubungan yang kuat dengan Sang Pencipta..

lalu adakah kita pasti
setiap kemungkaran yang kita cegahi
benar-benar kita usahakan untuk meninggalkannya?


sama-sama kita muhasabah diri,
jangan biarkan seruan (dakwah) kita kepada orang ramai,
menjadi penghijab antara kita dan Dia..

semoga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa (berhati-hati)
dalam setiap perbuatan dan kata-kata kita kelak..

wallahua'lam~


p/s: bukan untuk menakut2kan agar kita tak bagi nasihat dah kat sape2 lepasni..tapi sebagai peringatan agar kita berjaga-jaga..jadikan sebagai titik tolak untuk menjadi penyampai yang lebih baik selepas ini iA..segala salah dan silap sama2 kita tegur dan perbaiki..

p/s2: rindunya ulfah dan runi, mahu pulang dan berjumpa!

Tuesday, December 7, 2010

jangan mudah merajuk!

dulu saya seorang yang sangat cepat merajuk..

tanyalah ummi, abah, mak tok dan lain-lain..

saya sangat kuat protes..
lagi-lagi bila kemahuan saya tak dituruti..

bila abah dan ummi tegur,
pasti mulut memuncung,
merajuk berpanjangan
mengharap dipujuk sentiasa..
walaupun kesalahan itu jelas berada dipihak saya..

tapi, sekarang kan dah besar..
takkan masih mahu menyimpan perangai buruk itu?

lagi-lagi bila saya sedar akan tugas saya..
tugas untuk terus berlatih dan berusaha
menjadi seorang da'ie..

saya semakin sedar,
merajuk itu bukan satu kosa kata yang patut disimpan
dalam kamus peribadi saya..
kerana sifat merajuk hanya merugikan si empunya badan!

cuba amati kisah-kisah di bawah,
mungkin realiti,
mungkin hanya rekaan semata-mata..
namun harapnya terdapat pengajaran disebalik setiap satunya..

*****************************************************
kisah A

"nape kau tak ajak aku pegi program semalam?"


"eh, aku lupa,sorilah..tapi esok ada talk anjuran derang jugak..jomlah..tajuk dia best!"


"tak nak ah"
(siapa suruh tak ajak aku semalam <-- monolog dalaman) merajuk.. lalu rugi sendirian mempertahankan egonya..


bukankah lebih baik sekiranya dia menjawab:

"owh, yeke..Alhamdulillah still sempat nk join,
haa..sebagai denda sebab lupa ajak aku semalam,
kau kena cerita semua kat aku sambil belanja aku makan!"



kisah B

dari jauh, kelihatan beberapa orang pelajar
sedang duduk santai membentuk halaqah..


monolog seseorang yang sedang memerhati:

"derang ni suka wat sharing tak ajak,
malas la nak pegi sana..duk jauh2 je laa"


merajuk..
lalu pergi join orang yang sedang bergossip di tempat lain (sebagai tanda rebel)

kan bagus sekiranya
dia pergi meng
approach kelompok tersebut
"boleh join? macam best je"


buat muka tebal demi agama, apa salahnya kan?



kisah C

ketua organisasi:
" saya rasa awak patut ubah perangai awak tu,
untuk kebaikan awak dan islam sendiri..kalau awak perlu bantuan,
kasi tau je, insyaAllah saya boleh tolong"


anak buah:
"erm..takpelah..saya dan memang macam ni,
kalau awak takleh terima perangai saya ni,
saya keluar jelah..bye"


ketua organisasi:
"erkkk..... T-T "


lalu keluarlah anak buah itu dari organisasi yang dirasakan
mengongkong,
tak mensupport
dan sering memanaskan telinganya..
pergi merajuk membawa diri..


alangkah baiknya
jika dia menjadikan teguran itu sebagai motivasi,
agar dia bisa menadi lebih baik..
dan mejadikan organisasinya sebagai tempat memperbaiki diri
seiringan dengan rakan-rakan yang lain..

bila lagi mahu memperbaiki diri?


*********************************************************



hai para da'ie,
ingatlah islam tidak memerlukanmu..
namun kamu yang memerlukannya..

lalu buanglah rajukanmu itu,
tugasan kita melebihi masa yang ada..

andai kau terus merajuk,
islam itu terus akan bergerak,
dibawa oleh mereka yang mencintai dan dicintai Allah..
andai kau simpan terus rajukmu itu,
maka tertinggallah engkau dikalangan mereka yang rugi..


islam tidak akan rugi kerana rajukmu..
bukankah masih ramai yang ingin bergerak demiNya?
maka seharusnya kita menjadi sebahagian dari mereka..
lalu sambutlah seruan,
dan bantulah menguatkan gerakan itu
dengan kelebihan yang dikurniakan tuhan kepadamu

apalah nilai rajukan hati kita
dibandingkan dengan gerakan dakwah islam
yang jauh lebih mahal harganya..

moga saja kita sentiasa diberikan kekuatan
untuk terus bergerak kuat dan mantap di jalanNya~




p/s: beberapa hari yang lepas, saya sibuk mengemas bilik (tiba-tiba mood itu datang, siap mengalihkan almari baju segala)..sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 2 pagi, tiba-tiba mata terasa berat..nak baring kejap, tapi katil dipenuhi barang-barang yang belum siap dikemas..disebabkan terlalu penat, dicelah-celah barang yang banyak tu, saya mampu mencari space untuk baring, sebelum mata terlelap..saya terfikir..seserabut mana katil tu, kalau dah penat (terdesak), saya berjaya mencari space yang hampir tiada pada awalnya..lalu jika ditimpa masalah, walau seberat mana sekalipun, berfikirlah positif, bahawa pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita bersungguh mencari dicelah-celah keserabutan masalah itu! lalu mata terlelap~

Friday, November 26, 2010

wahai da'ie, runtuhkan egomu!


wahai para dai'e..

jangan kerana egomu,
manusia sekelilingmu dipandang enteng dan menjengkelkan..

jangan kerana egomu
semua muslim dilabel hipokrit..


jangan kerana egomu,
manusia semakin jauh dari fitrahnya..

jangan kerana egomu,
islam itu dipandang rendah dan menghinakan..


jangan kerana egomu,
runtuh nilai dan moral islami yang harus kita punyai..

jangan kerana egomu,
syaitan tersenyum senang meraikan kemenangan..

jangan juga kerana egomu,
neraka bakal menjadi sebuah perhentian..


ingatlah bahawa hidup di dunia ini
tidak berpaksikan pada dirimu sahaja..


wahai sekalian da'ie
kita bakal disoal tentang apa sahaja
yang telah kita lakukan,
katakan,
tinggalkan
dan diamkan..

wahai sekalian dai'e
runtuhkanlah egomu!

latih mulutmu untuk menuturkan kata maaf,
didik dirimu untuk berlapang dada dan menerima nasihat..
ringankan badanmu untuk membantu dan bekorban demi manusia lain..
rendahkan hatimu,
agar dengan demikian,
mudahlah mengalir ilmu yang tinggi nilainya
ke takungan hatimu yang sudah direndahkan..

biar hina di dunia,
tidak hina di sisiNya..




hidup bukan untuk dunia,
namun buat kebahagiaan di hujung sana..

wallahua'alam~


p/s: sekadar coretan..

p/s2: say no to ego! sama2 perbaiki diri..(nasihat ini terutamanya peringatan buat diri yang lemah ini)

Thursday, November 25, 2010

Cara Jalan VS Cari Alasan

satu perkongsian daripada email,

moga bermanfaat~



Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Nak buat cari jalan, tak nak buat cari alasan.

Seribu satu alasan bisa diberi
jika kita memang tak berminat untuk melakukan sesuatu.
Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi
jika kita nekad untuk melakukannya.

Ini bukan teori baru,
dan bukan pujangga lapuk.
Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu
dan sudah berada dalam diri kita,
namun kita sering ‘tidak sedar’ dengan apa yang kita sedang lakukan.

Untuk menentukan diri kita termasuk
dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau mencari alasan,
kita lebih tahu.

Kita boleh menipu manusia lain,
tapi kita tahu hakikatnya.
Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita.

Kesungguhan Menemukan Jalan

Jalan yang kita lalui mungkin agak samar-samar dan tidak jelas ke mana hala tujunya.

Kekadang tujuannya jelas tetapi lorongnya kabur.

Namun, kesungguhan kita dalam mencari jalan terbaik

untuk ditelusuri bakal mengundang hidayah dan petunjuk daripada Allah.

Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-’Ankabuut Ayat 69:

2969


Selalunya bukan tidak ada jalan,

tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan,

cepat berputus asa dan lebih memilih

untuk tidak meneruskan kesungguhan dan keazaman.


Dah tak ada jalan dah”,


itu ungkapan buat orang-orang yang tidak yakin akan kehebatan Allah

dalam menyinari jalan-jalan yang bakal kita lalui.

Orang yang hidupnya penuh alasan.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan kita telah menidakkan segala bentuk petunjuk daripada menerangi laluan, lantas yang berlaku adalah MEMANG TIADA JALAN LAGI bagi orang-orang ini. Mungkin kita termasuk dalam kalangan orang-orang ini.


“Pasti ada jalan terbaik”,


itu suara orang-orang optimis yang sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah

dalam mencari jalan dan memecah kebuntuan.

Dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa bisa dicapai oleh orang-orang sebegini.

Tatkala manusia ramai mengatakan tidak ada jalan,

dia akhirnya MENEMUI JALAN yang tidak disangka-sangka.


Tidak dapat tidak, hidup sentiasa menuntut kita membuat keputusan.

Keputusan kita menentukan jalan mana yang akan dilalui.

Jika kita memilih menjadi seorang Mukmin,

maka jalan-Nya harus selari dengan tuntutan terhadap seorang Mukmin.

Sekalipun kita buntu membuat pilihan terbaik,

jangan pernah berputus asa untuk menonjolkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi.

Itulah yang harus kita semua tadabbur daripada ayat Surah Al-’Ankabuut Ayat 69 di atas.



Boleh sahaja Rasulullah memberikan alasan

bahawa kemungkaran terlalu meluas dan tidak sesuai untuk sebarkan dakwah

tatkala baginda diutus menjadi rasul,

atau mungkin baginda bisa memberikan alasan

bahawa baginda seorang yang ummi, tidak pandai menulis dan membaca.


Tetapi bukan itu yang keluar daripada diri baginda,

bahkan jalan yang dilalui oleh baginda jauh lebih hebat cabarannya

berbanding apa yang sedang kita rasakan ‘susah’.


Ya, memang susah rasanya nak berdakwah di tengah-tengah masyarakat Islam yang rosak,

apakah lebih susah daripada berdakwah ketika tidak ada seorang pun Islam?


Memang susah rasanya berdakwah tatkala kesempitan wang,

apakah lebih susah daripada berdakwah tatkala dipulaukan seluruh masyarakat,

diseksa dan dihalau?


Kesungguhan Baginda begitu terserlah

sehingga tidak ada satu lorong pun yang tidak dilalui untuk menyebarkan dakwah,

sehingga seluruh badannya luka-luka dilempar batu di Thaif,

sehingga lebam-lebam kaki baginda dalam beribadah.


Dan kita bagaimana?

Sudahkah kita buntu mencari jalan

tatkala masih banyak lorong-lorong yang belum kita terobosi?


Adakah kita hanya keletihan kerana tidur berdengkur sepanjang hari?

Sudahkah kita mendapat luka begitu hebat kerana menjalankan tugas dakwah?

Persoalan-persoalan ini bisa menjelaskan status kita sebagai pencari jalan atau pencari alasan.


Jika kekayaan dijadikan alasan,

Nabi Sulaiman memiliki kekayaan yang tiada tolok bandingnya.


Jika kesakitan menjadi alasan,

Nabi Ayyub teruji dengan wabak yang sugguh hebat dan menyakitkan.


Jika kekuasaan menjadi penghalang,

Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang meliputi binatang dan jin.


Jika orang tak mahu mendengar,

Nabi Nuh berdakwah sehingga orang menutup telinga dengan jari dan menutup muka dengan baju.

Nabi Ibrahim berdakwah sehingga dilemparkan ke dalam api yang marak.

Nabi isa berdakwah sehingga ingin disalib.

Hassan Al-Banna berdakwah sehinnga dibunuh.


Kita, tidak dapat berdakwah kerana terlalu aman?

Adakah lagi yang bisa kita jadikan alasan?


Kalau nak buat, carilah 1001 jalan.

Kalau taknak buat, silakan carilah 1001 alasan.


Ingat, setiap apa yang kita buat akan dipersoalkan.

Wallahua’lam.


p/s: BY ZULYUNUS ON 7TH AUGUST 2009

Tuesday, November 16, 2010

rawatlah hati kita~

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..



"orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?"
tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya.

salah seorang adik usrahnya tertunduk diam..
malu..
tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian
yang agak ketat,
menampakkan bentuk tubuhnya..

dia sedar akan kesalahannya,
dan walaupun dia masih belum berubah,
namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan
yang sanggup menegur kesalahan itu..

kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain..

seorang naqibah lain pula,
lengkap menutup aurat,
berhand socks,
stokin,
sedap di pandang mata..

ketika usrah sedang berjalan,
dia menarik hand socksnya sedikit kedepan..
terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya..
"aku wanita yang baik,
tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku"
bisik si syaitan yang durjana..

usrah tetap berjalan seperti biasa..
tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah,
tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan..

dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya..

walaupun dia juga melakukan dosa..

namun kesalahannya tersembunyi,
tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

kalau si adik usrah,
dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat
dan menyayanginya..

tapi si akak naqibah,
berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya
yang tiada nilai di sisi Allah taala..

naudzubillah..

itulah bahayanya riya' dan ujub..
melakukan sesuatu bukan keranaNya,
tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri..

penyakit hati sangat bahaya..
kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan,
mampu menyebabkan terdetik rasa
'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer,
menimbulkan rasa
'akulah yang paling hebat dan pandai'

sering bangun paling awal dipagi hari,
menyebabkan rasa
'akulah yang paling baik antara yang lain'

dan banyak lagi..

syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus..
tanpa kita sedari,
ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita..

maka waspadalah..
seringlah menjaga hati daripenyakit-penyakit
yang mampu membancruptkan kantong pahala kita..

ingatlah kata-kata Allah taala

"katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya"
[Al-Kahfi: 103-104]

moga kita tidak tergolong dalam
mereka yang sia-sia amalannya..


wallahu'alam


p/s: bantu diri danbantu rakan agar kita semua bertambah tawadhu' dan hanya beramal dengan perasaan takut dan berharap padaNya~

p/s2: update berita ttg palestin..

Pesawat israel bunuh 2 beradik di hari raya.

GAZA CITY 18 Nov. - Tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan udara dan membunuh dua beradik di Gaza City ketika umat Islam Palestin sedang menyambut Hari Raya Korban semalam, kata sumber perubatan dan jurugambar AFP.

“Mohammed Yassin terbunuh manakala adiknya, Islam yang parah mati tidak lama kemudian, apabila tentera rejim penjajah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta di Samer dalam kawasan Gaza City,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya kepada AFP yang melihat mangsa di hospital Shifa.

Para saksi memberitahu, mereka nampak pesawat perang rejim penjajah Israel menembak ke arah sebuah kereta putih di mana kedua beradik itu berada, di pusat bandar berkenaan.

Minggu lalu di kawasan yang sama, pesawat perang rejim penjajah itu telah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta dan membunuh pejuang kanan tentera Islam, Mohammed Al-Nemnem.

source: utusan malaysia

ya Allah bantulah islam dan kaum muslimin di palestin!

perbaiki diri dahulu

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Chatting atau berbual di Internet merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan Islam di negara ini.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, ini kerana chatting biasanya disusuli dengan pertemuan yang jika diketahui oleh suami atau isteri boleh menyebabkan perceraian.

"Chatting didapati tiada landasan moral atau etika kerana mereka yang terlibat menganggap tiada sesiapa mengetahuinya.

"Kadang kala isteri chatting dengan orang lain serta disusuli pertemuan di luar rumah dan sekiranya diketahui oleh suami akan menyebabkan perceraian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nakhaie mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha bahawa perkahwinan dalam tempoh 10 tahun terdedah kepada keruntuhan rumah tangga.

Beliau menambah, golongan isteri juga terlalu sensitif terhadap poligami sehingga sanggup meminta cerai sekiranya mengetahui suami mempunyai hubungan sulit dengan kakitangan wanita sepejabat.

Katanya, pergaulan bebas dan perbuatan sumbang suami dengan kakitangan wanita di pejabat jika diketahui oleh isteri juga akan menyumbang kepada perceraian.

Dalam pada itu, katanya, tiada peraturan khusus boleh menyekat perhubungan antara kakitangan wanita dan lelaki melainkan dengan keimanan, pegangan agama dan tatasusila.

Beliau menasihatkan pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga supaya mempunyai pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga dan bukan bergantung kepada ibu bapa.

Peguam syarie, Ikbal Salam pula berpendapat, faktor lazim perceraian ialah masalah ekonomi, kurang pengetahuan agama dan tidak setaraf (sekufu) antara pasangan.

Bagaimanapun, katanya, tanggapan serong kepada suami yang ingin berpoligami juga antara punca perceraian.

"Sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah saya mendapati banyak kes isteri memberontak kerana enggan menerima suami yang ingin berpoligami.

"Isteri pertama berasa tergugat dan akan memberi kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika berhasrat untuk berkahwin lain," katanya.

Ikbal memberitahu, dalam keadaan tersebut kebahagiaan pasangan berkenaan akan mula berkurangan dan seterusnya menuju kepada perceraian setelah suami berasakan isteri menyekatnya daripada berpoligami.

Walaupun isteri menentang suaminya berpoligami, katanya, dalam beberapa kes tertentu perkahwinan kali kedua dan seterusnya tetap dilakukan di luar negara.

Koordinator Program Pengajian Gender Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Shanthi Thambiah pula berkata, beberapa ratus tahun lalu suami isteri Melayu bertani, menjaga anak-anak dan melakukan kerja rumah bersama yang menyumbang kepada hubungan yang erat antara mereka.

"Hari ini amalan itu berkurangan sebaliknya pasangan kurang menghormati antara satu sama lain, enggan berkongsi tanggungjawab seperti menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah bersama," katanya.

Jelasnya, keadaan itu jauh berbeza di Eropah dengan trend penurunan kadar perceraian berikutan sikap saling menghormati antara suami isteri serta semangat sebagai 'rakan kongsi' yang kukuh menghadapi kehidupan berkeluarga.

Katanya, masyarakat di Eropah mula menghargai nilai-nilai hidup berkeluarga, perkahwinan, perkongsian hidup serta anak-anak.


*********************************************************************

komen:

1. "tiada peraturan khusus boleh menyekat perhubungan antara kakitangan wanita dan lelaki melainkan dengan keimanan, pegangan agama dan tatasusila"

mungkin kita tak mampu menyekat, tapi ada usaha yg boleh dilakukan utk 'mengurangkan' masalah seperti ini, cthnya menetapkan peraturan pakaian yg lebih sopan utk wanita bekerja (agar takleh goda laki dan laki pun tak tergoda), menyediakan tempat yg terpisah bagi laki dan perempuan bekerja dan banyak lagi..it's not discrimination right? it's protection..isteri mana nak suami dia tgk pmpuan lain kt pejabat '-___-

behave urself n kuatkan keimanan untuk dapatkan kebahagiaan tu iA..(but i know it's not simple..huhu)

2. "tanggapan serong kepada suami yang ingin berpoligami juga antara punca perceraian"

tak dinafikan,most of woman mmg SANGAT takut bila sentuh bab poligami..and kalau suami dia tetibe jd semacam je mula lah dia rasa suami dia ada perempuan lain..well, maybe we (woman) must hv sense of trust..doa n yakin..walaupun KEBANYAKAN lelaki mmg cmtu (hehe) but not all..harapnya suami kita nnt the one that can be trusted lah..amiin~ :)

no comment bout the polygamy..thinking using our emotion will SURELY give different answers compared to our logic, knowledge and IMAN..eventhough u dont like it, u still hv to agree with the 'hikmah' prepared by Allah :)

3. "Isteri pertama berasa tergugat dan akan memberi kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika berhasrat untuk berkahwin lain"

erm..jgnlaa tergugat..ada junior yg boleh watkan kerja2 kat umah ape..haha..kidding! haih, ingat poligami senang ke?!

4. "..pasangan kurang menghormati antara satu sama lain, enggan berkongsi tanggungjawab seperti menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah bersama"

erm..mungkin kita sering terlupa, but apa2 pun,back to islam..semuanya diajarkan dalam pegangan dan cara hidup kita ini..

dalam banyak-banyak pesanan rasulullah dalam bab ni, antaranya adalah:

“Mukmin yg paling sempurna iman adlh yg paling baik akhlak dan sebaik-baik kalian adlh yg paling baik terhadap istrinya.”



“Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki yaitu istri solehah yg bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan menaatinya dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga harta dan keluarganya.”

masing2 ada tanggungjawab masing2 yang tak mudah dilakukan..so try ur bestto respect each other insyaAllah~

5. "...jauh berbeza di Eropah dengan trend penurunan kadar perceraian berikutan sikap saling menghormati antara suami isteri serta semangat sebagai 'rakan kongsi' yang kukuh menghadapi kehidupan berkeluarga. Katanya, masyarakat di Eropah mula menghargai nilai-nilai hidup berkeluarga, perkahwinan, perkongsian hidup serta anak-anak."

erm..wow~ jangan kalah ok!


p/s: bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah engkau mati kecuali dalam keadaan berserah diri kepadaNya..manusia yg bertaqwa akan sentiasa berhati-hati dalam tindak tanduknya..menjaga pergaulannya walau dianggap seremeh mana, menjaga pemakanan kerana sekecil-kecil butiran yg ditelan akan menjadi darah dagingnya, menjaga perlakuan dan tutur katanya kerana ia bakal menjadi saksi di akhirat sana..berhati-hati dalam setiap langkahnya, kerana yakin, Allah itu ada!
wallahua'lam..peringatan terutamanya buat diri sendiri!

p/s2: perbaiki diri kita dulu, lepas dah start baru kita cuba memperbaiki orang seiringan..

p/s3: selamat hari raya aidil adha buat semua..jom tengok lembu n kambing esok ^-^

Sunday, November 14, 2010

dua manusia itu

Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah,
tuhan seluruh alam

dan tiadalah tuhan yang wujud
serta layak disembah melainkan hanya Dia sahaja~

semalam,
tepat jam 11.25 malam
sebuah sms diterima..

"happy birthday.
luv u so much.
Jd anak yang soleha."
(memang soleha dieja sebegitu)

selang beberapa minit kemudian,
sms kedua masuk..

"ummi mintak maaf,
terlambat wish happy birthday..
anyway ummi memang dah bincang dengan abah
nak sambut on the 20th kat bandung.
so selamat hari lahir. ."
(dan panjang lagi, tak perlu dikongsi di sni..rahsia~)

sms pertama dari abah,
dan yang kedua obviously dari ummi..
(nampak sangat dua2 baru sama2 teringat)

dua sms yang paling saya tunggu-tunggu sepanjang hari..
walaupun jika mereka terlupa,
pasti saya tidak layak untuk marah,
kerana masih banyak perkara yang harus diingati dan didahulukan
dan juga kerana sayalah yang paling banyak
berhutang budi pada mereka..

"owh, sampai hati ummi n abah lambat wish..
dah nak 14hb dah.."

saya menekan butang send sambil tersenyum..
sengaja ingin melihat reaksi mereka berdua..

abah reply:
"xpe lambat.
Td abah jaga ulfah (cucu abah) sampai terlupa.
penat tau jaga dia.
yang penting abah masih sayang duha.
tak tido lagi?

ummi pula:
ummi, abah, abang, akak dan adik-adik semua sayang Duha.

ok, sms abah sangat comel dan sweet..
sempat mengadu sebab penat,
dan pandai mengambil hati..
terus betul-betul termakan dengan kata-kata "sayang" abah..

sms ummi pula kelakar..
mungkin ummi ingat saya betul-betul merajuk,
dan rasa tak disayangi sebab lambat wish..
heh..

sms seterusnya dibalas mengikut kesesuaian sms yang diterima..

*********************************************************

sejak kebelakangan ini,
saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan rasa kasih sayang
yang amat mendalam dalam diri saya terhadap kedua ibu bapa saya..

mugnkin kerana satu incident yang berlaku sewaktu cuti lepas,
saya menjadi sedar
betapa kedua ibu bapa saya
amat menyayangi diri ini..
dan bagi saya..
amat rugi dan sia-sialah hidup ini,
jika saya tidak berusaha untuk membahagiakan mereka..

******************************************************************

sewaktu berada di darjah 5,
saya pernah mengikuti lawatan ke sebuah sekolah tahfiz
yang saya kurang ingat dimana tempatnya..

objektif lawatan adalah untuk menanamkan
rasa mahu menghafal al-quran..
maka kami ditemukan dengan seorang ustazah
yang bergelar hafizah untuk sesi sharing..

ketika itu,
saya hanyalah seorang pelajar darjah 5
yang tidak mahu peduli pada 'bebelan' ustazah tersebut..
namun,
ada satu kata-kata yang diucapkan oleh beliau,
yang saya ingati sehingga kini

"kalau awak sayang mak dan ayah,
awak usahalah untuk menghafal al-quran"

saya hairan,
apa kaitannya menghafal Al-Quran
dengan menyayangi ibu bapa?

"tak cukupke jadi anak yang baik je? kenapa mesti hafal quran?"

ustazah meneruskan kata-kata..
"sebab mereka yang hafal AL-Quran, akan menghadiahkan mahkota kemuliaan
pada ibu bapanya di akhirat nanti"

saya sempat meragui kata-kata ustazah tersebut..

namun kini,
membahagiakan mereka berdua adalah
termasuk rencana utama dalam hidup saya..

bagi mereka yang sudah tidak berpeluang
untuk melakukan amal kebaikan pada ibu bapa mereka,
apa kata kita usaha untuk menghadiahkan mereka kemuliaan
di akhirat nanti?

kalau menerima segulung ijazah dari anaknya sahaja
sudah membuatkan kebanyakkan ibu bapa
menjadi riuh sekampung,
apa lagi jika menerima mahkota kemuliaan
dari anaknya di akhirat nnt..

wallahua'lam..


p/s: thanks CasPel! thanks 4 jalan-jalan bandung, gifts, cake and everything~
(malam ni rasa macam nak tidur dengan accessory tambahan; penutup mata, payung dan teeeeeet)

p/s2: thanks pada yang berusaha untuk menjadi orang yg terakhir wish..i appreciate that..

p/s3: thanks to ummi n abah n all my fam (except amad ngan rau) <--haha love you all!

p/s4: td bncg dgn cik susi ttg FB..kami dah tau bila masa paling sesuai (kalau ye pun nk) untuk buat akaun FB..hehe~

p/s tiba2: walaupun politik malaysia celaru, tapi kita jangan celaru dalam memilih mana yg betul dan mana yg salah..mereka yang memusuhi islam, ga akan pernah bisa jadi temenan..

p/s5: memilih untuk lebih matang mulai saat menaip ayat ini..bantu sy~

p/s6: sayangi ibu bapa anda, walau apa pun keadaan dn situasinya..merekalah manusia yg mengenali kita sejak sebelum kita lahir ke dunia..bukan kawan anda, pakwe anda, jiran anda, guru anda dsb..

Monday, November 8, 2010

cinta hakiki


Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Cinta kan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Khasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkau kan tenang diwaktu susah

Kembalilah kepada Tuhan
Diakan tetap menanti
Kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi

-Raihan-

si solehah

sebuah perkongsian..
moga bermanfaat!



Oleh: Pahrol Mohd Juoi


Masih teringat kata-katanya
sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan.
Maklumlah,
majoriti anak-anak saya lelaki.
Adakalanya bagai ketandusan idea dan
cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan




"Perlu banyak meraikan".


Begitu kata Tok Wan apabila ditanya
tentang tip mendidik anak perempuan.


"Meraikan bagaimana?"


"Raikan mereka dengan kata-kata,
belaian dan pemberian.
Itu caranya."


"Maksudnya?"


"Hargai pandangan,
kegembiraan,
kesedihan,
kejayaan
dan kegagalannya.
Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan.
Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."


"Kenapa Tok Wan?"


"Umumnya perempuan makhluk perasaan
berbanding lelaki makhluk akal.
Pendekatan meraikan lebih berkesan
bila berdepan dengan perasaan.
Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."


"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"


"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau.
Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata,


"Itu kena bayangkan...bakal isteri.
Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata!
Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?"
usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri.
Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati.
Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan,"
jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah,

"Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"


"Ketaatan",
balas saya cepat.


"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan.
Latih agar dia patuh pada perintah yang baik.
Apa lagi?"


"Malu."


"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya.
Latih dia sentiasa menjaga aurat,
tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya.
Ajar erti maruah dan harga diri.
Lagi?"


"Cantik...."


"Wah, tak lupa ya....
Latih supaya dia menjaga kecantikan,
tingkah laku,
wajah,
pakaian, tempat tinggal, bilik
dan lain-lain.
Biar dia pandai menjaga kekemasan,
kecantikan dan keindahan.
Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika.
Lagi?"

Saya diam.
Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya,
ibu anak perempuan saya.


"Kau lupa agaknya..."
usik Tok Wan.


"Tok Wan laju sangat...."


"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.
Bukan bermakna dia tidak boleh keluar,
tapi biasakan dia suka di rumah.
Rumah adalah gelanggang wanita.
Ruang itu kecil tapi besar peranannya.
Ketika suami keluar,
isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."


"Ini payah Tok Wan,
sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"


"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya,
tapi kecil peranannya.
Sedangkan di rumah
walaupun kecil gelanggangnya,
tapi amat besar peranannya.
Pernah dengar madah,
tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"


"Tadi Tok Wan kata,
kena bayangkan juga bakal ibu."


"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"


"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih.
Pengasih dengan adiknya, abang, kakak,
binatang peliharaan dan sebagainya.
Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung.
Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi.
Lagi?"


"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar..
sabar menanggung perit kehamilan,
sakit melahirkan,
menjaga sakit-demam,
ragam dan kerenah anak.
Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan,
keletihan,
kekecewaan
dan sebagainya."


"Mana lebih payah,
didik anak perempuan atau anak lelaki?"
tanya saya.

Dia senyum sinis.

Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul!
Sepatutnya soalannya begini,
ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan?
Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."


"Beza tak?"
pintas saya penuh akur.


"Tentulah,
sebab lelaki dan wanita memang berbeza.
Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama,
peranannya berbeza.
Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza
tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."


"Kata orang bela lembu 10 ekor
lebih mudah daripada seorang anak perempuan."


"Perbandingan yang tak relevan.
Manusia berbeza dengan lembu.
Kita ada hati, akal dan perasaan."


"Tapi tak ada yang kata
membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."


"Terpulang pada "gembala"nya.
Kena gaya dan caranya,
10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."


"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"


"Bila berdepan dengan anak perempuan,
bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri.
Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah?
Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu,
adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"


"Lagi Tok Wan?"


"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya,
Sang Gembala itu sendiri mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"


"Lagi Tok Wan?"


"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"


Saya terdiam.

Diam yang panjang.

Perlukah saya menyoal lagi?


********************************************************

p/s: nice one..moga kita tergolong dlm golongan anak perempuan yg solehah, kakak yang solehah, adik yang solehah, sahabat yang solehah, isteri yang solehah, ibu yang solehah dan yg paling penting hambaNya yang solehah! amiin~

Saturday, October 30, 2010

cerminan diri

sewaktu sedang berjalan2 di alam maya,
terjumpa pulak satu coretan salah seorang saudara kita
yang insyaAllah sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita..

moga bermanfaat buat semua..


(gambar hiasan)


Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yg sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh,
sesungguhnya aku belum mengenal siapa yg kulihat

Tatkala kutatap wajahnya..
hatiku bertanya,
Apakah wajah ini yg kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam

Tatkala kutatap matanya,
nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yg akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan..
Menatap Allah,
menatap Rasulullah,
menatap kekasih - kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yg terbeliak,
melotot,
menganga,
terburai menatap neraka jahanam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?

Wahai mata,
apakah gerangan yg kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulutnya,
Apakah mulut ini yg kelak akan mendesah penuh kerinduan...
mengucap Lailaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukan menjadi mulut yang menganga
dgn lidah menjulur,
dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar ?
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam..
yg getir penghangus,
penghancur setiap usus !

Apakah gerangan yg engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yg telah engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati yg remuk dgn pisau kata - katamu yg menggiris tajam ?
Berapa banyak kata - kata manis semanis madu yg palsu engkau ucapkan utk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu..


Tatkala kutatap tubuhku..
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh bercahaya..
Bersinar,
Bersukacita,
Bercengkerama di Syurga ?
Atau tubuh yang akan tercabik - cabik hancur,
mendidih di dalam lahar membara jahanam,
terpasung tanpa ampun,
derita yg tak pernah berakhir..

Wahai tubuh,
berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang - orang yg engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba - hamba Allah yang engkau tindas dgn kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan
yg engkau acuhkan tanpa peduli padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak - hak yang engkau rampas ?


Ketika kutatap hai tubuh,
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata katamu..
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu..
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun daun yg mudah rontok
Apakah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu..

Betapa beda..
Betapa beda....
Apa yg tampak dan apa yang tersembunyi..
Aku telah tertipu,
Aku tertipu oleh topeng
Betapa yg kulihat selama ini hanyalah topeng,
hanyalah topeng belaka !
Betapa pujian yg terhambur hanyalah memuji topeng.. !
Sedangkan aku.....
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu,
Aku malu Ya Allah..

Allah....
Selamatkan ku..
Amin ya Rabbal alamin.

- Qolbugrafi Aa Gym, Apa Adanya-



p/s: tazkirah maghrib td membincangkan ttg adab berjalan..lepas tu masuk ttg sejarah kemerdekaan indonesia dan malaysia (review prog arrythmia semalam)..then masuk pula ttg ETP (economic transformation program) yang sedang diusahakan oleh kerajaan Malaysia..dan berbincanglah ttg isu2 semasa, baik di dalam dan luar negara..kesimpulannya, Malaysia secara generalnya makin 'maju' dalam mengaplikasikan hedonisme dan semakin jauh dr nilai islam..lupakah kita bahawa "tiada pelindung sebaik Allah"? dan jika kita jauh dariNya, kepada siapa lagi tpt kita bergantung?

Thursday, October 28, 2010

serupa tapi berbeza

situasi 1:

Terdapat satu syarikat kebajikan A yang agak terkenal,
mempunyai para pekerja yang bagus,
matlamat dan objektif penubuhan syarikat yang insyaAllah jelas dan baik..

objektif utama: memberi bantuan dari segala bentuk (terutama dalam bentuk consultation) kepada orang-orang yang memerlukan bantuan..

walaupun polisi syarikat A adalah "bantuan kebajikan untuk semua"
namun Syarikat A lebih sering dikunjungi oleh orang-orang kaya dan terkenal..
maka client syarikat A selalunya adalah dari golongan tersebut..
walaupun pada dasarnya mereka yang bukan dari golongan tersebut juga
amat dialu-alukan jika sesuai dengan syarat yang diletakkan..

situasi 2:

syarikat kebajikan B juga tidak kurang terkenalnya..
juga mempunyai pekerja yang bagus
dan matlamat serta objektif yang jelas..

objektif utama: (sama sahaja) memberi bantuan kepada mereka yang mahu dibantu.

polisi syarikat B juga adalah untuk membantu sesiapa yang memerlukan..
namun syarikat ini lebih digemari oleh kebnyakkan orang yang miskin..
maka clientnya adalah dari golongan tersebut juga..
walaupun seperti syarikat A,
syarikat B juga amat berbesar hati sekiranya ada golongan kaya dan terkenal
ingin mendapatkankhidmatdarimereka..

persoalan: dengan objektif, matlamat dan tujuan yang sama..namun yang satunya memberi bantuan keada orang yg terkenal dan kaya (syarikat A), manakala satu lagi memberi khidmat pada yang miskin (syarikat B)..adakah syarikat A lebih baik berbanding syarikat B kerana perbesaan taraf clientnya? dan adakah syarikat A harus lebih dipandang tinggi berbanding syarikat B?

**********************************************************

situasi sebenar


"kau rasa persatuan kita ni tak bagus ke eh?
program yang kita buat tak islamik ek?
sebab yang selalu datang program kita ni,
takdelah orang-orang yang islamik sgt.."

"tu lah, aku rasa kita kena jadi macam persatuan
yang satu lagi tu lah..program derang sume yang datang tu
orang-orang yang pakai tudung labuh, jubah, kopiah..
jenis yang hafal hadis ngan quran lah senang cite..
maksudnya mestilah program derang islamik dan bagus kan?"

anda setuju dengan dialog di atas?

***********************************************************


dear friends..
sebagai seorang da'ie yang tidak lepas dari amanah dakwah..
kita harus sentiasa tahu dan sedar
bahawa
peranan kita mungkin berbeza,
namun tujuan dan matlamat kita sama

sahabat di atas mungkin merasakan
bahawa mereka yang berminat dengan program-program
yang dianjurkannya
adalah dari golongan yang kurang dari segi ilmu agama..

lalu merasakan programnya "kurang islamik"
kerana dihadiri oleh golongan sebegitu..

namun,
sedar tak sedar,
itulah waqi' atau medan dakwahnya..

bukankah islam itu untuk semua?
lalu kenapa kita harus membeza-bezakan
dan menentukan siapa saja yang patut berada dalam program kita,
dan siapa saja yang menjadi kayu ukur
bahawa program kita itu
diberkati dan diredhai Allah?

bagi saya sendiri,
mana-mana program yang berjaya menarik minat semua golongan,
itulah yang lebih baik,
kerana sebolehnya kita mahu
setiap orang mendapat dan mendengar seruan dakwah tersebut..
seruan itu bukan semata bagi mereka yang kita rasakan "baik"..

sedangkan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri
pergi menyampaikan dakwah dan risalah di kedai-kedai kopi,
bukanlah di masjid dan surau sahaja..

tak perlulah kita cuba mengikuti orang lain,
dan mengubah cara kerja kita
sekiranya situasi memerlukan kita
untuk terus berkorban di jalan yang kita tempuhi sekarang..

masing-masing dengan target dan sasaran tersendiri,
yang penting kerja dakwah itu jalan!
bukankah yang "miskin" lebih sering benar2 memerlukan bantuan
berbanding si kaya?
dan siapa kata mereka tidak berpotensi menjadi jauh lebih kaya
apabila hasil "counselling" itu meresap dalam jiwanya..

wallahu'alam
lalu bersyukurlah~


p/s: debu asap volcano da sampai bandung? nak kena pakai mask ke? (ummi n abah da pesan suruh beli..takut nnt habes..tapi takde org pakai pun '-__- ) ya Allah, redakanlah asap2 debu dan kepanasan volcano tu, kalau situasi makin teruk, cancel je lah flite ummi n abah 19hb tu :(

p/s2: isnin ni start exam, tapi macam tak nak exam je

p/s3: umayr pun da balik KL sebab univ tutup (Alor setar banjir teruk) nak balik jugak!

p/s4: ya Allah, lindungi hati dan iman kami! berkati dan redhailah~