SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.
Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.
Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi "a dime a dozen" atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.
Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan "derma" dan "sedekah".
Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.
Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.
Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.
Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.
Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.
Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.
Dengan berseloroh, Obama berkata: "Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah."
Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.
Kita suka orang luar kata kita sederhana atau "modest". Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.
gambar hiasan
Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.
Maka berlakulah situasi di mana budak "kanyir" dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.
Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.
Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.
Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.p/s:sumber dr harakahdaily.net
p/s2: tak taulah Obama ikhlas ke tak cakap camtukan, cover ke ape ke..tapi contohilah dia yang tak cepat menggelabah..tade ah terus marah2 tangkap orang ke, saman uni ke..pecat dekan ke..etc2..hehehe
p/s3:yang baik dr Obama kita ambil, yang buruk kita lempar jauh2 :D
10 comments:
tula ek.. kat msia yang klakarnya isteri ahli politik yg xde kene mengena dgn pndidikan pn leh dlantik jd canselor lg tu.. apekaaaaah..
xtau la nape dorg ni suke sgt pd jawatan n adiah yg xde makne pn sbenarnya, nk kumpul dlm koleksi adiah kat dlm almari agaknya?hehe... :p
salam duha,
act tak tahu sangat bab2 ini sebab memang diakui diri ini sungguh cetek pengetahuan am, politik segala. tak patut tak patut.
apa pun, baguih la obama ini tidak cepat melatah. tak perlu lah kita ini, kalau orang bagi komen tak best ttg diri kita dibalas dengan balas yang tak best juga.
itulah sebab gaduh. kan? cam kadang2 tu saya tak minat nak ambil tahu politik di mesia sebabnya kadang2 rasa macam ramai yg tertonjolkan sifat tak berapa matang. bukan semua, tapi saya rasa kita kena aware kalau jadi public figure, pemerhati lebih nampak kelemahan kita tanpa kita sedar. eceyh.tak bleh cakap lebih2 bagi yang jahil benda camni. tersilap kata tak boleh di undur.
betullah tu. yang baik kita ambil. yang xbaik kita campak jauh.
bagus2,alhmdulillah,peringatan untk kita semua. "kullukum ra'in,wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatih"
kadang2 kita ingat sblum dpt jwtn,tapi lupa stelah mndpt jwtn. manusia sering diuji, TAKHTA, HARTA, WANITA. berjaga2....=)
stuju!!!
hehe
farhana-betul..macam2 la..kan MALAYSIA BOLEH..so sume bnda boleh :p..
erm..mmg manusia nih bernafsu ke arah jawatan n fame..so susah laa mereka nak menolak anugerah2 gini..n mmg nk wat koleksi pun kat dalam lemari derang tuh :D ngee~
pudding-wlkmlsm kak aisyah/humaira..
betul..bila org tegur kita atau nasihat kita..kalau betul, terima je laa..kalau salah, tak perlu laa nak ngamuk..sbb mnde tuh akan menyusahkan diri kita dan mereka2 di sekeliling kita jugak kan..
sy sgt stuju..kna jaga akhlak n perbuatan kita..nk jd pemimpin kne bg contoh yg terbaik..rakyat sntiasa perhatikan stiap gerak geri dan tindak tanduk mereka..walaupun manusia takleh lari dr kesalahan, tapi kite kne seboleh-bolehnya elakkan segala mnda yg boleh bwk pd fitnah..
tq 4 the comment :)
dr.radzi-erm..betul tu..kdg2 risau memikirkan..sblm mendapat kedudukan bercakap bukan main..tapi selepas tu lupa semua janji2 yang dah ditaburkan..kena igt, slps mndapat jwtn,anugerah dan segala macam nikmat..ujian tak smudah yg dijangka..teori tak semudah realiti..senang cakap, tapi bila diuji sukar nk dilalui..
erm..mudah2an Allah jauhkan saya dr ujian sebegini..lebih baik tiada jwtn pangkat dan segalanya..daripada hanyut dan leka dibuai nikmat dunia '-_-
atiqah-hehhe..Alhamdulillah :)
salam,
status manusia yg terbaik atau tak bknlah terletak pada pangkat, harta mahupun gelaran, tapi pada usahanya utk berbuat sesuatu yg baik...
so, apa nak di kesahkan dgn gelaran2 dunia tu,
baik pikir apa group kita di sisi Allah,
solehin ke, syuhadak ke, apa ke...
di dunia ni klu kita layak org akan pilih kita jugak,
tak payah sibuk pikir apa org pikir pasal kita,
sbb org tu sndiri busy memikirkan apalah org pikir pasal dia...
baka kata kwn2 kat skolah dulu, "the hell lah apa org nk kata, aq peduli apa, ada aq kacau dia berak?"
bak kata Mem Azian kat KMM dulu,
"u know that God knows that u know that God knows"
paham ke?
Al-Tuah-yup..anda benar! status disisi tuhan yang patut kita kejar dan utamakan..
andaikata kita bergelar dato' seri tengku kapten general tuanku professor dato' kehormat sekalipun, ia tak menjamin kita di depan tuhan nanti..
walaupun kita mmg perlu jaga pandangan manusia utk mengelak fitnah namun pandangan manusia bukanlah benchmark atau perkara pertama yang perlu direbut..
hablum minallah wa hablum minannas..
dua2 hubungan dengan Allah dan manusia perlu dijaga..tapi bukanlah ingin dipandang tinggi oleh masyarakat semata-mata..
naudzubillah..
p/s:paham~
betol3..
takhta harta wanita
susah nak tolak 2..
btw,gambar hiasan 2..
sgt bermakna..
3rd march- jadi sama2 mujahadah melawan nafsu yang nak menguasai diri kita ni..
p/s: bermakna? Alhamdulillah~
Post a Comment