Friday, May 29, 2009

update on Palestin

HAMAS : Darah As-Syahid Daudin tidak akan dibayar percuma.



Jumaat, 29/05/2009 -
Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Tebing Barat menegaskan, darah As-Syahid Abdul Majid Daudin Abu Himam, 49 tahun yang gugur Khamis lalu di Kota Dora, syahid setelahterjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel.

Hamas menekankan pertempuran akan tetap menjadi pilihan gerakanya bagi mengusir penjajah dan mengembalikan hak-hak penduduk Palestin. Zionis akan pasti diusir dari bumi Palestin. Dalam penjelasanya Hamas mengatakan, “Kami di gerakan mengumumkan kehilangan salah seorang pemimpin kami yang telah menghambakan dirinya untuk agama ini.

Daudin yang menamatkan kuliahnya dari Yaman, meneruskan amal dakwahnya menjadi salah satu aktivis di sekolah Yaman. Beliau menjadi guru di sekolah milik Organisasi Sosial di Hebronsebelum kembali ke Palestin. Kemudian beliau menyertai gerakan Al-Qossam dan aktif dalam perlawanan senjata, hingga ia dimasukkan ke dalam penjara. Malah dia juga pernah memimpin sejumlah operasi jihad hingga dicari pemerintah Israel dan dipenjarakan pada tahun 1995.

Disebutkan, Asy-Syahid Daudin tidak pernah diarahkan keluar dari penjara pejuang keaman sejak ditangkap dan dibebaskan pada tahun 2002. Malah dia terus menjadi buruan militan Israel dan pejuang keamanan Ramallah sehingga kelmarin.


Rang undang-undang pengharaman penandaan Nakba diluluskan Israel



Khamis, 28/05/2009 - Knesset Israel telah meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba, memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai satu “Negara Demokratik Yahudi”.

Rang undang-undang yang turut mendesak rakyat Palestin keluar daripada tanah air mereka supaya negara Israel dapat diwujudkan,telah dilulus bacaannya pada Rabu lalu dan penafian keatas rang undang-undang tersebut akan dijatuhkan hukuman setahun penjara.

Rang undang-undang yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman itu turut mendesak orang-orang Arab untuk berikrar setia kepada Israel sebelum mereka boleh mendapatkan kad-kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Sementara itu, dalam masa yang sama Ketua Dana Israel yang baru, Naomi Chazan dan beberapa pertubuhan perundangan Israel menentang rang undang-undang boleh merosakkan hak-hak bagi rakyat Arab.


Israel pindah tahanan Tebing Barat ke Gaza


Khamis, 28/05/2009 - Sebuah organisasi yang prihatin berkenaan masalah tahanan Palestin “Waid” mengatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel telah memutuskan menghantar tahanan Palestin Mahmud Azzam dari Jenin, Tebing Barat ke Semenanjung Gaza setelah tempoh tahanannya (12 tahun) berakhir hari ini, Selasa (26/05).

Dalam pernyataan akhbar, “Waid” menyatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel akan meneruskan hasratnya. Mereka tidak peduli dengan norma dan penetapan antarabangsa yang melarang proses memindah tahanan dalam apapun keadaan. Waid menyatakan bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk menghancurkan semangat para tahanan Palestin yang dibebaskan dan keluarga mereka dengan menjauhkan mereka dari rumah dan keluargannya.


Dua nelayan Palestin dilarikan tentera laut Israel, mati di pesisir Gaza.

Khamis, 28/05/2009 - Tentera-tentera laut Israel telah menculik dua nelayan Palestin pagi Selasa lalu di selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata, dua lelaki itu diculik ketika mereka berhenti berhampiran dengan bot tentera-tentera Israel kemudiannya dibawa ke satu lokasi yang tidak dikenali.

Sementara itu, dalam masa yang sama tentera laut Israel melepaskan tembakan api ke arah bot-bot nelayan penduduk Palestin sehingga mereka meninggalkan kawasan pelabuhan yang diketuai biskop Rafah. Bagaimana pun kerosakan yang dilaporkan tiada terdapat sebarang kecederaan berlaku.


*************************************************************************************

p/s: teruskan usaha boikot..saudara kita di sana menyumbang darah dan jiwa..kita hanya diminta menyimpan duit utk tak beli barangan boikot dan doa utk mereka je..tidak sebesar pengorbanan mereka..so, jom boikot ramai2!

p/s2: palestin Di hatiku, negara haram israel tak boleh diiktiraf!

p/s3: exam pun langkah ke arah jihad jugak..exam2!!~

sumber: macam biase :) palestinkini.info

4 comments:

atiqahmki said...

huhu.jzkk duha.
teruskn usehe kumpul2 brite ni. sgt bterime kasih.hu.

duha said...

atiqah-same2.. :) apa yg terdaya..kongsi info bila ade waktu iA..doakan terus istiqamah~

sinar_islami said...

Syukrans atas brita..
padat dan ringkas..
mudah dibaca tika exm..
teruskn berjuang

duha said...

sinar-same2 :)

p/s:mudah dibaca tika exam..best ayat tuh..ehhe~

jzkk!