“Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”
Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.
Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.
sultan Abdul Hamid IIsedikit pengenalan tentang Sultan Abdul HamidAbdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan.
Putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau.
dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842.
Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun.
Beliau menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi.
Gemar membaca dan bersyair.
menjadi khalifah ketika berusia 34 tahun.
Negarawan Jerman, Otto von Bismarck yang terkenal sebagai
Chanselor besi pernah berkata
“jika kebijaksanaan ialah 100 gram, Abdul Hamid memiliki 90 gram, aku memiliki 5 gram dan 5 gram selebihnya dimiliki oleh pemimpin dan tokoh politik yang lain.”Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz
yang berkuasa cukup lama.
Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh
oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah.
Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V,
putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama
dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa
kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.
Pada bulan Ogos 1876 (1293 H),
Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah.
Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya
serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi
saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah.
Namun Sultan Abdul Hamid II
dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik,
sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat,
baik kalangan ahli politik , intelektual, rakyat jelata
mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya.
Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin
membuatkan ia semakin popular.
Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi.
Sokongan padu kaum Muslimin
dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini
berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah.
Abdul Hamid mengembangkan amanah
dengan memimpin sebuah kerajaan
yang luasnya membentang dari timur dan barat.
Di tengah situasi negara yang genting dan kritis.
Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah
dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah
dari dalam negeri
sementara dari luar negeri ada perang,
revolusi, dan ancaman globalisasi
dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi.
Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi
untuk mendapatkan tempat tinggal tetap
di tanah Palestin yang masih menjadi
sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah.
Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan
oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah,
agar mereka dapat memasuki Palestin.
Pertama, pada tahun 1892,
sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan
kepada Sultan Abdul Hamid,
untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin.
Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan:
“Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin”, mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.
Kedua, Theodor Hertzl,
penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi),
pengasas negara Israel sekarang,
pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid
sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds.
Permohonan itu dijawab Sultan:
“Sesungguhnya jajahan Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri”.
Melihat keteguhan Sultan,
mereka kemudian membuat strategi ketiga,
iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland,
pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru
menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.
Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis
yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi,
akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan
keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi
di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan,
pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan.
Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan
mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.
Pada suatu hari banker konglomerat Yahudi, Mizray Krusow dan pemimpin Zionis, Herzl datang dan menawarkan kepada Sultan Abdul Hamid II:
1. Membayar kesemua hutang kerajaan Daulah Uthmaniyah.
2. Membantu menguatkan angkatan tentera laut Daulah Uthmaniyah
3. Meminjamkan 35 juta wang emas lira Uthmaniyah tanpa bunga.
Sebagai balasannya, mereka mahukan:
1. Dibolehkan warga Yahudi untuk berziarah di Palestine pada bila-bila masa yang mereka inginkan dan selama mana yang mereka ingin berada di “tanah suci” itu.
2. Dibolehkan warga Yahudi mendirikan tempat tinggal berhapiran Jerusalem.
Baginda dengan tegasnya menolak mentah-mentah permintaan ini.
Malah langsung tidak mahu berjumpa dengan mereka.
Baginda hanya menghantar wakilnya untuk berjumpa dengan orang Yahudi itu.
“Sampaikan kepada Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang Uthmani bukanlah sebuah hal yang memalukan, Perancis juga memiliki hutang dan hutang tersebut tidak mempengaruhi negara itu.
Jerusalem menjadi sebahagian dari tanah Muslim sejak Umar Bin Khattab membebaskan kota tersebut dan aku tidak akan pernah mahu menanggung beban sejarah memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan menghianati tanggungjawab dan kepercayaan dari kaumku.
Silakan Yahudi itu menyimpan wang mereka, dan Uthmani tidak akan pernah mahu berlindung di sebalik benteng yang dibuat dari wang musuh-musuh Islam”.
Namun Yahudi tidak menyerah kalah,
pada tahun yang sama (1901), pengasas gerakan Zionisme,
Theodore Hertzl sekali lagi mengunjungi Istanbul untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II.
Sekali lagi baginda menolak untuk berjumpa. Baginda hanya mengutuskan Perdana Menteri.
“Sampaikan kepada Dr. Hertzl untuk tidak mengambil langkah lebih jauh lagi dalam projeknya ini.
Aku tidak akan memberikan sejengkal pun tanah dari wilayah Palestine kerana memang tanah ini bukan milikku, tanah ini milik Daulah Islam.
Daulah Islam yang telah mengobarkan jihadnya demi untuk penggabungan wilayah ini, dan mereka telah mengaliri tanah ini dengan darah mereka.
Silakan Yahudi menyimpan kembali wang mereka.
Jika khalifah Islam suatu hari nanti berhasil dihancurkan, mereka boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma. Tapi selama aku masih hidup, aku lebih memilih menusukkan pedang ke dalam tubuhku daripada harus melihat tanah Palestine dipotong dan dilepaskan dari Khilafah Islam.
Ini adalah suatu hal yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai memotong tubuh sendiri sementara ia masih hidup”.
Sejak daripada itu Yahudi mula berpakat dengan Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan merampas tanah Palestine.
Namun benar kata baginda ia tidak berlaku sementara baginda masih hidup.
Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme
melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan.
Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah
seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya,
mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II
sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.
“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!” Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya.
khilafah pasti kembali!Pada malam 27 April 1909,
Sultan Abdul Hamid dan keluarganya
didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang.
Kedatangan mereka ke Istana Yildiz
menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan.
Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah
di bawah tekanan dari Turki Muda
yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya.
Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut,
dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain.
Fatwa tersebut didapati sangat aneh
dan setiap orang pasti mengetahui
track record perjuangan Abdul Hamid II
bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar
yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam.
Keempat utusan itu adalah
Emmanuel Carasso,
seorang Yahudi warga Itali
dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah
melangkah masuk ke istana Yildiz.
Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia,
Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah,
serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah pada waktu seperti ini
adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku.
Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?”
Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka
yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak.
Tidak ada simpati di raut wajah mereka.
“Negara telah memecat Anda!”
Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh.
Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu
diperhatikan dengan saksama oleh Sultan.
“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah..
tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?”
Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya
kepada Emmanuel Carasso.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu.
Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl
ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.
Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid
di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi
di Tanah Suci itu.
Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas,
termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid
untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin,
telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.
Harganya terlalu mahal.
Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta,
dan sistem Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.
Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat
pembalasan paling dinanti oleh Yahudi,
di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka,
telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri
bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan.
Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu,
siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini
untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu.”
Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya.
Perancangan menggulingkan Sultan
sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu,
nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah.
“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami.”
Esat Pasha menyambung pembicaraan.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim,
serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya.
Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu.
“Bawa adik-adikmu ke dalam.”
Sultan Abdul Hamid menyuruh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.
“Aku tidak membantah keputusanmu.
Cuma satu hal yang kuharapkan.
Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan.
Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku s
ebagai ayah perlu menyekolahkan mereka.”
Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan.
Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu.
Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid.
Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan.
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah
oleh keempat orang itu.
Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya
dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut
di angkut di tengah gelap gelita
menuju ke stesyen kereta api Sirkeci.
Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah,
ke istana milik Yahudi di Salonika,
tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan
di tangan musuh Allah.
Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih.
Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih
dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu
dalam tempoh satu malam.
Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople.
Sejarah itu sejarah gemilang.
Tidak akan pernah hilang.
Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya
ke dalam surat kepada salah seorang gurunya
Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:
“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu,
melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan
dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan
yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk),
sehingga dengan berat hati
dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu.
Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang
agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional
bagi bangsa Yahudi di Palestin.
Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut
yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu.Akhirnya mereka menjanjikan wang
sebesar 150 juta pounsterling emas.
Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu.
Saya menjawab dengan mengatakan,“Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini,
aku tidak akan menerima tawaran itu.
Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin
dan kepada Islam itu sendiri.
Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam
yang telah dirintis oleh nenek moyangku,
para Sultan dan Khalifah Uthmaniah.
Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”
Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu,
mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya
memaksa saya meninggalkan kekhalifahan,
dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika.
Maka terpaksa saya menerima keputusan itu
daripada menyetujui permintaan mereka.
Saya banyak bersyukur kepada Allah,
kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah,
dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi
yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin.Biarlah semua berlalu.
Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala,yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.
Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan
dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya.
Guruku yang mulia.
mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan.
Harapan saya, semoga Anda
beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
22 September 1909
ttd
Pelayan Kaum Muslimin(Abdul Hamid Bin Abdul Majid)Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana.
Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V
dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah.
Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam
sejak Abu Bakr al-Siddiq ra.
Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa.
Hanya boneka pengumpan yang
hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu,
aku merasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku,
ketika diangkat terasa lega!”
keluh Sultan Abdul Hamid
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis.
Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku.
Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita,
bukankah kematian itu kesudahan untuk semua.”
Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya
saat keretapi sedang meluncur laju.
Bumi khilafah ditinggalkan di belakang.
Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu.
Sultan akhirnya meninggal akibat menderita sakit
di tempat tahanan/kurungan beliau dan keluarganya.
*************************************************************************************
p/s: umat islam kini tak rasa langsung kehilangan sistem khalifah ni dan boleh hidup seperti biasa..sedangkan umat islam tiada yang mengetuainya! bukankah seorang ketua tu sangat penting sehingga Rasulullah SAW sendiri pernah mengarahkan agar melantik seorang ketua di kalangan 3 orang yang sedang di perjalanan (menunjukkan betapa pentingnya peranan ketua).
p/s2: sekarang bukan masa untuk umat islam saling berpecah mengikut kelompok2 masing,
tapi masanya untuk bersatu menentang musuh islam yang sebenar..
p/s3: daulah islamiyah akan tertegak semula~ dengan usaha bersama..
p/s4: maaf post sangat panjang tapi rasanya penting :D
p/s5: ayuh! bangkitlah saudaraku dari lena mu yang panjang..tugas kita sebagai hamba Allah masih banyak~
Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.