Sunday, June 21, 2009

Latest news

Hamas dan Fatah bincang isu tahanan politik di Gaza dan Tebing Barat


Isnin, 22/06/2009 –
Wakil- wakil dari Hamas dan Fatah, Rabu lepas, telah mengadakan pertemuan di Jalur Gaza dan Tebing Barat bagi membincangkan isu tahanan- tahanan politik serta memperbaiki suasana supaya dialog nasional dapat disambung semula.

Dr. Ismail Radwan, pegawai senior Hamas, menegaskan perbincangan akan difokuskan kepada jenayah penyeksaan paramedik, Haithan Amr, yang mati di jail PA. Katanya lagi; “tiada gunanya meneruskan pertemuan- pertemuan sebegini jika masih terdapat lagi pembunuhan pejuang- pejuang Hamas di Tebing Barat”. Tambahnya lagi, “Kita perlukan mereka- mereka yang sanggup untuk mengimplimentasi dan komited dalam merealisasikan persetujuan yang dicapai”.

Dalam satu kenyataan akhbar, ahli komiti rekonsiliasi Hamas, Ismail Al- Ashqar juga menegaskan bahawa 20 daripada 700 tahanan –tahanan politik yang dibebaskan Fatah sebelum ini, tidak membuktikan apa- apa. Malah pihak berkuasa Fatah akan membuat penahanan yang lebih banyak pada keesokan harinya. Wakil- wakil Hamas juga mengutarakan kes pembunahan satu, Amr, di jail perisikan PA dan menyuruh Fatah supaya mengutuk secara terbuka akan pembunuhan tersebut melalui media- media serta membawa pembunuh -pembunuhnya ke muka pengadilan.

*************************************************************************************

Kumpulan bersenjata bersama di Tebing Barat buru pembunuh pejuang



Isnin, 22/06/2009 – 5 kumpulan pejuang Palestin berkata mereka telah membentuk beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat yang bertanggungjawab memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, sambil menegaskan sesiapa yang menghalakan senapangnya kepada para pejuang sama kedudukannya dengan penjajah dan pengkhianat, serta kesudahannya akan menjadi sampah sejarah.

Dalam satu kenyataan ketenteraan bersama pada hari Selasa (16/6) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, kelima-lima kumpulan itu yang mengandungi Briged Izzuddin al-Qassam, Briged Syuhada’ al-Aqsa, Briged al-Muqawamah al-Wataniyyah, Lijan al-Muqawamah al-Sha’biyyah dan Saraya al-Quds menegaskan bahawa mereka telah menubuhkan beberapa kumpulan bersenjata bersama di banyak kawasan di Tebing Barat. Kumpulan ini juga mengambil tanggungjawab untuk memburu dan menghapuskan para pembunuh pejuang, dari setinggi-tinggi hirarki hingga ke peringkat yang paling bawah.

*************************************************************************************

Israel mahu luaskan lagi penempatan haram


BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktiviti tersebut dihentikan.

Peruntukan itu terkandung dalam bajet 2009-2010 yang melepasi bacaan pertama di Knesset (parlimen) minggu lepas, lapor radio tentera Israel hari ini.

Kira-kira AS$125 juta (RM450 juta) akan digunakan untuk pelbagai perbelanjaan berhubung keselamatan manakala selebihnya akan membiayai pembinaan kawasan perumahan.

Pertubuhan Israel yang menentang penempatan Yahudi, Peace Now melaporkan, perbelanjaan pembinaan kawasan penempatan dalam bajet 2009-2010 itu dijangka lebih tinggi dan 'diagih-agihkan dalam beberapa bahagian bajet'.

"Angka rasmi itu jauh lebih kecil daripada jumlah sebenar dan rakyat Israel bukan sahaja akan menanggung akibat politik kerana meneruskan kegiatan pembinaan penempatan tetapi akan turut menanggung kos ekonominya," kata ketua Peace Now, Yariv Oppenheimer.

AS telah menggesa Israel menghentikan semua aktiviti pembinaan di kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Masyarakat antarabangsa menyifatkan kawasan penempatan Israel itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan antara halangan utama dalam menggerakkan proses damai Asia Barat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada tuntutan Washington dan sebaliknya menyatakan aktiviti pembinaan bagi menampung pertumbuhan penduduk Yahudi akan diteruskan.

Lebih 280,000 rakyat Israel mendiami kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat, wilayah Palestin yang ditawan oleh Israel daripada Jordan dalam Perang Enam Hari 1967

*************************************************************************************

Mousavi sedia syahid



TEHERAN 21 Jun - Pemimpin pembangkang Iran, Mirhossein Mousavi sudah 'bersedia untuk mati syahid' dalam mengetuai protes yang telah menggegarkan Republik Islam ini dan mencetuskan amaran pertumpahan darah daripada pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.

Mousavi semalam juga menggesa mogok umum dilancarkan di seluruh negara jika beliau ditangkap.

Sebaik sahaja senja berlabuh, laungan Allahu Akbar bergema dari atas bumbung bangunan di seluruh utara Teheran selama hampir sejam malam tadi, sama seperti taktik yang pernah digunakan semasa revolusi Islam 1979 yang menjatuhkan Shah Iran.

Dalam tindakan penuh simbolik, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di makam bapa revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, sementara kekacauan terus merebak di seluruh Teheran tanpa menghiraukan larangan ke atas demonstrasi.

Televisyen kerajaan hari ini melaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kekacauan tersebut.

Polis pencegah rusuhan yang dikerahkan secara besar-besaran melepaskan tembakan gas pemedih mata, serta menggunakan belantan dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Saksi berkata, dianggarkan 2,000 hingga 3,000 orang membanjiri jalan raya dalam tindakan yang jelas mencabar Khamenei yang menggunakan ucapannya kelmarin, untuk mengesahkan kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya yang dipertikaikan.

Pencabar beliau yang tewas, Mousavi berikrar beliau tidak akan mengalah.

"Dalam ucapan di barat daya Teheran, Mousavi berkata, beliau bersedia untuk mati syahid dan beliau akan terus mengikut jalan perjuangan ini," kata seorang sekutu rapat bekas Perdana Menteri itu semasa perhimpunan di Jalan Jehyun di Teheran.

Menurut saksi, Mousavi juga dipercayai sudah bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan terhadap dirinya.

"Mousavi menggesa penduduk melancarkan mogok umum jika beliau ditangkap," kata saksi itu.

Mousavi mengulangi tuntutannya agar keputusan pilihan raya tersebut dibatalkan dan pengundian diadakan semula.

"Langkah-langkah jelik (penipuan dalam pilihan raya) sudah dirancang berbulan-bulan sebelum pengundian... disebabkan semua pencabulan yang dilakukan, pilihan raya itu patut dimansuhkan," kata Mousavi dalam suratnya kepada badan perundangan tertinggi Iran, Majlis Penjaga.






p/s: ya Allah, bantulah kaum muslimin..jauhilah fitnah dari kami..

p/s2: i dont know what else to say bila lihat pergolakan dunia islam masa kini..

p/s3: mood sedih..hurm..tapi takleh berpanjangan..

6 comments:

MARDI MY said...

Ahmadinejad is our hero!!
why can't they see dat?
ayah sy kate mousavi ni lbh nak bebaik ngn america
tak ke tu hanya memusnahkan diri sendre
da terang benderang apa yg slama ni dibuat olh america trhdp saudara kite
bg sy,iran's nuclear weapon is da one and only thing that can keep them survive~~~
i luv ahmadinejad coz die tak penah tunduk pd america!!

masih ada lagikah insan lain seperti beliau???wallahu a'lam...

fm said...

x fhm la iran ni...........huu

duha said...

Mardi-erm..semangat yang ditunjukkan Ahmadinejad mmg patut dicontohi..keberanian dia pun patut diambil iktibar..

skang ni..masing2 kata mereka yang betul, dan kita perlu sentiasa doakan yang terbaik untuk islam..

but for sure, selagi america tak tukar dasar and policy derang kite jangan tunduk pada mereka..

kalau ikut peraturan yang islam dah tetapkan, iA dunia akan aman..tapi nk tegakkan hukum Allah di muka bumi ni bukan senang, so kte kne take part utk sama2 jayakan! :)

fm- yup..pening pala dengan depa nih..nape tibe2 huru hara..msti ade yg mncucuk jarum nih! '-__-

Liyana said...

duha. sebenarnya kan, masalah dalaman pun tak habis2 lepas itu nak selesaikan masalah dengan israel yahudi..haih~cemana ni...

haikal ambri said...

sedih baca artikel2 mcm ni..kita kat sini hanya mampu tadah tgn berdoa.nak bantu dari segi lain blum termampu..semoga Allah permudahkanlah.

Zonis ni memang takkan berhenti selagi mereka blum menkafirkan semua umat iSlam dan disebab mereka tahu tu satu yg mustahil tulah mereka dgn tak berhati perut sanggup membunuh..dan yg paling terkilan dunia terus berdiam diri dan seakan pejamkan mata je ibaratnya tiada ape2 yg berlaku.

sedih dgn nasib umat islam sekarang..semoga kita sebagai generasi sekarang yg bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara dapat mencipta anjakan paradigma dan ubah persepsi dunia terhadap ini semua.sama2 kita jadikan ia realiti (sori komen panjang..tetibe patriotik plak..hehe)Amin..

duha said...

pudding caramel-erm..betul..memang banyak masalah dalaman yg perlu kita selesaikan n baiki..tapi dalam masa yang sama kita takleh abaikan masalah uamt di dunia..

kita jangan sekadar berkobar-kobar nk tlg mereka, tapi kita tak mnegubah diri..kene jalan seiring..sebab kalau kita nk tggu diri ckup sempurna n baik baru nak concern n bantu mereka..tak boleh jugak..tapi mmg perlu perbaiki diri kita jugak at the same time..

moga Allah terima usaha2 ikhlas kita utk bantu derang n baiki diri sndr jugak..ISLAM MUST UNITE!

haikal-skema ah haikal ;p tapi takpe..sangat bermakna insyaAllah :) erm..erm..betul tu, kita kne usaha untuk jadi generasi yang menggantikan generasi dulu..bukan generasi yang akan digantikan..

moga umat islam kini akan cepat2 sedar dan mencintai Allah,para rasul,islam dan umatnya sehingga Allah juga akan sangat mencintai kita..amiin~