Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.
Selasa, 23/06/2009 -Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Musa Abu Marzuq bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh pada hari Ahad (21/6). Dalam pertemuan tersebut Dr Musa telah memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin serta mengenai dialog terakhir yang berlangsung di Kaherah. Kedua-dua pihak juga membincangkan tentang sikap pihak-pihak lain terhadap isu Palestin.
Presiden Ali Abdullah Salleh sekali lagi menegaskan sikap Yaman yang mendokong isu Palestin dan penegakan negara Palestin yang beribu negarakan bandar al-Quds.Lawatan Abu Marzuq ke Yaman bertujuan memaklumkan perkembangan terakhir isu Palestin kerana peranan besar yang dilaksanakan oleh Yaman bagi menyatukan perselisihan yang berlaku di kalangan fraksi Palestin.
*************************************************************************************
Sekolah pondok didakwa lahir pemberontak
BANGKOK 22 Jun – Sekolah pondok didakwa menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai dan kumpulan pemisah didakwa menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Islam.
International Crisis Group (ICG), yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkini bertajuk: `Merekrut Militan di Selatan Thailand’ berkata, terdapat lebih 100,000 pelajar di sekolah-sekolah pondok, dengan pengambilan dianggarkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang.
“Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme kesultanan lama Pattani. Mereka memberitahu pelajar di sekolah-sekolah (pondok) bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir,” kata penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.
Beliau berkata, kelas pondok merupakan permulaan hubungan juru rekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan berperangai baik untuk menyertai program penyemaian aktiviti luar, sambil menambah kata bahawa pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahunp/s: tak tahu lah media ni menggembar gemburkan cite dan melebih-lebih atau ape..tapi yang penting..umat islam perlu sedar yang jihad memang takleh dipisahkan dari agama kita..dalam hadis 40 sendiri,(hadis ke 29) Nabi bersabda,
".....inginkah kalian ku beritahukan pokok kepada segala urusan dan puncak mahkotanya?" Aku (mua'z bin Jabal) menjawab "ingin wahai Rasulullah" Baginda bersabda "Pokok dari segala urusan adalah islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah JIHAD"
tapi manusia sekarang ditakut-takutkan dengan erti jihad tu sendiri..
jihad bukan terrorisme..dan ia tak sepatutnya menjadikan kita terlalu fanatik
dan menghalalkan darah sekalian manusia yang kafir..
dan jihad itu LUAS maknanya..bukan sekadar pergi berperang mengangkat pedang dan membawa pistol, senapang meriam bom etc2..
mungkin umat islam sendiri perlu diberi penjelasan dan penerapan tentang konsep jihad yang sebenar dan KEPENTINGANNYA..
sedarlah, macam mana zaman Rasulullah dan para sahabat dulu, segalanya amat gemilang dan aman tenteram sedangkan mereka masih mengutamakan dan amat berpegang pada konsep jihad..
*************************************************************************************
Chavez: Hormati kemenangan
CARACAS 22 Jun – Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkata, seluruh dunia perlu menghormati Iran serta kemenangan Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini.
“Kami menggesa seluruh dunia supaya menghormati Iran kerana terdapat percubaan untuk melemahkan kekuatan revolusi Iran,” kata Chavez dalam ucapan mingguannya di radio dan televisyen semalam.
Kenyataannya itu bertentangan dengan kritikan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan Iran untuk menghentikan protes dan menyekat liputan media terhadap kekacauan yang meletus.
Media rasmi Iran melaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh sejak keganasan tercetus lebih seminggu lalu berikutan keputusan pilihan raya 12 Jun yang dipertikaikan oleh kem yang tewas.
“Kemenangan Ahmadinejad adalah kemenangan mutlak. Mereka cuba memburuk-burukkan kemenangan Ahmadinejad dan dengan itu cuba melemahkan kerajaan dan revolusi Islam. Saya tahu mereka tidak akan berjaya,” tegas Chavez.
Pemimpin Venezuela yang berhaluan kiri itu berkata, beliau telah menelefon Ahmadinejad selepas pilihan raya untuk menyuarakan sokongannya.
Kementerian Luar Venezuela mengeluarkan satu kenyataan yang membidas ‘kempen hebat dan tidak berasas oleh pihak luar untuk memburuk-burukkan’ Presiden Iran itu.
p/s2: negara bukan islam sendiri tahu menghormati negara islam..
*************************************************************************************
Cubaan bunuh: Presiden Ingushetia cedera parah
NAZRAN, Rusia 22 Jun - Pemimpin sebuah republik Islam di Rusia cedera parah dalam satu percubaan untuk membunuhnya hari ini, serangan yang memberi tamparan terbaru kepada pemerintahan Kremlin yang goyah di Kaukausus Utara.
Presiden Republik Ingushetia, Yunus-Bek Yevkurov (gambar) cedera parah awal pagi ini apabila sebutir bom di tepi jalan diletupkan ketika konvoi beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, lapor media tempatan.
Agensi berita Tass melaporkan, empat pengawal peribadi beliau terkorban manakala lima yang lain cedera.
Presiden itu dikejarkan ke hospital di bandar ini untuk menjalani pembedahan kecemasan dan seorang doktor berkata, Yevkurov kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Sukar untuk mempercayai seseorang boleh terselamat dalam letupan sebegitu kuat," katanya.
Setiausaha Akhbar Presiden, Kaloi Akhilgov yang berada di sisi Yevkurov di hospital memberitahu Reuters, Presiden itu mengalami kecederaan yang 'sederhana teruk' dan masih sedar.
Ditanya sama ada nyawa Presiden itu dalam bahaya, Akhilgov menjawab, 'tidak, belum lagi'.
Laman web bukan kerajaan, ingushetia.org melaporkan, letupan itu berlaku tidak jauh dari satu persimpangan jalan menghala ke ibu kota wilayah, Magas ketika konvoi Presiden menuju ke pejabat.
Antara mangsa yang dilaporkan cedera ialah saudara lelaki Presiden.
"Kami mendengar satu letupan kuat pada sekitar 8 pagi, tingkap-tingkap rumah hampir pecah," kata seorang penduduk tempatan.
Ingushetia telah mengatasi jirannya, Chechnya sebagai pusat pemberontakan di sepanjang bahagian selatan Rusia bagi mencabar pemerintahan Kremlin.
Pasukan keselamatan berkata, republik ini kini menjadi tempat bertapak untuk rangkaian militan global.
Presiden Rusia, Dmitry Medvedev melantik bekas pegawai tentera payung terjun, Yevkurov sebagai Presiden pada Oktober lalu bagi menggantikan bekas pegawai polis rahsia, Murat Zyazikov yang didakwa gagal meredakan pemberontakan.
p/s3: syafakallah~
3 comments:
terima kasih dengan berita pagi ini adik...
yg jihad tu-setuju!
kite tak patut mentiadakan konsep jihad dlm agama
pudding caramel- sama-sama kasih kakakku :)
atiqah- yup..tepat skali! :D
Post a Comment