Thursday, May 7, 2009

kepintaran seorang remaja; Imam Abu hanifah

memandangkan demam COMREL (comparative religion) masih terasa,
just nak kongsi satu cerita..
bukan exactly tentang perbandingan agama..
tapi perdebatan tentang soalan yang berkaitan dengan ketuhanan..
cerita ni agak panjang,
tapi menarik and bermanfaat insyaAllah..


"Pada suatu ketika,
kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah
Yahudi bernama Dahri.
Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan
membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan.
Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut,
hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat
dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan
ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini,
tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama
yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan
beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,
kalau-kalau masih ada ulama
yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann
Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan
antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.
Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid
Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.

Sehari sebelum pertemuan itu lagi,
Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
Masing-masng menaruh harapan
agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri
kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah.... Subhanallah....
Walauhaulawala quwwata illabillahi aliyyil azim....!"
Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.

Dia beristighfar terus.

Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah
bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab

dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara
kecil dalam Islam.

Ini kes berat!

Hatinya cukup pedih.
Roh ketauhidannya bergelora.

Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang
angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah,

murid Imam Hammad yang
paling rapat dan yang paling disayanginya.

Namanya yang sebenar ialah
Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.

Bila ternampak
keadaan gurunya itu,

Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,

lalu dikhabarkan
kepada muridnya itu.

Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"... Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana
kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba,
di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis
dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun
dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri,

yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,

tidak boleh di biarkan.

Mesti dihapuskan segera.

Wajahnya yang tenang bagai air
sungai yang mengalir jernih,

masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga
dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf.
Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik
bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti.

Dan setelah

mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi
indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita.

Pokok yang berbuah
lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya.

Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri.

Dan khinzir yang

tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri.
Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi...

adalah saya... "

jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin

untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri.

Betapa gembiranya hati Iman Hammad

bila tercetusnya hasrat itu
dari hati muridnya sendiri.

Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama
gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan
diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya,

Dahri akan mencabar

dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

" Hai Dahri, apalah yang digusarkan.

Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!"

Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri

dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir.

Dahri sendiri terkejut.

Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda?

Berani sungguh menyahut cabaranku...
Sedangkan ulama yang hebat-hebat,

yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan... !"

Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri,"

balas Abu Hanifah,"

sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan

dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh.

Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan

Kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."

Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah
SWT yang bermaksud:

"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini
berhujah.

Maka berlangsunglah majlis dialog.

Perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah,

yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,

berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?,"

soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??"

Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula... ?"
bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.

Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.

Bukankah pada dirimu itu ada nyawa... "

Abu Hanifah mula berhujah.

Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato
dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa,

dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa... !"

sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu... ?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"
Terserentak Dahri seketika.

Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu
ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata:

" Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak... ?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi,

"Kalau begitu dimanakah lemak itu berada?
Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah... ?"

Sekali lagi Dahri terserentak,

tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip
dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,
masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT
di alam maya ini?

Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam
ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini,

pun ciptaan-Nya,

yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung... !"

Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi.
Terbungkam lidahnya.

Merah mukanya.

Kesabarannya mula terburai.

Bila keadaan agak reda,

Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda!

Apakah yang wujud sebelum Allah.

Dan apa pula yang
muncul selepas Dia nanti... "

Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,
murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri!

Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala

dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya.

Allah SWT tetap Qadim dan Azali.

Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",

tegas Abu Hanifah,

ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....

Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?

Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir

tanpa ada lagi yang selepas Nya... .?"

Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,

"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri.

Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.

Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"

Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.

"Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...

" Dahri membelek-belek jarinya.

Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu
yang diambil oleh Abu Hanifah.

"Jadi... ! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun,

tidak mampu kita fikir,

apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu,

yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya

dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang.

Bungkam.

Namun masih tidak berputus asa

untuk mematahkan hujah anak muda

yang telah memalukannya di khalayak ramai.


Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.

Dahri berfikir seketika,

mencari jalan,

mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya,

iapun tersenyum.

Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"

Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu.

Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"


Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik.

Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi

supaya dapat didengar oleh semua orang,"

Katanya.

Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus,
berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek,

memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia.

Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
ialah menggugurkan yang bathil

sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,

diturunkan Allah ke bawah mimbar.

Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku,

yang berada di sana,

telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar,

hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu

bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.

Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah

yang telah berjaya menyelamatkan
maruah Islam

dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.


Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata
dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid
Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah,
juga mengambil sempena nama ulama ini.

*************************************************************************************

nak jadi hebat seperti Imam Abu hanifah?

tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya :)

mempunyai ilmu dan mendalami islam itu bukanlah tugas mereka yang mengambil matapelajaran islam di universiti sahaja..

atau terletak pada mereka yang berasaskan sekolah agama sahaja..

tapi itu adalah tugasan KITA sebagai umat islam!

moga kita tak tergolong dalam kalangan mereka yang mengaku islam tapi tidak tahu tentang islam..

kemahuan untuk mengetahui itu penting!

moga akan lahir tokoh-tokoh seperti imam abu hanifah di kalangan umat islam di masa ini :)


p/s:kadang-kadang umat islam tidak mahu bercakap ttg islam dengan non-muslim sebab takut ditanya soalan yang tak dpt dijawab ttg islam, atau takut islam dicemuh lalu tak dpt pertahankan islam..tapi smpai bila?? belajarlah supaya kita dapat membela agama kita sndr!

p/s2: kerja lab banyak, tapi takleh menahan diri dr post cerita ni '-_-

11 comments:

sinar_islami said...

Subhanallah..takbir..Allahuakbar..
post yg membangkitkn smgt juang..
syukrn ukhti

duha said...

sinar-tak perlu berterima kasih :) sbb duha pun rasa bersemangat baca artikel2 mcm ni, so rasa nk kongsi dengan yg lain :D

Allahukabar!

p/s:thanks 4 the correction :D

sinar_islami said...

kena jga tima ksh..
sbb Allah hantr ukhti duha utk mengigtkn jiwa ana ni..dan teman2 lain jga..
tak gitu duha.. :)

ps:: la syukran 3la wajib..kewjipan muslim takmil wa istikmal (^_~)

nurira ~* said...

Salam,

nk ckp tima kasih jugak duha utk perkongsian yg menarik ni ;)

teruskan berkongsi ye! ~

:)

duha said...

sinar-hehhe..ok2..kasih diterima..tapi segalanya dikembalikan pada tuhan yg memberi duha peluang nk type n post artikel ni :)

yup..kewajipan muslim utk saling melengkapi antara satu sama lain..

teringat waktu kat sekolah dulu, waktu meeting nuqaba'(kat skolah duha pengawas pggil nuqaba' tau..bukan naqibah usrah..heh)..kitorang diminta mencari satu daun yang mempunyai lubang..tak kiralah lubang tu satu ke, dua ke..yg penting berlubang..then kumpul laa daun2 tu n dilapik2kan (ditindan2 atas satu sama lain) menjadi seperti satu..hingga lubang2 tadi sume dah tak nampak..tertutup oleh satu sama lain..

apa pengajaran die? erm~ pengajarannya ialah,setiap manusia tu ada kelemahan(lubang)..so kita saling melengkapi antara satu sama lain dan menutup atau back up kelemahan org lain..

:)

duha said...

nurira-wlkmslm..sama2 kasih :)
insyaAllah kita same2 saling kongsi2 n ingat mengingati..

salam ukhuwwah!

cactus biru said...

assalamualaikum
duhaaaa
hehe.lame dah nk komen tapi tu la stil xberkesempatan sbb org bz ktakan.hehe

terima kasih kerana artikelnya.walaupun panjang berjela,ku gagahkan juga.=P
sungguh bermanfaat!
dan menarik..
dan bg kesedaran kt diri ini.
teringat kt diri yg ilmu xseberapa.
saya juga mau mengenali agama yang satu ini dgn lebih mendalam.
supaya segala yang hak diletakkan pada tempatnya.
segala yang batil bisa digugurkan.
alangkah beruntungnya andai saya punya ilmu sebanyak itu..
jom sama2 tuntut ilmu lagi.bantui saya ye..=)

p/s: usrah tadi sgt best.wpon lame tp xrase ngntok pon.pipi pun dah kebas sbb asyik gelak je dr tadi.
sayang anda2 semua! =)

p/s lagi: semoga ukhuwah kita berkekalan..insyaAllah.

takbir, Allahuakbar!
=)

duha said...

cactus-waalaikumussalam hasumaaa..
erk..bz laa sgt konon2.. :p

ye..same2 berjuang..jangan lupa DF kita!

usrah td mmg bes..happy memanjang..hehhe..smpai kebas2 pipi korg..haha..

tape..itu tandanya kita serasi~

p/s:sayang kamu juga

p/s2:Allahuakbar!

Anonymous said...

bile balik eh..lupe ah huhu~ abah dah beli tiket?

duha said...

ibnu_yunus-erm..balik? after pekse tu tak sure lg nak balik ke tak..ade 11 hari gap before judicium (announcement result)..ummi ajak balik..tapi duha ajak ummi yg dtg sni..hehhe..jom laa rmai2 lawat duha kat sni..bleh jln2 skali :D erm..tapi yg konfem balik insyaAllah bulan 8 nnt laa (cuti panjang..eh..sebulan je pun :p )..ujung bulan 7 atau awal bulan 8..tak sure lagi..

ni dok umah lame2 nih msti da membesar..tape..bgus ah..kurus sgt tak hensem..hahha..

sinar_islami said...

pasal daun tu..kreatifkan..
even daun tu pun blh buat kita berfikir utk sama2 bekerja di jalan Allah..syukrn atas perkongsian itu =)