Sunday, June 28, 2009

organisasi

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

assalamualaikum dan selamat pagi..(rasa macam tulis berita :p )

di atas beberapa alasan,
saya rasa terpanggil untuk post artikel
mengenai "berorganisasi"..

sebagai nasihat dan pemantapan diri sendiri..
dan juga bagi rakan-rakan yang ingin mengambil iktibar..

***************************************************************************************

hari jumaat lepas,
saya dan ex-tutorial mate buat farewell dinner
yang berlangsung di restoran BOSA berdekatan Puri Alpina..

Alhamdulillah makanannya sedaplaa jugak
(rasanya lebih sedap daripada makan nasi lemak di malam hari) <--sila abaikan selesai makan, kami diminta untuk memberi speech pendek..
just sebagai kata-kata semangat..
atau peluang untuk minta maaf bagi apa-apa kesalahan yang dah dilakukan
sepanjang sem kami bersama sebagai satu group..

ingin memetik satu ayat dari bekas ketua kumpulan kami..
"..belajarlah berorganisasi.."

ya..saya sangat bersetuju..


sebagai student,
kita tidak harus hanya belajar
dan tidak melibatkan diri dalam berorganisasi..


kerana berorganisasi sebenarnya mengajar kita pelbagai perkara
dalam aspek menempuh kehidupan..

kerana secara tak langsung,
ia mengajar cara berhubungan dengan manusia lain..
cara memimpin..
cara menjalankan tugas dari pelbagai bidang..
dan banyak lagi..

berorganisasi tidaklah terlalu mudah dan tidaklah begitu susah..
kita hanya perlu belajar..

sebagai seorang amatur..
ada 2 perkara yang ingin saya sentuh dalam berorganisasi..
iaitu kerjasama dan tanggungjawab..
based on pendapat dan beberapa input yang pernah saya dapat..

dalam berorganisasi..
kerjasama amat penting..
kalau tiada kerjasama, pasti sesebuah kerja tidak akan dapat berjalan dengan baik..


organisasi


begitu juga dengan tanggungjawab..
jika seseorang yang diberi tugasan atau tanggunjawab,
lalu ia tidak melaksanakannya..

CONFIRM, gerak kerja sesebuah organisasi itu akan pincang..

dalam satu organisasi..
anggaplah ahli-ahli organisasi itu,
ibarat keluarga kita sendiri..
sentiasa memudahkan mereka dan hormati mereka..
tidak kiralah umur atau pangkat..

jika tugasan dan tanggungjawab kita sudah selesai..
dan kita TAHU masih ada kerja yang belum selesai di pihak/ahli/biro lain..
bantulah mereka..

janganlah hanya melihat dan lepas tangan..
lebih-lebih lagi jika sahabat kita itu adalah seorang mukmin..
bukankah jika kita meringankan bebanan/urusan seorang mukmin,
Allah akan meringankan bebanan kita??

Alhamdulillah sejak dari dulu,
saya sering berpeluang menyertai organisasi
yang berbasiskan islam..
dan saya sering diajar..

"luruskan niat dalam bekerja, untuk menjalankan sesuatu program.."

"pastikan matlamat jelas.. "

"kita sebagai AJK atau mereka yang bertanggungjawab..harus melakukan tugas sebaiknya..
jangan lakukan tugas semata-mata untuk melepaskan tanggungjawab..
tapi bertugaslah untuk memastikan
program yang dirancang berjaya dan bermanfaat bagi mereka yang lain"

dan pelbagai lagi masukan yang membina..

lalu dapat saya simpulkan..
bahawa dalam menjalankan sesuatu program..
walaupun kita diberi tugasan khusus seperti biro itu dan biro ini..
namun tugas yang sebenar adalah memastikan program yang telah dirancang
dapat dijalankan dengan baik dari awal (sebelum bermula) hingga akhir (termasuk hal2 baki selepas berakhir program)..
bukan sekadar memastikan tugasan biro kita selesai

ahli biro2 tertentu dilantik untuk memastikan
bidang tugas tersebut ada yang menguruskannya..
agar tak terlepas pandang..
bukan bererti tugasan lain tidak harus dibantu..


kerjasama


jika tugasan yang diberi sudah selesai..
bantulah rakan yang lain..
untuk memastikan perjalanan program akan menjadi lancar..

kerana inilah fenomena yang sering saya perhatikan..
bila tugasannya sudah selesai,
baginya dia sudah tidak terlibat lagi dengan tugasan lain..

tetapi,
apabila ada kepincangan dalam perjalanan program..
masing-masing mahu menunding jari..
bantu tak mahu,
tapi mengharap program sempurna..
'-___-


rasanya itu sahaja yang ingin dikongsi..
mata dah ngantuk..
moga bermanfaat perkongsian pendek ini..


*************************************************************************************

p/s: bagi mereka yang bukan ahli atau AJK..tak salah juga meringankan bebanan sahabat2mu yang menjadi AJK..tolong-menolong tu kan sangat dianjurkan oleh islam :)

p/s2: my biseps is aching '-___-

p/s3: lupa pulak..erm..seringkali KETUA bagi sesebuah organisasi atau program yang perlu banyak berkorban..namun ahli bawahnya WAJIB membantu dan jangan hanya bergerak apabila disuruh..sianlaa kat ketua kome..

p/s4: tapi ketua jangan amek kesempatan pulak! saya sangat tidak suka pada ketua yang hanya memberi arahan sahaja..Rasulullah SAW sendiri turun padang dalam pelbagai perkara untuk membantu para sahabat menjalankan tugas sedangkan baginda adalah ketua kerajaan islam! contohi baginda dalam setiap perkara iA

p/s5: zadul ma'ad banyak lagi!!! huuu~ (ke mana target peribadi?? ) T-T

p/s6: ciri-ciri atau akhlak seorang muslim yang ke-10 "bermanfaat pada manusia lain!"

7 comments:

cactus biru said...

duhaha..
saya mau mintak maaf.
atas apa yg telah dilakukan.
kerana telah berlaku kejam...
huhu
'dia' pe kaba?
sory, xsengaja...
sebab terover excited smpai xleh control tangan yg menarik..
wawaaaaaaaaaa

maaf..(-_-)

btw, this post penuh makna..
belajarlah berorganisasi!

fm said...

salam..good entry.
teringat saat2 berorganisasi di AA.
hhee. btw, zadul ma'ad? pe eh maksud ma'ad di sini?

duha said...

cactus-takpe..biala..Alhamdulillah slamat je..heh..die tgh 'rehat' lg :p tu ah..exceited sgt..duha pn tekejut..heh

erm..yup..jom sme2 bljr~

fm-wlkmslm..jzkk :)

erm..zadul ma'ad tu tajuk buku..hehe..mksudnye bekalan (zad) kehidupan (untuk hari kemudian/kepulangan aka akhirat) sbb word ma'ad tu asal dr 'ada=pulang..bekalan utk pulang atau lebih tepat bekalan kehidupan ni la..

syuhadah said...

salam..
krim slm kat ktua group..kah3x..
ye..dri organisasi,dpat knal org2 baru,dpat blaja cara bekerja yg baik,n yg pnting adlh pengalaman..
trima kasih kerna sering mengajak sye yg pemals ini..hehe

p/s=sye syg kamu
p/s 2=sye rindukan ketenangan di rumah dan kampung sye yg terchenta

duha said...

susi-wlkmslm..
ceh..pg kem slm sndr lah..mcm tak jmpe je..yup..time kasih atas masukannya ye :)

saya pun malas jugak..sama2 kne push..tapi skang kne set mind..SAYA RAJIN!

p/s:malu laa I :p sayang kamoo juga~
p/s2:saya pun rindukan ketenangan di rumah (knape tetibe? ade kaitan ngn berorganisasi ke??) heh

dr.radzi said...

bagus2. orang pandai akan lihat organisasi dari pelbagai sudut positif, so teruslah istiqamah.

dan seimbangkan ilmu dengan semangat, supaya organisasi terus jalan sesuai syariat. semoga bekas ketua yang bagi ucapan tu popn istiqamah. hehe...

btw,nasi lemak ok ape makan mlm2. saya sokong sape mkn ns lemak mlm2! sekarang pon tgh mkn. lala~

duha said...

dr.razi- haha..terasa ke makan nasik lemak malam2?? asek mkn nasik lemak je..bosan btul :p cubalah jd kreatif dan inovatif sket..heh..

erm..ye, kamu bantulah ex-ktua tutorial saya tu bia istiqamah dan tak toleh2 ke belakang lagi..

erm..doakan yg terbaik utk kita sume..moga kita diberi kekuatan utk terus berada di jalanNya..

semoga jugak kita sume tahu tujuan sebenar berorganisasi..jadi kalau ada yg salah dan silap..perlulah saling mengur supaya hidup aman damai dan harmoni sentiasa

(dah start merepek pulak malam2 cmni.."-___- )

p/s: nasik lemak satu!