just a few important news about the world we're living in..
*************************************************************************************
700 militan Taliban terbunuh
ISLAMABAD 11 Mei - Sekurang- kurangnya 700 anggota militan terbunuh dalam kempen besar-besaran tentera Pakistan untuk menghancurkan kubu kuat Taliban di barat laut negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik hari ini berkata, operasi tersebut akan diteruskan sehinggalah pejuang terakhir Taliban di kawasan itu dibunuh atau diusir.
Serangan di Lembah Swat serta kawasan di sekelilingnya telah mendapat pujian daripada Amerika Syarikat (AS) yang mahu militan al-Qaeda dan Taliban diusir dari kubu mereka di Pakistan tempat mereka boleh merancang serangan ke atas tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.
Namun, pertempuran sengit telah memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri, selain menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan negara bersenjata nuklear ini.
Malik membuat pengumuman itu ketika serangan udara terbaru dilaporkan di beberapa bahagian Lembah Swat, bekas pusat peranginan ski yang jatuh ke tangan Taliban semasa kemaraan mereka dua tahun lalu.
Angka korban militan yang diumumkan oleh Malik itu jauh lebih tinggi berbanding 400 hingga 500 orang yang dilaporkan oleh tentera semalam tetapi tidak dapat disahkan secara berasingan.
"Operasi akan diteruskan sehingga anggota Taliban terakhir terbuuh. Kami tidak memberi mereka peluang, mereka kini melarikan diri dan tidak menjangka serangan sebegitu hebat," kata Malik.
Penggantungan perintah berkurung semalam membolehkan puluhan ribu penduduk awam meninggalkan Swat untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat di lembah itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini melaporkan, 360,600 penduduk telah didaftarkan di kem dan pusat penempatan sementara sejak 2 Mei selepas melarikan diri dari Lembah Swat dan daerah-daerah Dir dan Buner yang berhampiran.
Jumlah itu, tidak termasuk kira-kira 500,000 orang yang sudah didaftarkan sebagai penduduk yang terpaksa berpindah akibat serangan sebelum ini.
Bilangan pelarian sebanyak itu menjadi ujian kemanusiaan getir bagi kerajaan pusat Pakistan yang lemah.
Tentera banyak bergantung kepada serangan udara sejak serangan di Lembah Swat bermula secara besar-besaran pada Khamis lalu, dan belum jelas bagaimana pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang terbunuh sebagai militan.
Kerajaan belum menyatakan bilangan penduduk awam yang terbunuh atau cedera, kemungkinan kerana takut mencetuskan bantahan rakyat.AS guna fosforus putih di Afghan
KABUL 11 Mei - Pertubuhan hak asasi manusia Afghanistan akan menyiasat dakwaan bahan kimia fosforus putih digunakan dalam pertempuran antara tentera Amerika Syarikat (AS) dengan Taliban yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh.
Doktor Afghan melaporkan bahawa penduduk kampung yang cedera dalam pertempuran pada Isnin lalu itu mengalami kebakaran 'luar biasa.'
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afghanistan hari ini menyatakan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaan itu.
"Pasukan kami telah menemui pesakit dan akan menyiasat punca kecederaan dan kemungkinan fosforus putih digunakan," kata seorang anggota Suruhanjaya, Nader Nadery.
Tentera Amerika semalam menafikan pihaknya menggunakan bahan mudah terbakar itu dalam pertempuran di wilayah Farah yang menurut Presiden Hamid Karzai meragut nyawa antara 125 hingga 130 penduduk awam.
Sebaliknya, tentera AS mendakwa pejuang Taliban telah menggunakan fosforus putih sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh dua tahun lalu.
Menggunakan fosforus putih untuk menerangi sasaran atau mengeluarkan asap dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.
Namun, pertubuhan hak asasi manusia berkata, penggunaannya di kawasan berpenduduk boleh menyebabkan orang awam mengalami kebakaran teruk dan dikategorikan sebagai jenayah perang.
Pertubuhan berkenaan juga berpendapat, tidak munasabah untuk Taliban menggunakan fosforus putih kerana mereka tentunya tidak mahu kedudukan mereka terdedah kepada tentera Amerika.
Doktor Afghan berkata, mereka telah merawat sekurang-kurangnya 14 pesakit yang mengalami kebakaran teruk yang belum pernah dilihat oleh doktor sebelum iniAS tolak henti serangan
WASHINGTON 11 Mei - Amerika Syarikat (AS) menolak gesaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai supaya dihentikan serangan udara AS yang bertujuan untuk menghancurkan kedudukan militan di negaranya.
Penasihat keselamatan negara Presiden Barack Obama, Jeneral (bersara) James Jones sebaliknya berkata, AS tidak akan menghentikan serangan udara tersebut sekalipun ia dilaporkan telah membunuh ratusan penduduk awam sepanjang konflik di Afghanistan.
Dalam insiden terbaru, Karzai mendakwa sekurang-kurangnya 130 penduduk awam dipercayai terbunuh dalam pengeboman dan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera AS di wilayah Farah, barat Afghanistan.
Menurut Jones, tentera Amerika akan terus membuat keputusan ketenteraan berdasarkan maklumat perisikan paling tepat yang diterima dan tidak akan menolak sebarang tindakan kerana "kami tidak dapat bertempur dengan sebelah tangan diikat di belakang kami."
Mengulas mengenai kenyataan Jones itu, jurucakap Karzai, Siymak Herawi di Kabul menegaskan bahawa Presiden Afghan itu sangat serius dalam tuntutannya supaya serangan berkenaan dihentikan.
"Kami menuntut dihentikan sama sekali pengeboman ke atas kampung-kampung kami. Kami sangat serius mengenai isu itu," tegas Herawi.Letupan di Peshawar, 10 maut
PESHAWAR 11 Mei - Sepuluh orang maut, sementara tujuh yang lain cedera setelah seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan berhampiran satu tempat pemeriksaan keselamatan di barat laut Pakistan, hari ini.
Serangan itu berlaku di pinggir bandar Darra Adam Khel, kira-kira 25 kilometer dari selatan Peshawar.
''Seramai 10 orang terbunuh. Tiga daripadanya mati di hospital, dan tujuh yang lain cedera,'' kata seorang pegawai perisik yang enggan dikenali kepada AFP.
Seorang pegawai tentera turut melaporkan jumlah kematian yang sama. Tambah beliau, dua kakitangan keselamatan adalah antara yang maut.
Pegawai polis, Mohammad Gul pula berkata, turut maut ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun.
Jelasnya, tiga daripada mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital di Peshawar akibat kecederaan parah.
Gul berkata, antara mereka yang cedera ialah tiga kanak-kanak dan seorang wanita.
Pegawai memaklumkan bahawa satu terowong berhampiran kejadian telah ditutup, sementara mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut, namun pejuang Islam sering menjadikan tentera Pakistan sebagai sasaranObama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar
KAHERAH 11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed Sayyed Al-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, Universiti Al-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakan lawatannya ke dunia Islam bulan depan.
Kata Al-Tantawi, sebagai pusat ketamadunan Islam dan berhaluan sederhana, Al-Azhar adalah lokasi terbaik bagi Obama menyampaikan ucapannya kepada umat Islam seluruh dunia.
Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, Obama yang berjanji untuk merapatkan hubungan antara AS dengan dunia Islam melalui dialog merancang akan menyampaikan ucapannya kepada umat Islam pada 4 Jun ini.
Pada Jumaat lalu White House mengumumkan bahawa Obama akan memulakan usaha meningkatkan keyakinan dan hubungan antara AS dan umat Islam, tetapi tidak menyebut kenapa Mesir menjadi pilihan bagi menyampaikan ucapannya itu*************************************************************************************
p/s: AS mahu berbaik dengan negara islam? erm~“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”
-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia
p/s2:walaupun semua tengah bz nak periksa..tapi jangan lupa saudara kita di sana..doa kita masih diperlukan..
p/s3:saya konfius, PBB ni tugasnye utk kira angka korban je ke?? mungkin..sebab fungsi lain tak nampak!
p/s4:sumber dari utusan dan palestinkini.info
p/s5:kita boleh aplikasikan ucapan Dr Azzam Tamimi tu utk negara2 islam yang lain jugak..ape yg kita dah lakukan utk bantu mereka setakat ni?? '-__-
16 comments:
ya Allah...
dunia dah jadi mcm apa.
terkena dkt ayat Dr Azzam tu..
semalam sedap je tdo xfikir apa2..
huaaaaaaaaaaaa
xcaye ngn AS!
p/s: lama xbaca berita.(jgn membebel ye duha..=P)
p/s lagi: dah pass dah duha ni jadi akhbar utusan kt blog ni..hehe
p/s lagi2: time kasih atas entry nya! saya baca berita skang! =))
hmmm
tak terkata.
kenapa eh, macam gembar gembur dan semangat tu hanya terasa kejap je hangatnya?
kenapa ye? macam mana nak bagi kekal sampai bila2...bila semua punya rasa sakit yang sama, sengasara yang sama sedih yang sama bila saudara sendiri diperlakukan macam bukan manusia.
PBB tu hanya sekadar nama yang nak menyedapkan cerita je...lain daripada tu, xde fungsi pun...T_T
teringin nak tahu apa yang ada dlm fikiran umat Islam bila dan jika baca berita ni. sekadar salah menyalahkan? atau merenung balik diri sendiri?
"seorang mukmin itu ibarat cermin bagi mukmin yang lain" al-hadith
p/s: duha dah bole jd wartawan dah sekarang....hehehehehe
[pjgnye hehe;)]
cactus biru-erm..tu ah..kite slalu sedap2 je tidur kan..patu bangun pagi gosok gigik cuci muke terus mandi pegi kelas..patu balik kelas wat LI..wat keje lab..etc2..patu tdo..esok ulang lagi..hurm~ sdeyh je kan..hidup spt robot..tapi takde ruh..
so, stop jadi macam tu! kite berubah dr skang..jd insan peduli
p/s:mmg nk kne bebel..bape kali dah kate bace paper!!! lalla~
pudding caramel-tu la dikatakan iman bermusim.."tak smpurna iman bila kita tak menyayangi saudara kita seperti mana kita sayang diri sndr" and kita hanya sayang mereka, atau berfikir ttg mereka pada waktu tertentu..means iman kita pun ada pd waktu tertntu je..
kalau tak, pasti kita akn snts terfikir akan masalah umat sialm di dunia skang..btul tak?..
kne slalu bukak brite..hehhe..baru tau ape jd..kene aware ngn keadaan sekeliling kite..
p/s:berita indonesia pun bace laa jgak kalau free2 kan..ngee~
farhana-betul..sgt stuju..PBB mmg sekadar nama..malah kdg2 mnjadi platform utk rancangan jahan zinois terus berjalan lancar..sbb kuasa sebenarnye bukan terletak pd PBB pun..adeih~
erm..yup..kne tengok diri sndr balik juga..kita dah usehe tak sebarkan mnde2 cmni n try explain the real thing thats happening..bkn skadar slhkan media (walaupun mmg derang salah)
p/s:lame dah jd wartawan..skodeng brite/perihal org diam2..baik korg hati2..hhaha
jzkk duha.
tatauuuuuuuuuuuuu pun klu tak.sgt tkejut bace, esp yg kat pakistan tu. the last time baca, taliban tgh kuat, kerajaan pusat pakistan yg risau.
and alazhar uni tu, haih.
atiqah-erm..tu ah..kalau tak bc bite pagi td pun msti duha tataw gak..
skang ni mcm2 bole jd..n siapa di pihak yg benar ujiannye pasti lebih besar..so kita kne snts kne bersedia utk bkorban..
ingat2laa kat derang selalu..kita hepi2 tapi dsaudara kita tgh sengsara..doakan mereka~
pasal uni tu pun..tah la..tak tau nk ckp ape..panggil laa yusuf qardhawi ke..kan? hehhe..panggil obama wat ape~
terima kasih..
tao2 je den susah nak dapat berita..
btw,khabar dr perak xde ke?
ehee~
3rdmarch-ade je bite perak..pi baca sndr~ haha.. tapi yang paling terbaru skali..mahkamah tinggi dah sahkan Ir Nizar as MB yang sah, tapi patu Zambry failkan rayuan ke mahkamah rayuna..so skang ni keputusan mahkamah tinggi dipending balik..alalalalallaallala~
saya suke sistem mahkamah di malaysia :) best!
p/s:takleh letak brite2 sensitip sgt..hehhe..nnt mengganggu ketenteraman awam :p
salam, duha.
thanks for posting those news.
komen sket..
AS nak 'berdamai' dgn dunia Islam? for sure la ada kepentingan di sebaliknye kan.. kalo takde keuntungan, mesti drg tak nak punye
-my unwarranted assumption:P- hueh.
fm- laa syukran 'alal wajib (quiz cepu mas: ni ayat feveret ust mane?? ha..jawab2 ) hehhe..
erm..mmg..derang tak sah kalau tak ambik peluang demi kpentingn derang..urm~ wahai umat manusia..jgn lah mudah tertipu..
p/s:doa2 laa dia dpt hidayah..mane tau kan :D insyaAllah
p/s:lame dah jd wartawan..skodeng brite/perihal org diam2..baik korg hati2..hhaha
*angkat kening*
:?
diam-diam ubi berisi ek?tapi duha tak berisi pun? kiki=P
Duha tak berisi?ish xbaik fitnah duha xberisi...dosa tau fitnah farhana weh...ahaks
waaaa ada org backup duhaaaa laaaa
oklah, duha ada isi lah...
risau bile ade org backup ni.
lalala=P
Dr Amad-huh..dah lame tak jguk2 blog..tgk2 ade manusia mmbuat kacau di blok daku nih..
mcm tau je berisi ke tak..sebok la~
p/s:kalau berisi pun ape kesah..lalla~
farhana-tolong abaikan org di atas tuh..
p/s:adakah komentar di atas tuh satu bentu back up?? aaaaaaaa~
p/s2:saya ada azam baru yang belum tercapai2..berkaitan dengan nak makan banyak dan menambah berat..tapi rahsie laa ape azam die..hahaha (macam dah terbtau je :p )
blok apa duha? blok 404? lalala~
*sempat lagi ngacau orang kan,ish3*
:p
farhana- blok bangunan asrama laa (nk cover) hahhaha...
alah U ni..typing error..biase laa tu..takkan U tak pernah kut..lalla~
hurm~ blok 404..dah lame tak tgk cite seram :p
p/s:pg blaja la..exam!
Post a Comment