Friday, March 20, 2009

jangan berhenti mendoakan!



Israel tahan 10 pemimpin kanan Hamas

RAMALLAH 19 Mac - Tentera Israel menawan 10 pemimpin kanan Hamas di Tebing Barat.

Jurucakap tentera Israel hari ini berkata, 10 anggota Hamas yang merupakan pemimpin Hamas di Judea dan Samaria (Tebing Barat) ditahan malam tadi.

''Antara mereka yang ditahan ialah empat ahli perundangan Hamas,'' kata jurucakap itu.

Tambah beliau, pejuang-pejuang itu ditahan dalam satu operasi ketenteraan bersama dan keselamatan dalam negeri.

''Lelaki-lelaki yang ditahan ini merupakan ketua dalam usaha berterusan mengembalikan pentadbiran sayap Hamas di rantau ini, di samping cubaan untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh Hamas,'' ujarnya.

Lebih 40 ahli Hamas dari Tebing Barat kini berada dalam penjara Israel.

Hamas berkata, antara yang ditahan di Nablus, dekat utara Tebing Barat ialah Nasseredin Al-Shaer, yang juga Timbalan Perdana Menteri kerajaan pertama yang dibentuk selepas pilihan raya Palestin.

Turut ditahan ialah pemimpin kanan Hamas, Adnan Asfur dan Issal Al-Ashqar.

Jelas Hamas, tiga lagi yang ditahan termasuk seorang ahli majlis undangan dan datuk bandar yang ditahan di Ramallah, sementara ahli majlis undangan, Ayman Daraghmeh yang ditahan di utara Jenin.

Penahanan itu dibuat berikutan kegagalan rundingan antara Hamas dengan Israel berhubung pertukaran banduan melibatkan pembebasan askar Israel, Gilad Shalit sebagai pertukaran kepada ratusan tahanan Palestin oleh Israel.

Gilad ditahan militan Palestin dalam satu serangan di sempadan pada Jun 2006.

sumber: Utusan Malaysia

*************************************************************************************

Jumaat, 20/03/2009 - Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

sumber: palestinkini.info



teruskan bantuan kita pada mereka!
terutamanya dalam bentuk doa~
saudara kita masih diancam..
"Allahumma unsuril islam wal muslimin wal mujahidin fi falastin"

3 comments:

3rdmarch said...

salam..
sentiasalah berdoa utk saudara kita di sana..
dlm keadan senang atau susah..
jgn bermusim je..

sinar_islami said...

Israel tak pernah puas
kita pula...
takkan pernah mengalah

duha said...

sinar_islami-yup..insyaAllah, semangat kita juga takkan pernah luntur~

3rdmarch-wlkmslm..btul..jgn bermusim..sbb skang nih da snyap dah ttg isu palestin, tapi tak bermakna kita pun senyap jugak..walaupun berita ttg mereka dah tak "hangat" tapi harapnya kita snts berdoa even dlm diam utk mrk iA..